Ya Allah, Permudahkanlah

Assalamualaikum


Bahang Cuti Tahun Baru Cina masih hangat terasa. Gong Xi Gong Xi kepada rakan-rakan berbangsa cina terutamanya, Jeremy Lim, Chee, Liau, Irene, Lit Ming, Phong, Ju Jie, Wing Hou, Chan, Neow dan Ricky. Dalam riang menikmati hari-hari cuti persekolahan, Aishah pula asyik berfikir akan masa hadapan yang bakal dihadapi di sebuah sekolah baru yang lebih hebat pastinya. 

Kalau namanya, MRSM, First Impression, mesti budak-budak pandai. Itu memang hal paling dikhuatiri. Isu bersaing. Namun, Aishah percaya yang bersaing secara sihat ini mampu meningkatkan lagi kredibiliti, usaha dan pencapaian.  Selain itu, kehidupan yang padat dengan aktiviti. Ya, pergi MRSM bukannya tempat untuk baring tidur lagi. Walaupun kaki ini belum lagi menjejak ke tanah MRSM namun, bahangnya dapat dirasai. Sibuk bagaimana sekalipun, Aishah sedia menggalas cabaran. 

Setiap orang, pasti akan merasai saat-saat kejatuhannya. Aishah yakin, bukannya setiap masa Aishah dapat menjadi strong. Mesti akan ada satu masa, Aishah rasa down. Yalah, manusia ini lemah. Kekuatannya pun ada batasan. 

Ya Allah, aku mohon dengan rasa rendah diri, berikan aku ketabahan dan permudahkan segala urusan di sana.


Dalam pada itu, Aishah berharap agar dipertemukan dengan kawan yang baik sepertimana Aishah dipertemukan dengan Nurul Huda, Siti 'Atiqah, Nur Aizat, Nur Izyan, Nur Afifah dan sahabat handai yang lain. Biar sahabat itu dapat memberi nasihat kepada Aishah ke arah kebaikan. Insyaallah. Amin :)

Hari ini, dan hari esok. Itu sahaja waktu yang tinggal sebelum diri ini melangkah ke bumi Parit. Niat di hati hanya ingin menuntut ilmu kerana Allah. Lillahi Taala. Kerana, Aishah percaya jalan menuntut ilmu ialah jalan menuju ke syurga. Biar perit mencari ilmu, jangan senang dengan kekontangan pengetahuan.

Alhamdulillah, pertemuan yang singkat pada sekitar waktu petang tadi bersama dengan Huda sedikit sebanyak memberi motivasi kepada diri ini. Insyaallah :D

Untuk berjaya, yang paling penting adalah usaha memajukan diri, sokongan ibu bapa, guru dan berdoa selepas melakukan segala usaha terbaik. _ niknurmadihah_


Semoga segalanya dipermudahkanNya. Amin.
Assalamualaikum



Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: