Puisi Obses Syurga


click untuk sertai !!!

credit to: hudhud

Apabila jalan ke syurga dibentangkan, 
tidak ramai yang ingin menyertai pengembaraannya;
Jalan itu liku berduri
Adakala...
duri itu mencucuk dan melukakan;
Belum sempat mencabut duri kelmarin,
hari ini tertusuk duri yang baru.

Percayalah..
Akhi wa uhkti;
Duri-duri itu dari Allah
Sang Pencipta yang sentiasa MERANCANG;
Jangan mudah menjadi yang mengundur;
Jangan mudah menjadi yang tertapis;
Jangan mudah menjadi yang tercicir.

Jika kita benar-benar obses kepada syurga. BUKTIKAN!!!
Buktikan kita siap untuk berkorban
Buktikan kita siap untuk menjadi ASING
Kerana...
Sungguh ; tidak ramai memilih untuk berada di jalan ini.
Maka beruntunglah mereka yang asing.




Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: