Tingkatan 4 di SMK Sultan Badlishah

Assalamualaikum.



Setelah beberapa hari tidak update blog, hari ini timbul pula mood nak menaip. Jadi, kesempatan ini saya gunakan  untuk berkongsi pengalaman di tingkatan 4 di SMK Sultan Badlishah. Sekolah itu, bukanlah sesuatu yang baru buat saya namun, suasana di sana telah membuatkan saya rasa seperti pelajar baru.

Kebiasaannya, setiap pelaar akan ditempatkan di kelas yang sama sepanjang Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3. Jadi, Aishah telah berada dalam kelas 1A10, 2A10 dan 3A10 selama 3 tahun. Keadaan demikian membuatkan kami berasa seperti sebuah keluarga. Mana taknya, 3 tahun bersama lalui pahit dan manis. Malah, kelas 3A10 mencatatkan keputusan cemerlang semasa PMR di mana, sebanyak 22 pelajar daripada 32 mendapat Straight As'.


Namun, keseronokkan itu tidak dapat dinikmati dengan sepuasnya. Cukup 2 minggu untuk meraikan kejayaan yang tidak seberapa itu. Kini, masanya sudah tiba untuk detik perpisahan. Langkah pertama di sekolah itu pada 1 Januari 2013, belum lagi ada rasa risau untuk berpisah. Apabila tiba di surau, melihat wajah rakan-rakan, baru terdetik rasa gundah untuk berpisah.

http://islamicartdb.com/

Selesai perhimpunan rasmi, semua pelajar tingkatan 4 dihimpunkan di Dewan Samsuddin untuk sesi pemahagian kelas mengikut subjek. Satu persatu dari mereka, bangun dan menuju ke kelas yang ditetapkan sehinggalah pengumuman untuk pelajar kelas 4Sc 8. Nama Nur Afifah dan Nur Aizat pula mengiringi. Jantung mula berdegup kencang, risau akan berpisah kelas. Hakikat tidak dapat berdusta, sememangnya kami akan berpisah.

Sekarang, tinggal Aishahdan Izyan. Manakala, 2 kelas masih belum diumumkan. Sungguh takut  mendengar nama-nama yang dipanggil. ALHAMDULILLAH. Sehinggalah tamat pelajar kelas 4Sc 9 diumumkan, saya dan Nur Izyan masih belum dipanggil. Akhirnya, kami menjadi pelajar kelas 4Sc 10. Memang kelakar apabila direnungkan balik. Bermula dari tingkatan 1 sehingga kini Aishah setia dengan nombor 10 :)

Hari ini sudah hampir seminggu saya menjalani proses pengajaran dan pembelajaran bagi tingkatan 4. Walaupun belum mendapat buku teks, namun sesi p&p terus berjalan. Itulah SMKSB. Aishah dah belajar sedikit introduction bagi Biology, Physics, Chemistry, Add Mathematics, Mathematics, Sejarah, B.M, B.I, Pend Islam, dll. Alhamdulillah, bagi permulaan, mudah difahami.

Namun, Aishah mengalami sedikit masalah ketika Cikgu Syibratul, guru Add Maths masuk pada subtopic 1.2- Functions. Pada mulanya, masih memahami. Makin lama, makin bercelaru. Agak keliru tentang bagaimana terhasilnya begini dan begini. Aishah cuba untuk bertanya kepada Izyan. Ternyata dia juga mengalami masalah yang sama.

Alhamdulillah kerana mama Aishah seorang pensyarah Matematik di Kolej Mara Kulim. Setiap hari, semasa balik sekolah soalan pertama daripada mama:
Macam mana add maths
Aishah pun berterus terang tentang kepayahan yang Aishah alami. Mama terus cakap " mai sini mama selesaikan,". Seronok sangat apabila mama cakap macam tu. Lepas solat Zuhur, terus tunjuk soalan yang tak tahu dekat mama. Mulanya, tak faham sangat. Selepas, bertubi-tubi soalan Aishah ajukan kepada mama. Alhamdulillah, rasanya hampir 80% bagi topic itu Aishah telah dapat kuasai. Kalau tidak, dulu bagi soalan paling mudah pun Aishah tak tahu nak selesaikan.

Cikgu SYibratul ada bagi lebih kurang 5-6 soalan. Kesilapan yang Aishah buat bagi soalan yang awal, telah memandu Aishah ke arah yang lebih baik bagi soalan seterusnya. Aishah juga menggunakan kemudahan Internet untuk melihat contoh-contoh soalan berserta jawapan. Kita patut bersyukur kerana adanya kemudahan seperti Internet. Bak kata orang, segalanya di hujung jari.

Aishah juga nak kata di sini yang pertemuan dan perpisahan itu lumrah kehidupan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kita hanya perlu persiapkan diri untuk suatu perpisahan. Apa-apapun kita kena belajar untuk menerima kenyataan. Janganlah berputus asa. Kentalkan semangat dan sentiasa berfikiran positif dan yang paling penting pelihara hati kerana hati yang mengawal minda untuk bertindak. Ingat Allah itu sentiasa ada di mana-mana dan dalam keadaan apa-apa sekalipun. Just Give Your Trust to Him :D

Sahabat itu hanya di dunia, ilmu itu sehingga ke akhirat :)

Selamat Menghadapi Alam Persekolahan.
 Do the best to prove that you are the best among the best.
Assalamualaikum.


Thanks For Reading شكران.

1 400 is kind-heart:

cci said...

gud luck dear.. ^_^