Teguh Mujahadah...Sabarlah

Assalamualaikum.

Suka untuk Aishah kongsikan ilmu yg Aishah peroleh semasa Usrah Badar bersama Teacher Munal. Ilmu ini sangat berharga buat Aishah kerana Aishah berjaya menjumpai kunci kekuatan.

teacher munal in memory ♥ with BADAR

Apa khabar imanmu hari ini? Diharap makin hari makin mantap. Insyaallah. Hari demi hari berlalu, bermacam amanah dan tanggungjawab yang harus kita pikul. Betul, hari ini kita mampu kita mampu katakan

" Aku boleh !!! "

Tapi, akan datang satu hari, satu detik dan satu saat di mana kita merasakan bahawa diri kita sangat rendah, kita merasakan kelemahan yang teramat dalam diri sehingga membantutkan kerja kita. Betul tak? Itu merupakan salah satu tanda seseorang itu hampir kepada putus asa.
Tidak!!!. Kita sudah meredah onak dan duri sejauh ini, tidak mungkin kita berpatah balik. Rakan-rakanku,
Di saat kita rasa jatuh dan lemah, cuba kita fikir kembali, besar sangatkah derita dan cabaran yang kita sedang hadapi. Adakah besarnya cabarannya lebih daripada cabaran yang Rasulullah hadapi.

Rasulullah diperintahkan suapaya menyeru kafir Quraisy memeluk Islam, tinggalkan maksiat, tinggalkan segala kemungkaran. Bayangkan ketika itu, mereka semua jahiliyyah (bodoh). Tidak mungkin mereka mempercayai kata-kata Rasulullah dengan mudah. Amanah dan cabaran ini Rasulullah galas .Baginda tabah dan sabar mengajak manusia ke jalan yang benar. Sehinggakan, Rasulullah diancam bunuh.

Rakan-rakan, Rasulullah diancam bunuh. Bunuh bukan soal kecil, tetapi soal hidup dan mati. Tidakkah cabaran yang baginda hadapi sangat besar. Subhanallah. Sehingga suatu masa, Rasulullah merasakan kelemahan dan baka kata orang sekarang " down".
Surah al-Muzammil- ayat 1.

Wahai orang yang berselimut
Ayat ini turun untuk memujuk hati Rasulullah. 

Bangunlah sembahyang pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), _ayat 2

Lihatlah. Sembahyang pada waktu malam merupakan kunci kepada kekuatan dan ketenangan. Cuba kita fikirkan, kalau kita bersedih dan rasa frust, siapa yang pertama kita mengadu masalah kita? Siapa ?
Pasti kita lebih gemar menceritakan kepada rakan-rakan yang sebenarnya belum pasti cerita kita selamat di tangannya.


Tapi, Allah. Allah adalah sebaik-sebaik tempat untuk kita mengadu. Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya yang ada untukNya. Allah juga sentiasa ada untuk hambaNya yang tidak bersama denganNya. Allah maha Mendengar. Dia Maha Berkuasa, Dia mampu mengubah segalanya. 
Merintihlah kepada Allah.

Dalam surah al-Muzammil
Sesungguhnnya engkau pada siang hari mempunyai pekerjaan yang banyak

 Nampak tak? Nampak tak betapa Allah itu memahami kita sebagai insan. Insan yang sangat sibuk pada siang hari. Banyak amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Amanah sebagai khalifah Allah, anak, pelajar dll. 
Sebab itu, diciptakan malam...khusus buat kita berehat. Bukankah itu fitrah. Tetapi, sungguh beruntung bagi kelompok manusia yang waktu malam itu digunakannya untuk bangun solat malam, mengadu kepadaNya. Allah pandang kelompok manusia ini. Allah pelihara. Insya-Allah :D

Malam ini boleh dikira sebagai waktu special untuk kita bercinta dengan Allah. Sepi dan sunyi. Sedangkan percintaan antara insan juga memerlukan kesepian dan kesunyian apatahlagi bercinta dengan sang Pencipta.

Cuba kita bayangkan di saat kita dihina, dicerca dan dijatuhkan semangat. Datang seseorang yang mengatakan...

Bertenanglah. Biar aku yang uruskan mereka

Pasti kita rasa seperti hilang satu beban dari diri kita. Sama juga dengan Allah. Allah telah berfirman :

Dan biarkanlah Aku sahaja memabalas orang-orang yang mendustakan, iaitu orang-orang yang dalam kemewahan dan berilah mereka penangguhan sebentar

 Nampak tak bagaimana Allah memujuk jiwa Rasulullah untuk kembali bersemangat. Subhanallah. Perkara yang sama Allah sampaikan kepada kita yang sedang menjalankan amanah. Jangan risau sekiranya ada yang tidak mahu mengikut arahan.

Bersabarlah. Ingat, jangan kita membalas mengikut nafsu amarah. Bahana menanti. Sebaliknya, pastikan kesabaran selalu menang. Sabar itu sangat indah kerana syurga yang manis menanti. Allah kata berilah mereka penangguhan sebentar.
Biarkan mereka yang lalai itu penangguhan iaitu kesenangan. Sedangkan kesenangan yang mereka rasakan itu cuma seketika jika nak dibandingkan dengan nikmat syurga yang menanti kelak.

Kalau kita nak ikutkan betapa banyaknya ujian dan dugaan yang telah kita hadapi. Tapi, kita akhirnya berjaya untuk sampai pada hari ini. Nampak tak.
Ingat lagi, di saat anda jatuh, lepas tu kita kata 
" Ya Allah, Tolonglah aku..."
Tapi, hari ini mungkin kata-kata rintihan itupun kita dah lupa. Sebab apa, Allah sudah keluarkan kita daripada dugaan itu dan kita sendiri berjaya melepasi ujian itu dengan bantuan Allah. Allah itu maha Berkuasa dan Dia mampu untuk berbuat apa-apa.

Kita hanya perlu serahkan segala urusan kepadaNya dan percaya denganNya. 
Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil
 Cukuplah bagiku Allah.. Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan :D

Jangan pernah kita berputus asa daripada landasan perjuangan ini. Jalan yang sedang kita lalui ini adalah jalan yang mulia, jalan menuntut ilmu, jalan yang sangat dituntut dalam Islam. 

Sangat rugi sekiranya kita berpatah balik atau erti kata lain putus asa. Sayang...

Kuatkan jiwa dan hati kita dengan solat malam. Insya-Allah, kita akan diberikan kekuatan daripadaNya untuk terus melalui jalan-jalan yang penuh dengan beban(amanah) dengan baik.

Sama-sama kita fikirkan.. Bangun malam memang sukar. Tetapi, berusaha dan terus berusaha ke arah itu pasti kita mampu untuk lakukannya. 
Istiqamah itu adalah lebih baik :D

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: