Dia, Fatih Seferagic

Assalamualaikum


Cuba perhatikan betul-betul.
Kedua-dua jejaka ini memiliki wajah yang hampir serupa.
TETAPI,
dalaman rohani mereka bagai langit dan bumi. Sangat berbeza.
Alangkah terkejutnya Aishah apabila mendapati insan bernama Fatih itu seorang hafiz Quran. Subhanallah.
Bacaan al-Qurannya hampir mirip lenggok Qari Misyari al-Afasy. 

* bacaan beliau.

*

Jom sama-sama hafaz Quran.
Target: Surah al-Kahfi 1-10
In Sha Allah

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

SPM was Over

Assalamualaikum

Hampir seminggu balik dari maktab. Hmm, terkenang balik hari terakhir SPM.
Subuh hari itu rasa sejuk sangat. Kabus memenuhi kawasan Parit. Perjalanan ke surau untuk Subuh berjemaah rasa macam sayup semacam.
Dalam hati terfikir...
" Ni Subuh terakhir aku di maktab ni. Lepas ni, entah bilalah aku dapat Subuh berjemaah macam kat sini "
sobsob..

Aishah bersyukur sangat sebab di sana, pelajarnya diberi kesempatan untuk tunaikan solat Subuh berjemaah...Tapi, ramai yang tak hargai peluang ini. Mungkin, mereka tak nampak lagi hikmah Solat Subuh berjemaah.
Seriously BEST SANGAT !!!

Lepas Subuh dengan segera bersiap untuk sarapan di DS (dewan selera). Maklumlah, sarapan terakhir di ds kesayangan ~


Menuju ke Dewan Iltizam untuk Paper Biology....
BIOLOGY. Itulah antara paper yang paling Aishah takut selepas Add Math. Kedua2 paper ni Aishah fobia sikit.
Sekarang, segalanya dah berakhir..
Kita letakkan segala usaha dan ikhtiar kita kepadaNya dan bertawakal sahaja.
In Sya Allah, Dia pasti tahu yang TERBAIK.

* haha. Sempat lagi bergambar. Walhal, lagi beberapa minit nak exam Biology Paper 3. Huh =)

Sebaik tamat Paper 3. Satu perasaan sebak menyelubungi diri ini. Rasa macam sedih semacam. Sebab sebelum pukul 6.00 petang dah kena clear asrama. Aishah ingat lagi, waktu perjalanan balik asrama, 'angah' datang menyapa....
" Angah..jangan lah nangis.."
Bila tengok angah menangis, Aishah pun meleleh sama.

Memang sebak, sebab 2 tahun di Parit rasa macam sekejap sangat. 
2 tahun bagaikan tak cukup untuk Aishah mengenali mereka.

Seorang demi seorang balik dan akhirnya, mama dan ayah pun sampai.
Sebelum balik, sempat lambai Teacher Hayani, the most sporting teacher ever.

Selamat tinggal, Parit.
Lepas ni dah tak boleh nak tengok tiang jam Parit.
Haha...Tengok tiang jam Kulim jelah.

Itu sahaja,
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Detik 24 Oktober 2014

Assalamualaikum

Of spring, cream puffs, self-compassion and freedom
Hmm... Hampir 4 bulan tak update blog. Muahaha. Maklumlah calon ESPIEM lah katakan. 
Pejam celik, pejam celik tak sangka yang Aishah dah masuk form 5. What!!! I feel like it was just yesterday I went to the MRSM Parit. 

Itulah dunia. Masa terus berlalu. Usia terus meningkat. Lain pula di akhirat nanti. 
Kalau di syurga kita akan terus muda dan sihat untuk menikmati seluruh nikmat yang jauh lebih indah daripada kehidupan di dunia. Tapi, di neraka kita akan terus dihidupkan agar sentiasa merasai kesakitan dan keperitan seksa azab an-Nar. Nau'zubillahhi min zalik.

Dalam banyak-banyak hari yang ditempuh di maktab, ada satu hari yang sangat bermakna dan boleh dikatakan paling best.
24 Oktober 2014

Pagi itu merupakan
HARI GRADUASI MRSM PARIT KALI KEDUA 
Apa yang seronok???
Graduasi tahun ini telah melayakkan kesemua 208 calon SPM 14 untuk bergraduasi. Alhamdulillah. Kesemuanya dapat merasa memakai jubah graduasi. Apatahlagi, batch kita orang yang rasmikan jubah graduasi maktab. Tahun lepas maktab pinjam daripada maktab lain. MRSM baru lah katakan. Huhu.


Alhamdulillah, Aishah berjaya menduduki graduasi Kelas Pertama dengan pointer terkumpul 3.78. Alhamdulillah. Bukan senang nak dapat tu. Yang penting, waktu form 4 kena pulun dapat pointer tinggi...Nanti naik form 5, bila pointer jatuh sikit tak adalah menjejaskan TPNG ( pointer terkumpul ).

Debaran duduk di barisan hadapan ni lain macam sebab kita nampak semua yang terjadi betul-betul depan mata kita. Kita, orang pertama yang kena bangun untuk beratur mengambil 'skroll'. Huh.
  

Selesai Majlis Graduasi. Sembahyang Jumaat dulu. 3.00 petang, hantar jubah balik. Rasa macam nak bawa balik ja jubah tu, Tapi, nanti kena bayor RM 500. Huh. Tak sanggup, mak. 
Petang tu, terus turun dewan. Persiapan untuk 
Annual Dinner Le Virulents 
malam tu.

Aishah dilantik sebagai AMT ( ahli majlis tertinggi ) bahagian Montaj. Bukan satu montaj, tapi dua montaj yang kena siapkan. Memanglah nampak tugas buat montaj macam senang. Tapi, sebenarnya susah bila kita berurusan dengan orang lain. Huru-hara dibuatnya. Aishah belajar untuk bersabar dan professional apabila kita bekerja dan berurusan dengan manusia. 


Berbalik kepada Annual Dinner. Hmm, buat dalam maktab sahaja. Pengetua katakan bahawa SPM semakin hampir jadi, lebih baik buat dalam maktab. Hmm, mungkin itu lebih baik. Macam-macam yang dilalui barisan AMT atas,  sebelum berlangsungnya majlis. Terpaksa berurusan dengan pengetua berkali-kali. 
Akhirnya, malam itupun terlaksanalah majlis yang dinantikan Le Virulents. Bertemakan Guns n Roses, kesemua pelajar Tingkatan 5 kelihatan vogue sanagat. Bermacam-macam gaya ada. 



HOMEROOMKU SAYANGKU =)

Rasanya, buat di dewan pun better. Luas pun luas. Selesa. Overall, memang terbaik lah. 
Malam itu sahaja, Aishah dapat kumpulkan 5 'barang' sekaligus. Huh
Sijil Anugerah Kelas Pertama, 
Skroll Anugerah Khas Pengetua, 
Plak Anugerah Khas Pengetua, 
Teddy Bear Graduasi daripada mama ayah 
dan hamper cabutan bertuah Malam Annual Dinner.

Keesokannya harinya, bermulalah kembali perjuangan untuk menghadapi SPM. Sekurang-kurangnya 24 Oktober 2014 itu menjadi hari di mana stress kami dilepaskan sementara. Haha, sementara cuma.

Thanks for those remembrances...
......
Itu sahaja, 
kalam runcing daripadaku setelah sekian lama tidak menaip..

Assalamualaikum



Thanks For Reading شكران.

Al- Akif, Going to Miss

Assalamualaikum

Kini sudah tiba masanya untuk melepaskan jawatan 
BADAR
Tak sangka sudah lebih kurang setahun lebih menjadi ahli 
badan dakwah kerohanian.

Seronok sebenarnya menjadi ahli BADAR. Ya, memang ini adalah satu amanah yang besar. Tapi, apabila amanah ini digalas secara bersama-sama, amanah tersebut terasa mudah untuk dilaksanakan.

Saat-saat awal sebagai ahli BADAR walaupun berasa sangat sukar tapi kami ditemani Ustazah  Syakiroh, Ustazah Zahirah Teacher Munal. 


Setiap hari Khamis selepas Isya', kami akan adakan Usrah BADAR. Seronok sangat berusrah dengan ustazah dan teacher. Tapi...
Lama kelamaan, seorang demi seorang meninggalkan kami. Bermula dengan Ustazah Syakiroh yang telah meninggalkan satu semangat yang membuak-buak untuk kami teruskan legasi ustazah di maktab.

Teacher Munal hadir menggantikan posisi ustazah. Tak lama kemudian Teacher Munal berserta dengan Ustazah Zahirah meninggalkan kami. Saat itu, kami berdiri sendiri berbekalkan ilmu yang kami ada. 

Tahun 2014, kami bergerak sendiri di bawah pimpinan Presiden BADAR. 

Pada Aishah, walaupun tak banyak pembaharuan yang dapat dilakukan sekurang-kurangnya kami telah berusaha untuk mengubah sesuatu dalam maktab ini. Haha...pelajar puteri pun dah tak berani untuk turun Maghrib lewat. Sebelum 7.15 dah mula penuh surau. Alhamdulillah. Walaupun masih ada segelintir yang tetap berdegil untuk turun lewat..Hmm, tak tahu dah nak buat apa.
" Berdoa je lah.. Moga2 Allah buka pintu hati dia untuk turun surau awal "

Ni paling lawak!!! BADAR buat jualan buku selama sebulan di maktab. Yang paling tak tahan, pernah sehari tu... Pendaftaran Tingkatan 4 2014 ambilan pertama. Ramai yang buat jualan di pusat pelajar. TupTup, kami berniaga buku dekat depan surau ni. Haha. Macam krik..krik.. Memang tak dapat dilupakan!!! 

Waktu ini pun best. BADAR dapat peluang untuk dengar ceramah PU YEOP dekat Siputeh. Ceramah ni best sangat. Bukan sekadar dengan ceramah, tapi sambil dengar QASIDAH dari KUISAS. Malam itu seronok sangat. BADARIAH semua duduk bersila di depan sekali. Haha =) Kesempatan ni kami ambil untuk jemput PU YEOP ke maktab kami. Akhirnya, hasrat itu tercapai. PU YEOP datang ke maktab kami di Malam Gema Islam masa bulan Ramadhan. =D


Inilah board yang paling Aishah sayang. Kalau dulu, Aishah rajin update info dekat board ni. Sesetengah info tu Aishah ambil daripada blog Aishah sendiri. Puas rasanya dapat menampal artikel dan orang lain dapat membacanya. Selalunya Aishah akan datang awal ke surau untuk tampal. Lepas tu, ramai orang berkerumun dekat board ni waktu Solat Maghrib. 
Tapi, masuk bulan April 2014 lebih kurang, Aishah dah macam busy sampai tak sempat nak update yang baru. Hmm... Sedih juga sebab tak ada masa untuk buat benda ni dan board ni terbiar macam tu saja. Ada juga yang tanya...
" Aishah, tak ada artikel baru ke?"
Aishah geleng saja...
Tak apa...BADAR 2014/2015 kan ada. Aishah yakin diorang dapat buat yang jauh lebih baik =D


Inilah Surau al-Akif, MRSM Parit. Seronok dapat jaga surau ni. Setiap pagi Ahad, BADAR gotong royong, bersihkan surau sambil layan nasyid. Sampaikan terlentok dalam bilik BADAR. Haha. BESAR!!! Surau ni memang besar. Nak jaga surau ni, memerlukan satu kerjasama yang baik =D

Aishah ingat kata-kata Prof MAZA semasa program NADWAH...
" Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang berharap agar pemimpin selepasnya JAUH LEBIH BAIK daripadanya "

Kalau dulu, Aishah selalu terbayang macam mana rasanya saat melepaskan jawatan ini...MESTI SERONOK SEBAB TAK PAYAH MENCARI PUBLISITI DAH... Ternyata, apa yang Aishah fikir tu salah.
Rasanya sangat sedih untuk lepaskan satu badan yang telah menyatukan jiwa-jiwa ahli BADAR ni. Semasa membaca Doa Rabitah buat kali terakhir hari itu, terasa sedikit sebak. Mengenang kembali saat pertama kali membaca Doa Rabitah bersama Ustazah Syakiroh, Ustazah Zahirah, Teacher Munal, Ustaz Hazwan...Tak sangka, akhirnya Aishah akan menadah tangan untuk Doa Rabitah terakhir sebagai Ahli Badar.

Semoga amanah yang Aishah pegang selama ini terlaksana. Cukuplah, artikel yang Aishah tampal, tazkirah yang disampaikan, ajakan memenuhkan saf, denda sebab tak turun Subuh dan macam-macam lagi. 

Minta maaf kalau selama menjadi BADAR Aishah tersalah tindakan atau melukakan hati mana-mana pihak. Hakikat sebagai pemimpin memang akan ada orang yang tidak suka kepada kita. Aishah terima hakikat itu dan disebabkan itulah Aishah menerima jawatan ini dengan ikhlas.

Semoga BADAR 2014/2015 mampu melakukan suatu pembaharuan dan menjadi lebih baik. In Shaa Allah =D

# Struggling for SPMrsm dan SPM. Man Jadda Wa Jada :)
Assalamualaikum
Taqabalallah Minna Wa Minkum.


Thanks For Reading شكران.

Qalam Ramadhan =)

                                                                  Assalamualaikum


Subhanallah... Ramadhan dah bersama dengan kita selama hampir sebulan. Pada pandangan Aishah sendiri, Aishah rasakan kelainan pada bulan ini. Aishah setuju dengan kenyataan :-

Ramadhan Bulan Tarbiyyah

Banyak ujian dalam bulan Ramadhan ni. Pertamanya, Aishah menghadapi Peperiksaan Trial SPMrsm. Sebelum datang bulan Ramadhan Aishah terfikir...
Bolehkah Aishah khatam Quran kalau bulan puasa ni Aishah exam. Tapi, Alhamdulillah Allah itu sentiasa ada untuk permudahkan.

Aishah ingat lagi, kata-kata Kak Atiqah dalam usrah...

Kesibukan itu sebenarnya UJIAN... Yang penting, kita ada KEMAHUAN dan NIAT yang betul =D

Tak cukup dengan exam. Suatu hari, kena pula sakit kepala. Kena pula hari Nuzul Quran. Rasa sakit kepala tu membuatkan Aishah langsung tak boleh study. Baru nak baca Chapter Radioactivity, kepala macam mencucuk-cucuk. Waktu tu tak tahu lah nak buat apa. Lumur minyak angin kat kepala.  Sehari itu memang tak study langsung, walhal ESOK nak exam Physics. 
Malam pula badan panas semacam. Masa itu, Aishah tawakal saja kepada Allah. Dengan harapan boleh jawab Physics.


Keseluruhannya, Aishah rasakan Ramadhan kali ini jauh lebih mencabar. 
1- Bersahur
2- Study sikit
3- Bersiap untuk solat subuh berjemaah
4- Bersiap ke sekolah
5- EXAM 
6- solat Zuhur * lepas tu exam balik
7- siap2 SOlat Asar berjemaah
8- Tadarus
9- Ambil makanan berbuka
10- bersiap2
11- * berniaga 
12- berbuka
13- solat Maghrib Isya' berjemaah
14- Solat tarawih berjemaah
15- Prep sekejap
16- sambung study kat bilik sampai tgh malam
17- tidur

dan lain-lain ~

-----------------------

Ya Allah...
Aku bersyukur kerana bulan ini banyak mengajar aku erti
 KESABARAN ... KESYUKURAN... KEIKHLASAN.

Aku berharap agar TARGET RAMADHAN tahun ini tercapai =)


Pejam celik...pejam celik...
Tetamu yang istimewa daripadaMU dah nak pergi. 
I felt sad when realised that Ramadhan is about to leave us...
I don't know whether Ramadhan satisfied with me or not...
I had done my best for this magnificent month...
Ya Allah, accept my ibadah :)

Thanks Ramadhan for being a great TEACHER for me =D
I'm going to miss you...
Ya Allah, let me be in the next Ramadhan and
may we have a better Ramadhan every year . Ameen

Itu sahaja...
Selamat Menyambut Aidilfitri tahun ini.
Taqabalallah Minna Wa Minkum =D

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Cinta Sang Pencipta

Assalamualaikum

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (HR.At Tirmidzi)
Cinta itu fitrah insani.

Cinta itu anugerah Ilahi yang tak ternilai.
Cinta itu sesuatu yang tidak nampak pada lahiriah tetapi sangat terkesan pada batiniah.

MasyaAllah… indahnya cinta. Bukti kewujudan Allah.

Dengan cinta itulah kita kenal Pencipta dengan cinta itulah kita kenal Rasul, dengan cinta itulah kita bersaudara dan  cinta itulah wujudnya kebahagiaan. 
Namun begitu, Cinta kepada ALLAH itu cinta yang utama.

Jagalah cinta padaNya, nescaya akan beroleh cinta sesama insan.
Dalam firman Allah:
“Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia.” (Al Imran: 112)
Cintailah ALLAH sebelum kita belajar untuk mencintai manusia. Selami hati, selami jiwa, dimana kita letakkan Allah dihati kita? Di mana DIA dihati kita? Sering kita terlupa ALLAH tika kita senang dan bergembira.
Astghfirullahalazim…( Moga dijauhkan perihal sebegitu kepada kita). Pabila terngadah barulah kita mencari-cariNya, meminta, merayu. Namun, sejauh manakah keikhlasan kita dalam mencintaiNya? Istiqamahkah kita dalam berdoa? Allahuakbar, ketahuilah, dugaan yang datang itu tanda Allah masih mencintai kita. Sebelum kita terlalu lewat untuk kembali kepadaNya, DIA memberi “peringatan” kepada kita dengan ujian itu. Namun, sejauh mana kita sedari semua tu?





“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan” (Al-Anbiyaa’:35)
Rasa cinta kepada manusia itu akan hadir tanpa dipaksa.
Rasa cinta kepada manusia itu akan wujud tanpa diminta.
Rasa cinta kepada manusia itu adalah kebahagiaan yang Allah beri pada kita.
Namun, cintailah mereka kerana cinta kepada Pencipta Cinta.

Siapa kita untuk membuang rasa cinta dihati?

Siapa kita untuk menidakkan takdir Illahi?
Siapa kita untuk melawan rasa fitrah insani?



Raikanlah cinta dihati, dengan panduan Illahi.

ALLAH kan Ada!
Sematkan kata-kata itu dihati dan dijiwa. Mintalah bantuanNya dengan sabar dan mengerjakan solat.
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah: 153)
Allah itu Maha pendengar rintihan hamba-hambanya. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayangan dan dengan sifatNya inilah kita pinjam dalam berkasih-sayang sesama manusia. Bangunlah di sepertiga malam, sujud mengadapNya, merintih padaNya.
“Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)
“Wahai orang berselimut, bangunlah untuk solat malam kecuali sedikit masa (untuk kamu berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam atau kurangkanlah sedikit daripadanya.” (Surah Al-Muzzammil, 1-3)
MasyaAllah, Allahuakbar! Betapa kasihnya ALLAh pada kita, diberi panduan untuk menjalani kehidupan. Jadi apa lagi yang kita nafikan?

Bangunlah sahabat, usah ditagih kasih yang tak pasti, usah diharap cinta insani, jika cinta kepada Allah sering kita nodai. Bangunlah sahabat, berdoalah padaNya, meminta yang terbaik daripadaNya, merayulah keampunanNya, mohonlah keredhaanNya.
Wallahua'lam
Assalamualaikum..


Thanks For Reading شكران.

Pesta SEM

Assalamualaikum...

Pada penghujung bulan JANUARI 2014, telah diadakan PESTA SEM TYPE 3. 
Ini adalah antara program maktab yang paling menakutkan. Hasilkan inovasi, buat dokumentasi, bentangkan. Pembentangan dalam Bahasa Inggeris. Itu paling BEST!!!

Tapi, apa-apapun kami kena laluinya juga. Las2 minute baru dapat idea. Menarik juga idea kami...
Green-Weed Killer...
Rasanya bertentangan dengan  kempen pengetua..Hihi =D




Akhirnya, yang membentangkannya adalah Aishah, Zulaikha...Aishah yang paling banyak cakap...Zu tolong back up..Hmm, macam-macam perkara yang terjadi sepanjang proses nak siapkan board SEM ni. ...

Taqabalallah Minna Wa Minkum =)
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Dunia Baru

Assalamualaikum


501 2014



* KELAS BARU *
501
Tahun 2014 merupakan tahun di mana pelajar Tingkatan 5 2014 terpaksa melalui satu perubahan iaitu shuffle kelas. Walaupun, bermacam cara dilakukan oleh BWP untuk menolak rancangan pembubaran kelas, tapi akhirnya tahun ini kami terpaksa melaluinya.

501 dan 507 dijadikan sebagai kelas elit yang menempatkan pelajar yang berada di TOP 60 semasa Final Sem 2 2013. 
Manakala pelajar lain ditabur sama rata di kelas 502 - 506.

Aishah tak tahu nak kata apa-apa...Sememangnya agak tertekan berada dalam kelas elit ini..
" Awak semua MASTER MENTOR!!! Awak MESTI dapat A sekurang-kurangnya A-. "
Ya Allah, hari-hari mendengar kata-kata yang sama. 

Aishah terus STAY POSITIVE. Anggap yang cikgu cuma nak yang terbaik untuk calon SPM 2014. 
In Sya Allah, setiap kata-kata cikgu itu adalah doa..
Terus cekal 501.

Tahniah kepada calon SPM 2013 berjaya menduduki tangga ke-18 MRSM SEMALAYSIA...

Assalamualaikum



Thanks For Reading شكران.