Undilah Saya

Assalamualaikum.


Kali ini, nak cerita bagaimana Aishah boleh terperangkap dalam Calon Badan Wakil Pelajar Maktab. Semuanya bermula apabila Aishah mengambil borang kelayakan BWP. Sebaik sahaja pulang daripada Program Nadwah Islamiah, pelajar yang mengisi borang BWP diminta untuk melalui proses temuduga bersama ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Ya Allah, bolehkah aku memegang amanah yang sungguh besar ini. BWP bukannya amanah yang remeh,"

Aishah tetap melalui proses temuduga bersama ahli SPR. Mula-mula, perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris, kemudian baca Doa Qunut, Rukun Iman dan jawab soalan-soalan yang diajukan. Seriously, soalan yang ditanya macam nak bunuh orang. Aishah sampai terkedu nak jawab. Tapi, jawab sahaja dengan wajah yang selamba.

Keesokkannya, datang dua orang pelajar ke kelas lalu dipanggilnya 4 nama termasuklan nama Aishah. Apa pula kali ini?

" Petang ini, pukul 3, terus pergi Staff Room ada sesi temuduga bersama Guru dan Warden "

Ini memang menaikkan darah gemuruh Aishah. Rasa putus asa memang dah membara sangat. Waktu Aishah balik bilik, angah orang yang paling excited nak tahu. Aishah luahkan rasa Aishah nak tarik diri. Tapi, angah memberikan kata-kata semangat sambil memegang tangan Aishah dan menatap mata Aishah setajam-tajamnya. Adalah sedikit semangat.

Kali ini, Aishah mendapat Cikgu Azizan, guru sejarah merangkap guru penasihat Lembaga Disiplin Pelajar. Seperti biasa, perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris, jawab soalan. Aishah rasa temuduga dengan guru lebih mudah berbanding dengan SPR. 

Aishah sedar, esok akan dikeluarkan shortlist yang layak bertanding untuk pilihanraya. Aishah ingat lagi macam mana, Aishah menangis satu malam sebab takut.

" Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa aku boleh memikul amanah ini, Engkau permudahkanlah urusanku namun, sekiranya, ini bukanlah perkara yang baik buat hambaMu ini, Engkau jauhkanlah aku darinya,"

Setiap kali solat, Aishah sentiasa berdoa. Minggu itu, merupakan minggu yang paling menakutkan bagi Aishah.
Esoknya itu, kawan Aishah ada ajak Aishah tengok short list dekat papan kenyataan. Aishah tak nak. Aishah takut tahap gaban. Waktu rehat saja, angah terus datang kelas Aishah dengan tersenyum.

" Ecah, kita ada berita gembira buat kamu"

Aku dengar saja apa yang angah ceritakan, mengalir air mata. Aku tidak tahu, hati ini rasa sangat gementar. Aishah dapat rasa yang Aishah tak bersedia untuk memegang amanah ini dan Badan Wakil Pelajar bukanlah jawatan yang sesuai untuk Aishah. 

Malam itu juga, akan dilaksanakan Manifesto. Alhamdulillah, nama Aishah akan dipanggil pada petang esok. 


*Hari Manifesto*

Sebaik selesai manifesto, maka bermulalah sesi berkempen. Apa yang Aishah buat untuk berkempen? Heh, Aishah tak buat apa pun. Aishah berharap agar kalah saja. Pelik kan. Orang lain masuk bertanding nak menang, Aishah masuk bertanding untuk kalah. 

Pihak SPR terus keluarkan poster untuk ditampal. Aishah cuma tampal poster itu dekat satu tempat saja. Itupun, entah orang perasan atau tidak. Tak bersemangat langsung nak menampal poster. 

* Tasya adalah orang yang tegar menampal poster Aishah. Sampai sekarang tak cabut *

Esok ialah hari Pilihan Raya Maktab. Ingatkan calon BWP tak payah mengundi, rupanya calon pun turut mengundi. Undi Tetap Undi. Haha.

Akhir sekali, keluarlah keputusan Badan Wakil Pelajar 2013/ 2014. 
Aishah tak tahu nak cakap sama ada ini berita gembira atau tidak? Aishah tak tersenarai dalam 14 BWP. 

Yang pasti, Aishah tak perlu nak takut hari-hari lagi. 
Ini mungkin jalan terbaik yang Allah tentukan. Aishah yakin sangat-sangat yang Allah lebih tahu apa yang baik untuk Aishah. Aishah terima dengan senang hati. 
Oh ya, Faiz, Presiden homeroom Aishah dan classmate Aishah yang sama-sama bertanding dengan Aishah berjaya menjadi BWP 2013/2014 dan memegang jawatan Biro Kerohanian merangkap Presiden BADAR. 
Galas tanggungjawab ini dengan amanah, Faiz. Jangan buat main-main. Haha. Tegas sikit!!

Apa yang terjadi selepas ini? Haha, Aishah tak berhenti sampai BWP. Ada lagi selepas itu. 
Berhenti dulu.
Semoga kita mampu menguatkan iman kita untuk 10 Ramadhan terakhir ini dan bersama tingkatkan ketaqwaan kepadaNya. Ameen.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: