Obses Kepada Syurga

Assalamualaikum

Tajuk hari ni... 
" Wow..woww.. macam melampau sangat guna word OBESES tu.."


Apa salahnya? 
Kalau nak dapat STRAIGHT As' dalam SPM, kita contohi Nik Madihah...
Kalau nak masuk SYURGA, contohi SAHABAT SAHABIAH

Para SAHABAT RASULULLAH begitu obses kepada syurga Allah. Itulah janji Allah yang sentiasa mereka yakini dan nantikan.

Akhi wa ukhti...
Tiada manusia yang ingin ke neraka. Even, seorang penagih dadah juga apabila ditanya, dia juga ingin ke syurga. 
Kerana...
MEREKA TAHU SYURGA ITU TERLAMPAU INDAH DAN MANIS.

tapi...

Apabila jalan ke syurga dibentangkan, 
tidak ramai yang ingin menyertai pengembaraannya;
Jalan itu liku berduri
Adakala...
duri itu mencucuk dan melukakan;
Belum sempat mencabut duri kelmarin,
hari ini tertusuk duri yang baru.

Percayalah..
Akhi wa uhkti;
Duri-duri itu dari Allah
Sang Pencipta yang sentiasa MERANCANG;
Jangan mudah menjadi yang mengundur;
Jangan mudah menjadi yang tertapis;
Jangan mudah menjadi yang tercicir.

Jika kita benar-benar obses kepada syurga. BUKTIKAN!!!
Buktikan kita siap untuk berkorban
Buktikan kita siap untuk menjadi ASING
Kerana...
Sungguh ; tidak ramai memilih untuk berada di jalan ini.
Maka beruntunglah mereka yang asing.


Yakinlah...
Hidup adalah perjuangan
Barakan obsesmu pada JannahNya
Impikanlah Jannati yang mana...
Kita dapat berliqa' bersama;
Murabbi terulung, Nabi Muhammad SAW
Juga para sahabat

Ketika itu,
kita melihat wajah
Abu Bakar, Umar, Ali, uthman, Mus'ab, Bilal, Khabab
dan jiwa-jiwa syurga yang sangat gencar perjuangkan Agama Allah ini.

Terus mujahadah di jalan ini
Meski perit
Meski jerih
Meski tersungkur jatuh

Bangkitlah ukhti wa akhi,
Tegaklah berdiri dengan teguh dan terus TSABAT
Yakinlah 
Mujahadah itu sangat pahit
Kerana...
JannahNya sangat manis



Itu sahaja
Assalamualaikum


FOOT NOTE :
Kepada yang masih tak tahu hala tuju selepas Asasi/ Matrik 
dan 
Masih tercari-cari scholarship untuk degree nanti...

Jom sertai 
KONVENSYEN PERTAMA UNTUK ASASI DAN MATRIK
anjuran Yayasan Dana Kebajikan  Muslim Malaysia
iaitu
MYPROSPEC 2.0
di Universiti MALAYA
pada 30-31 Januari 2016

Jom daftar cepat-cepat...
Zianah 018-2907052 / Khair 010-5378458


Thanks For Reading شكران.

1 400 is kind-heart:

Anonymous said...

Ya allah...bestnya entry...when I read your entry...I feel...something..mcm muhasabah diri ni balik.