Novel Bersiri : Indahnya Takdir Ini 15

NOVEL ISLAMI
NOR AISHAH BT NORRIFIN


BAB 15: Dia Milikku 




“ Tidak!!! Dia milikku bukan kau. Dia milikku!!!” jerit Amira.
Amira bagaikan tidak waras. Dia menyaksikan dengan sendiri pemergian suaminya. Furqan mula mengatur langkah menuju ke arah kelibat misteri. Kelibat itu kelihatan kabur pada pandangan Amira. Uraian air mata Amira menitis dengan sangat deras.
            “ Abang…Baliklah kepada Mira. Abang…Mira perlukan abang. Abang milik Mira seorang saja…” rintih hatinya ditemani uraian air mata yang tidak henti-henti bercucuran.
Aku sudah cakap…Jauhkan diri kau daripada DIA. Kenapa kau degil ha!!!”
            “ Sekarang…Terimalah ini daripada aku… Kau takkan pernah jumpa DIA. Sekarang dia milikku. Haha…”
            Suara itu menghantui tidur Amira. Dia mula menjadi tidak keruan. Air mata tidak mampu untuk menitis lagi. Perasaan takut lagi gundah menyelubungi dirinya. Menggigil-gigil Amira mengenangkan suara-suara misteri itu
            “ MIRA!!! Bangun, sayang. Abang di sini,” suara Furqan mengejutkan Amira yang masih memejamkan mata.  Puas Furqan menggerakkan Amira. Keadaan Amira terjerit-jerit sambil ditemani peluh di dahi sungguh menggusarkan hati Furqan. Amira tersedar dari lenanya. Perlahan-lahan dia membuka mata. Badannya masih lemah. 
            “Ternyata itu semua mimpi belaka. Astaghfirullah hal Azim, aku terlalu memikirkan perkara itu sampaikan terbawa mimpi. Ya Rahman lindungi aku daripada syaitan yang direjam.” Amira mengucapkan syukur dalam hatinya kerana segala kengerian yang dilihatnya tadi hanyalah mimpi belaka. Amira mulai sedar bahawa di sampingnya, masih ada Furqan. Sebaik melihat wajah Furqan, Amira terus mendakapnya dengan erat. Seerat-eratnya.
            “ Sayang, kenapa ni?”Furqan menyambut dakapan isterinya. Dia tahu bahawa dirinya amat bermakna untuk Amira apatahlagi, tatkala emosi isterinya yang terumbang-ambing. Rasa gundah mula merasuki diri Furqan. Dia sedar bahawa dia perlu untuk selesaikan masalah isterinya sebelum keadaan bertambah teruk. Furqan yakin bahawa masalah yang dihadapi oleh Amira tiada kaitan dengan projek yang sedang disiapkan oleh Amira.
            “ Dia pasti menyembunyikan sesuatu daripada aku…” bisik hati Furqan tatkala Amira masih erat mendakap tubuh Amira.
            “ Abang…Mira sayangkan abang. Jangan tinggalkan Mira,” ujar Amira yang dalam keadaan teresak-esak menahan uraian air mata. Perlahan-lahan, Amira keluar daripada dakapan Furqan. Amira menatap wajah suaminya yang sangat setia di sisinya saat dia begitu memerlukan
            Melihatkan dahi Amira dibasahi keringat, jari-jemari Furqan mula mengelap nya. Rambut Amira yang kelihatan tidak terurus dirapikan olehnya. Amira membiarkan segala tindak-tanduk Furqan terhadapnya.
            “ Sudahlah, sayang. Lupakan segalanya. Abang di sini. Ada sesuatu yang Mira nak ceritakan kepada abang? Abang di sini untuk mendengar.,” kata Furqan .
            Amira menunduk. Dia masih berkeras hati. Baginya, Furqan sudah cukup menanggung beban selama ini. Amira tidak mahu fikiran Furqan bertambah berat memikirkan masalah yang dihadapinya. Amira mendiamkan dirinya. Soalan yang diajukan oleh Furqan tadi, dibiarkannya.
            Furqan menghembus hela kecewa. Dia sangat berharap agar Amira menceritakan masalah yang dihadapi oleh isterinya itu. Namun demikian, Furqan tetap berbaik sangka. Furqan tetap yakin bahawa akan datang masa yang sesuai bagi Amira untuk ceritakan segala-galanya.
            “ Hmm...Tak apa. Mira pergi bersihkan diri. Ambil wudhu supaya syaitan tidak ganggu Mira. Kita bersahur ya,”
            Amira terus menuju ke kamar mandi tanpa sebarang bicara. Mimpi itu masih terbayang di ruang mindanya. Memang susah baginya untuk menghapuskan segala perasaan ngeri dalam igauan mimpi tersebut.

**********

Setelah usai menunuaikan Solat Subuh berjemaah. Furqan memandang wajah Amira di belakangnya. Pandangannya itu merupakan pandangan yang penuh pengharapan. Dia berharap agar isterinya dapat menyedari bahawa dirinya itu bukan sahaja suami semata-mata. Malah, dia berharap agar Amira sedar akan kewujudan dirinya dalam hidup Amira juga adalah sebagai teman pendengar. Walau duka sedalam mana sekalipun cerita itu. Furqan sanggup mendengarnya. Furqan tekad untuk membantu isterinya dalam menghadapi masalah tersebut.
 Amira masih menundukkan wajahnya . Emosinya masih lemah. Amira tidak mampu untuk mengawalnya terutama dalam keadaan dirinya dibayangi mimpi ngeri tadi. Runsing kepala Amira memikirkan perkara tersebut.
            Tiba-tiba, Furqan meletakkan ibu jarinya di dagu Amira. Wajah Amira diangkatnya dengan perlahan. Amira menurut dan tidak berkeras. Wajah Amira semamangnya menatap Furqan hakikatnya, pandangan mata Amira masih tertunduk.
            “ Sayang...Buruk ke abang ni? Sampai tak nak pandang wajah abang...” ujar Furqan sambil merenung Amira.
            Mengenangkan kata-kata Furqan tadi, Amira tersentap. Dia akur. Pandangannya mula mengalih ke arah Furqan. Mereka saling bertentangan mata . Melihat wajah Furqan, melahirkan ketenangan dalam hati Amira. Namun, ketenangan itu masih belum cukup untuk melenyapkan bayangan ketakutan Amira yang menghantui dirinya.
            “ Amira. Orang Islam ialah orang yang kuat. Allah tak ciptakan kita supaya menjadi lemah. Kerana kita ada Allah. Allah maha Kuat. Kita selaku hambaNya, tidak akan dibiarkan menjadi lemah... Bangunlah, Mira…Kembali kepada isteri abang yang dulu,” Furqan membuka bicara.
            Amira mula berusara.
            “ Tapi, Mira tak kuat untuk semua ini…”
            “Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya. Surah Al-Baqarah ayat 286,” ujar Furqan.
            Amira menggeleng sendiri. Bukan niatnya untuk menafikan dalil Allah tetapi, kerana kudratnya sangat lemah. Sehinggakan dia berasa tidak kuat untuk menanggung ujian itu.  Amira membayangkan ayat tersebut dalam Al-Quran. Dia sedar bahawa dirinya adalah hamba kepadaNya. Pengharapannya begitu tinggi kepada Penciptanya agar kuat untuk merentasi lautan ujian itu. Air mata yang tadinya bergenang mula membasahi pipinya. Basah telekung Amira dek air mata yang terbias.
            “ Ceritalah pada abang. Abang tahu, ada yang Mira sembunyikan daripada abang. Abang bukannya orang lain dalam hidup Mira. Abang suami Mira, sehidup dan semati. Susah senang kita bersama, kan?” ungkap Furqan kepada Amira. Bersungguh-sungguh Furqan memujuk jiwa Amira.
            Amira berfikir sejenak. Dia mula menarik nafas sedalam-dalamnya. Hatinya  kini terbuka untuk menceritakan segalanya kepada Furqan. Amira yakin ini adalah cara terbaik untuk melegakan hatinya yang gelisah ini. Sekurang-kurangnya, beban yang ditanggung olehnya dapat dikongsi bersama dengan Furqan. Tidaklah terlalu sukar baginya menanggung penderitaan itu.
Amira pun menceritakan segalanya kepada Furqan. Bermula dengan penerimaan mesej misteri, surat misteri dan panggilan misteri. Kesemuanya berbaur ugutan. Telefon bimbitnya yang berada dalam beg segera diberikan olehnya kepada Furqan. Amira menunjukkan mesej misteri yang diterimanya. Hanya itu satu-satunya bahan bukti yang dapat dia tunjukkan kepada Furqan.
            “ Sepatutnya, Mira ceritakan kepada abang lama dah. Tengok tu, badan Mira lemah je. Mata pula sembap. Seram sejuk abang tengok. Buat abang risau je…”
            “ Minta maaf abang. Mira tak nak abang risaukan Mira…”
            “ Bukan begitu caranya. Sudahlah, abang kan ada. Abang akan jaga Mira. Jangan risau. Abangkan milik Mira. Mira adalah pemilik cinta abang setelah Allah dan Rasul,” kata-kata Furqan itu sedikit sebanyak telah melegakan hatinya yang rawan. Wudhuknya yang terbatal tadi segera diperbaharui. Al-Quran di atas meja belajar segera digapai. Amira yakin bahawa ketenangan yang abadi itu ada pada mukjizat mulia Rasulullah SAW. Iaitu Ayatul Quran yang terkandung ribuan zikir dalamnya. Allah ada berfirman:
            “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati menjadi tenang " (ar-Rad : 28 )

**********

Setelah mendapat kebenaran daripada Furqan, Amira pun keluar. Dia sudah berjanji dengan Zara untuk mencetak dan menyusun hasil tugasan mereka pada hari tersebut. Pada awalnya, sukar untuk Furqan membenarkan isterinya keluar sendirian. Lagipun, Furqan mempunyai urusan yang perlu diuruskan. Namun, setelah Amira meyakini bahawa dia mampu untuk menjaga dirinya, Furqan akur. Dengan menaiki bas, Amira pun pergi ke kedai buku yang berhampiran.
Dalam perjalanan, Amira asyik menikmati pemandangan melalui tingkap bas. Tiba di hentian lampu isyarat, bas tersebut pun berhenti. Amira tertarik menyaksikan gelagat seorang ibu yang berdiri di tepi jalan sambil menggendong bayi. Sungguh bahagia si ibu apabila dapat melihat si anak dalam dakapannya. Amira begitu menjiwai perasaan si ibu yang dapat melihat anaknya bahagia. Tiba-tiba datang seorang jejaka mendekati wanita itu. Amira begitu yakin bahawa itu pasti suami kepada wanita itu dan ayah kepada bayi itu. Bayi tadi bertukar tangan kepada si ayah. Dengan menggendong anaknya di tangan kiri serta menggenggam erat tangan isterinya di tangan sebelah kanan, si suami mengiringi isteri dan anaknya untuk melintasi jalan.  Amira terus merenung pasangan bahagia itu sehingga hilang dari pandangan mata.
            “ Baru aku faham mengapa wanita itu berdiri di tepi jalan tanpa hala tuju. Ternyata dia menanti seseorang yang dapat menjaganya dan memimpinnya. Dia yakin bahawa insan itu dapat menjaga keselamatannya. Aku juga yakin bahawa Furqan dapat menjagaku. Kalau tidak, mengapa mama dan papa menyuruh aku berkahwin dengannya. Aku percayakan Furqan.” Monolog Amira. Tersenyum Amira sendirian mengenangkan kehadiran Furqan dalam kehidupannya.
            Sebaik tiba di kedai buku itu, Amira pun membuka zip beg untuk mengeluarkan pendrive. Puas dia mencari. Setelah lama memebelek beg sandangnya itu, Amira mula berasa aneh.
            “ Ke mana pula pendrive ni? Aku yakin yang aku simpan di dalam beg ini semalam. Hmm… Mungkin ada pada Zara?” fikir Amira sambil menggeledah beg sandangnya.
            Sebelum melakukan sesuatu keputusan, Amira bertindak menelefon Zara terlebih dahulu. Berkali-kali Amira mendial nombor yang sama, tetap jua panggilan itu tidak diangkat.  Amira tidak berfikir panjang. Dia terus bergerak menuju ke rumah Zara yang tidak jauh dari situ. Amira yakin pendrive itu ada pada Zara.
         


  
BERSAMBUNG...
* Maafkan salah dan silap yang terdapat dalam karya ini. 
Buang yang keruh, ambil yang jernih. In Shaa Allah.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: