Novel Bersiri : Indahnya Takdir Ini 13

 
NOVEL ISLAMI
NOR AISHAH BT NORRIFIN


BAB 13: Dia, Zara



Hari itu, sudah masuk 13 Ramadhan buat kali keempat di Bumi Anbiya’. Sekali lagi, cuaca panas menjadi tetamu rakyat Mesir di bulan Maghfirah itu. 3 tahun berada di bumi Anbiya’, Amira sudah bersedia sebaiknya untuk menghadapi Ramadhan bersama musim panas. Dia akan pastikan bahawa dirinya dan suami bangun sahur setiap hari.
Sementara masuk ke ruang kuliah, Amira berehat di luar kampus seketika. Sempat Amira merenung cincin emas yang indah tersarung di jari kelingkingnya. Seketika, dikeluarkannya cincin tersebut dari jari kelingkingnya. Sejenak dia teringat nostalgia tatkala keluarga Furqan datang merisik. Betapa degilnya dirinya ketika itu. Hatinya sentiasa disapa oleh perasan tertanya-tanya tentang niat sebenar Furqan memperisterikan dirinya. Akhirnya, takdir Allah menyatukan mereka saat lafaz sakinah.
Siapa aku hendak menolak takdir Allah. Ya, akhirnya aku akur dan inilah takdir yang indah yang aku impikan. Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui.” Monolog Amira
Suasana sekitar kampus ketika itu sangat bingit. Komunikasi dua hala antara dua insan meriuhkan suasana. Amira sengaja berehat sebentar di situ sebelum kuliah Tafsir Ayat Al-Ahkam bermula.
Dalam kesibukan manusia berlegar-legar di situ, seorang gadis terlanggar bahu Amira dari belakang.
            “ Opps,…”
            ‘ Allahuakbar !!!’ Amira terlatah
Dari segi tingkah gadis tersebut jelas menunjukkan bahawa dia sedang terburu-buru mengejar sesuatu. Dengan ucapan maaf, gadis tersebut terus beredar.
            Melihat kepergiaan gadis itu, baru  Amira teringat. Cincin itu tidak lagi dalam tangannya. Tersentap Amira dek cincin kesayangannya itu terlepas daripada sentuhannya. Degup jantungnya menjadi kencang. Matanya mula melilau. Dalam kesibukan manusia berjalan di kawasan itu, Amira berusaha mencari cincinnya yang keciciran. Puas dia membuka mata seluas mungkin untuk menemui cincin tersebut. Hatinya semakin gelisah. Dia begitu khuatir sekiranya kehilangan cincin tersebut bakal mengundang kemarahan Furqan.
            “ Ya Allah, berikanlah aku petunjuk agar aku bertemu dengan cincin pemberian suamiku…” bisik hati Amira penuh pengharapan kepadaNya.
            10 minit lagi dan kuliah akan bermula. Amira terdiam. Dia bagaikan berputus asa untuk mencari sebentuk cincin itu. Nafasnya dihembus dengan penuh rasa kecewa.  Dalam keadaan terduduk itu, matanya masih tetap meliar. Mencari-cari keberadaan mahar daripada Furqan.
            Tiba-tiba hinggap satu cuitan di bahunya. Amira lalu menoleh ke belakang.
            “ Hmm, I think this is yours, right?” sapa seorang gadis berkulit putih.
            Alangkah bahagianya dirinya apabila melihat cincin tersebut di hadapan matanya. Masih molek permata itu. Gadis itu menghulurkan cincin tersebut kepada Amira.
“Tetapi, bagaimana dia tahu bahawa cincin tersebut adalah milikku? Hmm…” bisik hati Amira. Namun, dia cuba untuk ketepikan persoalan itu. Dia tahu, niat gadis tersebut murni untuk memulangkan hak miliknya. Amira menerima cincin tersebut dengan penuh rasa bahagia.
            “ Thanks so much. I was quite tired searching for this precious ring,” ujar Amira tanda penghargaan.
            “ Welcome. Actually, I was watching over you since you reached here.  I knew, there must be something special beyond that ring, right?”
            “ Yes. Very special… But, how you found this?
            “ Oh..I was trying to help you to search for this. Don’t worry. I was not mean anything bad…My name is Zara Fatima. Call me, Zara.”
            “ Hi, I’m Taqiyyah Amira, call me Amira. I’m from Malaysia,”
            “ Ouh, Malaysia. Kenapa tidak bilang dari tadi. Saya asal Indonesia,”
            Teruja Amira berkenalan dengan gadis itu. Gadis yang dikiranya seorang gadis barat ternyata berasal dari Indonesia. Ternyata dia gadis yang baik. Zara, gadis sunti berusia 23 tahun. Wajahnya yang bagaikan anak kelahiran Eropah membuatkan Amira menyangka bahawa Zara seorang gadis dari negara Barat. Ternyata, dia berasal dari negara jiran sahaja. Gadis ini berketurunan Jawa kacukan Belanda. Minatnya yang mendalam dalam bidang Syariah telah menariknya untuk ke sini.  Baru Amira faham sekarang. Mereka lebih selesa berbual dalam Bahasa negeri masing-masing.
            Amira mendapat tahu bahawa Zara merupakan pelajar tahun lima.
            “ Maknanya… kami berdua ni masuk pada tahun yang sama…Tapi, aku tak pernah perasan pun gadis ni…” bisik hati Amira.
            “ Sekejap! Gadis? Kenapa aku menggelarkan dia gadis. Sedangkan umurnya sama dengan umurku. Kami masing-masing berusia 23 tahun. Hmm, mungkin kerana aku sudah mendirikan rumah tangga menyebabkan diriku terasa sedikit tua. Aku perlu terima hakikat ini.” Tersenyum Amira sendiri mengenangkan hakikat dirinya.

**********

Kelas talaqqi hari itu tamat awal. Jadi, Amira merancang untuk ke bazar untuk membeli barang mentah dan sedikit juadah berbuka puasa. Dia berhasrat untuk memasak pada hujung minggu ini. Kesibukannya sejak akhir-akhir ini, membuatkan mereka hanya makan makanan yang dibeli oleh Furqan. Walaupun penat melayan kerenah jalan raya yang sesak dan bising, tetapi Amira gagahkan jua diri menempuhnya. Baginya, itulah yang mengajarnya erti kesabaran sejak pertama kali menjejakkan kaki di Kota Kaherah.
            “ Wah banyaknya sayur segar. Amira, jangan boros!!! Beli yang perlu sahaja,” Amira bermonolog sendiri sebaik tiba di bazar.
            Sungguh ramah peniaga di sini. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir mereka. Layanan terhadap pelanggan juga cukup memuaskan. Apatahlagi, sekiranya pelanggan mereka itu mahasiswa atau mahasiswi Universiti Al-Azhar. Amira sentiasa berharap akan ada masa yang terluang untuk dia berbual dengan peniaga yang sentiasa melayannya dengan baik di situ. Inilah budaya masyarakat di sini yang patut dijadikan tauladan kepada masyarakat di Malaysia.
Waktu senja hampir menjelang. Amira terburu-buru untuk pulang ke rumah. Amira segera bergerak pulang. Jarak antara rumah dengan bazar tidak begitu jauh. Jadi, Amira lebih selesa untuk berjalan.
            “ Assalamualaikum, Amira. Berjumpa lagi kita,” sapa seseorang dari sisi kirinya
            Amira menoleh. Ternyata sapaan itu daripada Zara. Wajahnya kelihatan begitu ceria.
            “ Waalaikumsalam. Zara buat apa di sini?”
            “ Oh, saya dalam perjalanan pulang. Tadi, baru pulang dari toko buku. Rumah saya di hujung lorong ini,”
            “ Kebetulan. Saya juga dalam perjalanan pulang. Cuma rumah saya di lorong kanan.”
            Amira dan Zara bergerak bersama-sama menuju ke destinasi masing-masing.
            “ Amira…Sebenarnya, saya sangat ingin berkolabrasi sama kamu untuk siapkan assignment tu. Atau kamu lebih selesa untuk menyiapkannya sendirian?” kata Zara sambil merenung wajah Amira di sebelahnya.
            Amira mengerutkan dahinya. Berfikir sejenak tentang assignment yang dikatakan oleh Zara.
            “ Hmm, assignment? Oh, itu. Astaghfirullah… Saya hampir terlupa yang kita ada tugasan. Allahuakbar. Ya! Boleh sangat. Lagi mudah kalau kita bekerjasama,” ujar Amira.
            Respon daripada Amira cukup menggembirakan Zara. Itu adalah antara niatnya untuk berkawan dengan Amira selain untuk menjadi sahabatnya.
            “ Jumpa esok. Assalamualaikum…” akhirnya mereka berpisah di salah sebuah simpang tiga. Amira meneruskan perjalanannya hingga ke rumah.

**********
           
Sejak hari itu, Amira mempunyai teman untuk pulang bersama. Lagipun, jarak antara rumah mereka tidaklah begitu jauh. Amira senang hati mempunyai teman sekuliah. Sebelum ini, Amira hanya berkenalan dengan Mariam, jirannya yang mengambil jurusan perubatan. Malah, masyarakat Malaysia yang lain juga menjadi kenalan Amira. Namun, keakraban Amira dengan mereka tidak seakrab Amira bersama dengan Zara.
            “ Kamu tengok apa itu? Saya perasan, setiap kali kamu sendiri, kamu pasti melihat telefon bimbit kamu dengan tekun sekali. Ada apa sebenarnya?” Amira mencuitnya yang dari tadi asyik melihat telefon bimbitnya.
            Amira tidak tahu mengapa, sapaannya tadi membuatkan Zara begitu gelabah dan segera menutup telefon bimbitnya. Amira merasakan bahawa ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Zara
            “ Tidak ada apa-apa…” jawab Zara bertemankan senyuman nipis di bibir.
            Amira hanya tersenyum dan menggeleng melihat tingkahnya.
            “ Biar betul? Kongsilah cerita dengan saya. Kita kan kawan…” ujar Amira.
            Zara terkial-kial. Dia berusaha untuk menyembunyikan wajahnya yang gelisah dek permintaan Amira tadi.
            “ Hmm… Tak perlulah. Itu gambar arwah ibu saya. Kamu tak perlu tahu rasanya,” jawab Zara.
            Amira mula berasa bersalah.
            “ Hmm…Saya minta maaf. Saya tak berniat nak buat kamu bersedih. Minta maaf, ya,”
            Amira mulai untuk mengenali peribadi Zara sejak seminggu bersua dengan gadis itu. Sungguh unik jalan kehidupan Zara sehingga akhirnya dia berjaya ditempatkan di Al-Azhar. Hidupnya yang sebatang kara tidak pernah mematahkan semangatnya untuk berjaya dalam hidup.


BERSAMBUNG...
* Maafkan salah dan silap yang terdapat dalam karya ini. 
Buang yang keruh, ambil yang jernih. In Shaa Allah.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: