Yakin Pada Rabb

Assalamualaikum :)


 Aishah nak share satu ayat
Surah Al-Anfal ( 8: 2)
Maksudnya: 
Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah 
mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan 
apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka ( keranyaNya) 
dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal

Dalam ayat tu kan... Allah katakan yang apabila disebut nama Allah..GEMENTARLAH HATI. dan apabila dibacakan ayatNya.. BERTAMBAH IMAN. Kepada Allah kita BERTAWAKAL.  

Nak cakap dekat sini yang gementar hati tu bukannya takut yang sembarangan. Tapi takut sebenar-benarnya disebabkan Maha Kuasa Allah itu. Dan disebabkan Maha Kuasa Allah itu jualah kita bertawakal dan meletakkan segala harapan kita kepadaNya.
Means that, takut kita kepada Allah itu disertai dengan harap. Totally 100% harapan dan keyakinan kita hanyalah kepada Allah.


Kalau kita reflect balik diri kita ni...kita ni hanyalah hamba kepada Tuhan yang Satu, Allah. Jadi, hakikat seorang hamba itu dia hanya patuh dan harap pada tuannya. Daripada tuannya saja dia menerima arahan dan mendapat segala sumber.
Samalah juga kita sebagai hamba kepada Allah. Hanya perintah Allah yang kita utamakan dan Dia jualah yang memberi kita segala nikmat. Tapi, Allah itu adalah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang

Sampaikan adakala nikmat tu kita tak minta pun, tapi tetap dikurninakannya kepada kita. 
Masya Allah. 


Sepatutnya, kepada Allah sajalah kita meletakkan keyakinan kita. Kalau kita lihat balik kisah pertarungan antara Nabi Musa dengan Pesihir-Pesihir terhebat di Mesir. Kisah ini telah tercatat dalam Al-Quran 
Surah Al-A'raf ( 7 : 106-122 )
* Boleh rujuk dalam tafsir

Firaun mengumpulkan penyihir-penyihir yang handal di segenap tempat untuk bertarung dengan Nabi Musa. Tibalah hari pertunjukan itu dalam keadaan ramai dihadiri oleh banyak manusia.
Nabi Musa menyuruh pesihir-pesihir itu menunjukkan kehebatan mereka dahulu. Kehebatan sihir mereka itu sehinggakan menakutkan orang sekeliling. Apabila tiba giliran Nabi Musa, Allah menurunkan wahyu...

Surah Al-A'raf ( 7: 117) 
Dan Kami wahyukan kepada Musa : " Lemparkanlah tongkatmu!" Maka, tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka sihirkan 


Nabi Musa pun melempar tongkatnya dengan penuh keyakinan kepada Allah. Nabi Musa tidak banyak dalih dan soal. Ini menunjukkan tingginya akidah dan keyakinan Nabi Musa kepada Allah. 

Kemudian... Pesihir-pesihir tersebut terpukau dengan kejadian yang berlaku di hadapan mata mereka. Dengan satu kejadian yang cukup luar biasa itu berkatalah mereka..
Surah Al-A'raf ( 7 : 121-122)
121 : Mereka berkata: "Kami beriman dengan Tuhan semesta alam 
122 : (iaitu ) Tuhan Musa dan Harun."

Pesihir-pesihir tu yang ZERO tentang adanya Kuasa Tuhan sebelum tu...tapi, ONCE tengok kuasa Allah di depan matanya serta merta bersujud dan menyatakan keimanan. Keimanan mereka kepada Allah itu bukan main-main. Bahkan, apabila diugut hukuman daripada Firaun, mereka tetap dengan keimanan mereka. 
Masya-Allah.

Reflect balik diri kita hari ni... sudah terlalu banyak Allah tunjukkan kebesaranNya dekat kita. Contohnya, penyakit-penyakit yang semakin menjadi-jadi, bencana alam yang mengerikan. Malah, Al-Quran sudah ada depan mata kita 'sedebuk' *maksudnya satu mushaf full dah sampai kat tangan kita.
Tapi, kenapa masih ada keraguan dalam hati kita terhadap kuasa Allah itu sendiri???

Percaya tak, disebabkan keraguan kita yang sedikit itulah yang kadang-kadang menghalang Allah dari menunjukkan 'keajaiban' dalam menentukan jalan takdir kita ni. Allah itu Maha Kuasa.. Dialah yang menentukan segalanya dan hanya Dia yang mampu mengubah segalanya.

Percayalah...Once, kita letak keyakinan 100% total kepada Allah, segala yang impossible boleh jadi possible
YAKIN!!! Itu yang penting.


When we have Allah,
we have more than everything :D



Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

2 400 is kind-heart:

Fairuz Mahamod said...

Aishah. Jazakumullahukhairankatheera share 😘

nur adibah aqilah said...

Suka💜 jazakillah ukhti😊