Hakikat Bahagia

Assalamualaikum,
ya akhi ya ukhti :D

Indahnya hidup ini kalau kita berpegang pada fitrah. Allah dah tetapkan fitrah bagi manusia, serta makhluk yang lain. Jadi, hari ini suka pula nak sembang fasal " Hakikat Bahagia ".

Pertamanya, bahagia itu datang dari mana?
Daripada boyfriend?
Daripada girlfriend?
Astaghfirullah hal Azim, kebahagiaan itu sebenarnya datang daripada Allah. Allah jualah yang berhak memberi kebahagiaan kepada hambaNya. Allah campakkan rasa bahagian itu ke dalam hati masing-masing... Agak-agak, siapalah kita tanpa Pencipta?



1. Beriman dan Beramal Soleh
----------------------------------
"Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan mereka beriman, maka Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan apa yang mereka amalkan." (An-Nahl : 97)

Ibnu Abbas mentafsirkan kehidupan yang baik sebagai rezeki yang halal lagi baik.
Saidina Ali pula mentafsirkan kehidupan yang baik sebagai sifat qanaah iaitu sentiasa berasa cukup =D
Ali bin Abi Thalhah pula menyifatkan kehidupan yang baik itu sebagai kebahagiaan.


2. Sentiasa Mengingati Allah
-------------------------------

" Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati menjadi tenang " (ar-Rad : 28 )

3. Tawakal Kepada Allah
----------------------------

 "Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Al-Talaq :3)

Bertawakal ---> Bersandar kepada Allah.
Bertawakal adalah apabila setelah kita berusaha sedaya upaya. Kemudian, kita sandarkanlah segalanya kepada yang Maha Kuasa. Ingat, hanya Dia lah tempat yang layak kita serahkan segala urusan dan meminta pertolongan. In Sya Allah :)


4. Mencari Peluang untuk Buat Baik 
------------------------------------------
 "Tidak ada kebaikan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (An-Nisa' : 114)


Subhanallah.. Allah gariskan ' sesiapa yang menyuruh manusia kepada kebaikan ...' dia beroleh pahala.
Pahala merupakan kenikmatan kepada kita. Siapa tak seronok dapat pahala. Itu merupakan kebaikan daripada Allah. Cuma kita tak sedar Allah berikan pahala. 
Tapi, tanpa sedar itulah Allah berikan kita ketenangan.


5. Tidak Memikirkan Masa Depan dan Tidak Meratapi Masa Sila
---------------------------------------------------------------------------

"Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah. Apabila menimpa akan kamu sesuatu (daripada perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata : 'Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu', akan tetapi katakanlah : 'Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan', kerana sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka kepada amalan syaitan"
(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW menitip pesan kepada kita...Kita sebagai 'Abd Allah ' @ Hamba Allah ini hanya perlu reda dengan ketentuanNya. Jangan pernah menyalahkan takdir. Apabila kita sabar dan reda nescaya kita akan mendapat ketenangan.
Jangan juga kita terlalu memikirkan masa hadapan secara melampau-lampau. Biarkan Allah dengan urusan Allah. Jangan kita, manusia yang  biasa ni nak masuk campur urusanNya..Laksanakan perintah Allah ;D



6. Lihat Apa yang Kita Ada Bukannya yang Tiada
------------------------------------------------------------

"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." 
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

7. Jangan Mengharap Penghargaan daripada yang Lain 
-------------------------------------------------------------
"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih." (Surah Al-Insan : 9)


Hayati bait lirik Hakikat Bahagia daripada UNIC...Sungguh menyentuh :D

Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 
Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki

Sama-sama kita menghayati. Mari bersama menjadi insan yang bahagia di dunia dan akhirat. In Sya Allah =D
Astajib Dua' Ana, Ya Rahman

Assalamualaikum,


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: