Novel Bersiri : Indahnya Takdir Ini 19

 
NOVEL ISLAMI
NOR AISHAH BT NORRIFIN


BAB 19: Menuju Wawasan



Hari demi hari berlalu… Furqan terus sibuk berulang-alik dari kuliah ke perpustakaan kemudian ke makmal. Dia juga tidak ketinggalan menghadiri kelas-kelas talaqqi di Masjid al-Azhar. Amira turut ke sana untuk menimba ilmu selagi kaki masih melangkah di Tanah Egypt ini.  Pernah kekadang Amira bertanya kepada Furqan.
            " Abang tak penat ke?"
            Dia hanya menjawab
            " Penat!!! Tetapi penat bukan penghalang untuk berjaya. Kalau tak minat dengan perubatan.. Penat menjadi alasan. Tetapi, minat abang terhadap bidang ini sangat mendalam."
            Furqan juga sering mengingati Amira bahawa tiada babak indah dalam kehidupan tanpa perjuangan dan pengorbanan. Itulah antara kata-kata Furqan yang sangat tinggi maknanya. Amira kagum dengan Furqan kerana tidak semua orang mampu mendalami bidang tersebut.
            Setelah lima tahun di sana, Amira berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar. Pangkat Mumtaz yang diperolehinya sungguh memuaskan hati Amira. Pejam celik, pejam celik Amira sudah pun merentasi segala badai yang melanda sepanjang perjuangannya menuntut ilmu. Segala usaha dan pengorbanan yang dikerahkan oleh Amira ternyata membuahkan hasil. Kini, Amira hanya berada di rumah dan setia menunggu Furqan menamatkan pengajiannya yang berbaki 2 semester.
           
*************


            Pagi itu, Amira mendapatkan kebenaran daripada Furqan untuk ke pekan.  Amira cuba untuk mengajak Furqan bersama. Melihatkan Furqan yang begitu kepenatan, Amira lantas membatalkan hasratnya itu. Amira memahami keadaan suaminya itu. Langkahnya diatur menuju ke pekan sendirian.
            “ Sayang...” panggil Furqan sebelum Amira memulas tombol pintu.
            Langkahnya terhenti. Amira menoleh ke arah Furqan.
            “ Jaga diri ya.” Ujar Furqan lalu mengukir senyuman.
            Tersenyum Amira mendengarkan ungkapan Furqan. Amira mengangguk lalu berkata, “ Abang pun. Assalamualaikum,”
            “Waalaikumsalam,”

" Hmm.. peramah betul orang Mesir ni… Tak lekang senyum dari mulut tu," puji Amira sendiri apabila melalui kaki lima jalan raya pekan itu. Ya, masyarakat Mesir sungguh peramah terutama apabila mereka mengetahui rakyat Malaysia datang ke Tanah Air mereka. Mereka berasa sungguh gembira. Antara sebabnya adalah disebabkan oleh kunjungan Tun Dr Mahathir sebelum ini ke negara tersebut. Persepsi minda Tun Dr Mahathir telah melahirkan fikrah yang baik masyarakat Mesir kepada masyarakat Malaysia.
            Kota Kaherah yang merupakan ibu kota negara Mesir ini tidak pernah mati. Boleh diibaratkan bandar ini sentiasa hidup dengan kepadatan penduduknya. Jadi, tidak hairanlah kalau jalan raya di sini sentiasa sibuk. Sememangnya, kalau nak membina kehidupan di sini sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.
            Pada pagi hari rakyatnya sibuk membeli eisy atau lebih dikenali sebagai roti, siangnya sibuk berjual-beli malam pula, kedai kopi menjadi sasaran. Amira sudah asyik dengan perangai orang Mesir. 5 tahun di Bumi Anbiya’ itu hakikatnya masih belum cukup untuk dirinya mengenali sepenuhnya budaya masyarakat Mesir. Namun, pengalaman yang dilaluinya cukup banyak mengajarnya erti kehidupan di bumi bertuah itu. Bagi perantau baru, mungkin akan mengalamai kejutan budaya kerana budaya masyarakat di sini yang sedikit berlainan. Tetapi, dari sudut sosial, masyarakat Mesir menjuarai carta. Itu adalah kepujian yang patut diberikan kepada mereka.
            Tidak dinafikan, ideologi serta fahaman yang bermacam-macam bentuk juga banyak didedahkan di situ. Masyarakat yang gemar mengikuti persatuan malah ada segelintirnya bersikap assabiah iaitu semangat berpuak-puak. Jadi, sebelum ke sini kita perlu memiliki satu fahaman yang cukup kuat dalam diri. Supaya nanti tidak terikut-ikut ideologi persatuan yang cukup hebat di Bumi Mesir itu.

            " Hmm… Nak cari barang sikit lah," kata Amira sambil melalui Pasar Khan al-Khalili.       
Puas Amira mencuci mata di situ. Banyak barang yang diperdagangkan di situ. Barang cenderamta, pakaian, permaidani dan barang-barang lain yang menjadi kebanggaan masyarakat Mesir. Malah, pelancong dari seantero dunia pasti akan menjengah ke situ setiap kali melangkah ke Mesir.
Niat di hati Amira, dia ingin membeli sedikit cenderamata untuk keluarga di tanah air. Indah khabar dari rupa. Amira melalui pasar tersebut sekadar mencuci mata. Amira terus beredar dari kawasan tersebut yang sangat sesak dengan lautan manusia. Langkahnya lebih menjurus ke kawasan deretan kedai di kaki lima jalan raya.
            Seketika Amira asyik melihat gerai-gerai sekeliling, terpaku dirinya dek sebuah gerai yang menjual barang kelengkapan bayi dan ibu. Jauh di sudut penjuru kiri gerai Itu, terdapat pasangan suami isteri bersama seorang bayi. Bayi itu digendong oleh si ayah yang sungguh seronok bermain dengan cahaya matanya. Betapa bahagianya Amira melihat wajah si suami yang menggendong anak itu.
            " Ya Allah, aku ingin melihat wajah suamiku yang bahagia seperti itu. In Sya Allah.. Bersabar, Mira," bisik hati Amira. Dia cuba untuk mengukir senyuman. Dengan harapan, akalnya tidak menghasilkan mesej-mesej yang negatif. Amira lantas beredar dari kawasan itu. Air mata bergenang di kelopak matanya. Amira cuba menahannya daripada menitis.

**************

Masa terus berjalan, Furqan kini hampir menamatkan peperiksaannya. 2 minggu sahaja lagi berbaki.
            " 2 minggu yang akan datang lebih mencabar.. ya Allah.. bantulah aku," rungut Furqan sendiri. Ketika Amira asyik mengemas buku-buku di bilik, dia terdengar rungutan Furqan itu. Lantas, Amira mengatur langkahnya menuju ke arah Furqan.
            Langkah Amira tiba-tiba terhenti.
            ‘Ahh..’ gumam hati Amira tatkala perasaan pening menyengat kepalanya seketika.
            Huh... Dia menghembuskan nafas dengan perlahan.
            “ Ok... Kau boleh...” bisik hati Amira.
            Amira pun terus mendekati Furqan. Amira tersenyum sendiri dari jauh melihat Furqan yang dikelilingi timbunan buku. Dia begitu memahami jiwa suaminya yang kacau. Peperiksaan akhir semester akan menjelang tidak lama lagi.
            “ Abang...” Amira mendekatkan wajahnya kepada Furqan dari belakang. Furqan menarik nafasnya sedalam-dalam.
            Tangan Amira hinggap di bahu Furqan. Perlahan-lahan dia mengurut belakang Furqan.
            " Abang… bersabarlah… 6 tahun abang dah berjuang.. sekarang ni tinggal lagi 2 minggu. Sesungguhnya, selepas kesusahan itu ada kemudahan. Al-Insyirah ayat 5," kata Amira menenangkan hati Furqan.
            Tangan Furqan hinggap pada tangan Amira. Urutannya terhenti. Erat Furqan menggenggam tangan isterinya itu. Wajah Amira direnungnya. Dia sudah cukup mengenali setiap garis di wajah Amira.   
            " Terima kasih kerana setia menemani abang di sini…" katanya sambil senyum menatap mata Amira. Amira tersenyum mendengarkan kata-kata Furqan.
            “ Sebab abang suami Mira...” ujar Amira.
            Seketika menghayati tatapan wajah Furqan, rasa pening di kepala kembali hinggap di kepala Amira. Amira memejamkan matanya untuk menahan rasa pening itu.
            Furqan mengerutkan dahinya. Aneh melihatkan keadaan Amira yang kelihatan menahan kesakitan.
            “ Mira...Kenapa ni?” soal Furqan.
            Amira menggeleng.
            “ Erm...Tak ada apa-apa lah...Abang sambung belajar ya.” Ujar Amira.
            Tangannya mula dilepaskan daripada genggaman Furqan. Amira menoleh ke belakang. Belum sempat memulakan langkah, Amira didatangi rasa mual. Kali ini, dia tidak lagi mampu menahannya. Rasa mual yang semakin mencucuk itu memaksanya untuk bergerak dengan pantas ke bilik air.
            Furqan yang terkejut melihatkan isterinya berlari menuju ke bilik air, mula terbit rasa gundah. Lalu, dia mengekori isterinya.
            Uwekk!!! Uwekk!!!
            " Sayang… Apa yang terjadi? Sayang.. Baik-baik ke tidak ni?" kata Furqan sambil mengusap-usap belakang Amira. Nada suaranya begitu cemas.
            " Ehem.. hmm.. Rasa pening sikit. Tak apalah… Abang tak payah risaulah," Amira cuba menenangkan Furqan. Bagi Amira, keadaannya sedemikian sepatutnya tidak mengganggu Furqan yang berada pada saat-saat kritikal begini.
            " Eh, mana boleh  tak risau. Kena check dekat klinik ni. Takut jadi apa-apa," ujar Furqan dengan nada cemas. Amira segera berkumur. Sinki tersebut dicurahkan air. Amira pun meninggalkan bilik air tersebut. Furqan yang menanti di luar bilik air terus merenung wajah isterinya dengan penuh kerisauan.
            " Sayang… Sudahlah, tak ada apa-apa. Percayakan Mira. Ini normal bagi ibu yang mengandung.."
            Furqan terpaku mendengarkan penjelasan Amira. Dia terus memandang isterinya dengan pandangan yang tajam. Amira aneh dengan riak wajah Furqan.
            “Aku tersalah cakap ke? Atau ada sisa muntah pada mulutku? Hmm… Tidak lama kemudian, baru aku sedar.”
            Lama mereka berdiam.
            “Oppsss!!! Aku terlepas kata bahawa aku sedang mengandung…”
            " Hmmm.. apa? Ibu mengandung? Mira mengandung? Isteri abang mengandung… Mira?" Furqan dibelenggu persoalan tentang isterinya. Pada wajahnya jelas terpampang riak ingin tahu. Amira tersenyum lalu menjawab.
            " Hmm.. alang-alang dah terlepas… Biar Mira ceritakan… Begini, semasa abang ke kampus, Mira terasa mual. Mulanya, ingat nak tunggu abang. Tapi, Mira dah tak tahan sangat. Kemudian, Mira keluar terus untuk check di klinik. Alhamdulillah, doktor sahkan Mira mengandung 3 minggu. Sekarang dah 4 minggu," Amira bercerita sambil diulit rasa bahagia. Dia begitu tidak sabar untuk menyaksikan reaksi Furqan.
            " Jadi, maksudnya Mira rahsiakan hal ini selama seminggu dari abang. Kalau peristiwa ni tak jadi, abang tak tahu sampai ke sudah,"  suara Furqan meninggi. Reaksi sedemikian bukanlah seperti yang diingini oleh Amira. Amira mula memikirkan penjelasan yang sesuai kepada Furqan.
            " Abang.. Mira ingat nak buat kejutan.. Tapi, abang sibuk dengan exam, jadi Mira cuma nak cari masa yang sesuai saja. Tak sangka, kesudahannya begini.  Abang, marah ke?" Amira cuba memujuknya dengan mengusap-usap bahu Furqan.
            " Hmm… Mestilah …tidak. Sayang, hari ini Allah dah tunjukkan kekuasaanNya kepada kita. Tiada yang mustahil. Alhamdulillah.. Abang bersyukur sangat.. Jaga diri elok-elok sayang…" kata Furqan lalu mencium dahi Amira.
            " Ini adalah kurniaan Allah kepada kita. Mira takkan sia-siakannya. Mira akan jaga dengan baik," kata Amira sambil mengusap-usap perutnya yang masih belum memboyot.
            Furqan menatap wajah isterinya bersulamkan senyuman yang cukup indah. Amira dapat melihat kebahagiaan pada wajah Furqan. Lama ditenung oleh Furqan wajah isterinya. Begitu juga Amira.
            Furqan mula menundukkan kepalanya. Perut Amira didekatinya. Dengan penuh kasih sayang, Furqan menyentuh perut isterinya itu. Memang mereka tidak dapat melihat insan yang bakal bergelar cahaya mata itu. Namun, mereka percaya Allah telah menitipkan cahaya mata untuk mereka dalam rahim seorang isteri.
            " Assalamualaikum, anak abi. Tahniah kerana menjadi juara. Membesarlah di dalam perut ummi. Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!" bisik Furqan pada perut Amira.
            Tidak dapat digambarkan persaan gembira Furqan apabial mendapat tahu khabar kehamilan Amira. Kegembiraan pada wajah Furqan itu adalah kegembiraan yang sudah lama dinantikan oleh Amira. Amira menyulam harapan agar kebahagiaan itu dapat mengukuhkan lagi tiang-tiang yang mereka dirikan dalam bahtera perkahwinan ini.
            Keseronokan dalam diri Amira bertambah apabila dia teringatkan perbincangan dalam halaqoh di maktabnya dahulu. Kak Humaira penah berkata:
            ‘Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
            “ Ameen”




BERSAMBUNG...
* Maafkan salah dan silap yang terdapat dalam karya ini. 
Buang yang keruh, ambil yang jernih. In Shaa Allah.


Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: