Apabila Allah Cinta kepada HambaNya

Assalamualaikum


Seronoknya nak kongsi tentang tajuk 
Apabila Allah Cinta kepada HambaNya


Kita sering berbicara tentang ujian Allah kepada kita. 
" Ahh...Aku tak bolehlah..."
" Ya Allah...beratnya ujian ni..."
" Hmm...Sampai bila aku nak susah. Bila aku mendapat kebahagiaan..."

Ya. Memang berat!!! Sebab diri kita ini bukan sekadar ada iman sebagai perisai, malah ada nafsu sebagai perosak. Allah tahu kita kuat untuk setiap ujian yang kita lalui, tapi nafsu sentiasa berbisik supaya kita lemah. Nampak tak. Walhal, hakikatnya kita memang kuat untuk ujian yang diberikan oleh Allah. 

Pernah tak kita terfikir...24 jam Allah bagi kita nikmat yang tak putus-putus. Oksigen, anggota badan, kesihatan, keseronokan bersama manusia dan macam-macam lagi. Ada kala, Allah itu rindu nak dengar tangisan kita. Suara rintihan hamba-Nya yang merayu kepadaNya. Maka, Allah datangkan sedikit ujian. Di mana dengan ujian itu, ada ibrahnya dan di penghujungnya iman kita melonjak.
Hakikatnya...Allah tak perlukan kita walau sedikitpun. Kita yang perlukan Allah. Tapi, kita sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa kepada urusan utama kita di dunia ini, mencari bekalan. Sebab itu juga, datangnya ujian Allah kepada kita untuk memperingatkan kita...Pada masa itu...barulah kita sedar
'Allahuakbar...'


Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah 

(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-

orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu

 orang-orang yang beriman..."

3: 139


Setiap kesabaran akan mendapat pengakhiran yang indah
Percaya tak!!! Sabarlah sikit. Kadang-kadang ujian itu memang berat untuk kita lalui. Tapi, kita perlu yakin bahawa ' Allah bersama dengan orang-orang yang sabar
Kalau Allah dah bersama dengan orang bersabar, takkanlah Allah itu nak membiarkan kita dalam kesusahan. Allah itu Maha Penyayang, Dia tidak zalim kepada hambaNya. 
Allah yang menimpakan ujian kepada hambaNya...Dia juga yang akhirnya memudahkan kita.


Ada satu hadis yang cukup indah... Sini, Aishah nak kongsi. Biar kita sama-sama rasai keindahan hadis ni...


Allah SWT berkata: 
Kalau Allah SWT mencintai seorang hamba, maka beliau memanggil Jibril
Wahai Jibril! Aku mencintai si fulan, maka cintailah dia. Lalu Jibril memanggil penghuni langit
Wahai penghuni langit! Sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah dia
Lalu penghuni bumipun mencintainya
(HR. Bukhari&Muslim)

Subhanallah...Bayangkan diri kita yang dicintai oleh Allah SWT. Kalau dah nama kita diisytiharkan di langit. Di sisi Allah Azza Wa Jalla, Jibril, dan seluruh penghuni langit, kita merupakan makhluk yang dicintai. 
Kalau sudah demikian, tidak ada alasan untuk kita berasa resah berjalan di muka bumi. Insan ini...hati mereka sentiasa tenang. Kenapa? Kerana besarnya kecintaan Allah kepada kita. Tapi, ujian Allah itu sentiasa menyapa. 
Kelebihannya kepada mereka yang dicintai oleh Allah SWT, hati mereka tidak mudah mengalah.Bagi mereka, semua perkara yang berlaku itu baik belaka


Jadi, pastikan setiap langkah yang kita nak capai dalam hidup kita ni...Memastikan nama kita diisytiharkan oleh Allah SWT di langit. in Shaa Allah. 
Mujahadah itu Pahit. KERANA... Syurga itu Manis.


*perkongsian al-Hidayah Ust. Norhafizah Musa 
Itu Sahaja.
Wallahua'lam
Assalamualaikum =D


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: