An Unforgettable Experience [2]

Assalamualaikum

Pada hari Jumaat, 30 November 2012, Aishah dan sekeluarga tiba di rumah Maklang dan Paklang pada jam 12:30 malam. Keadaan sangat gelap, malah kali ini tersangat gelap. Rupa-rupanya kawasan perumahan Paklang dan Maklang sedang terputus elektrik. Apabila masuk dalam rumah, ternyata ramai lagi yang belum tidur.

Hari Sabtu: 1 Disember 2012
Di rumah Paklang
Hari itu ialah, Hari Akad Nikah dan Hari Persandingan antara Ainijohanna (Kak Ngah)  dan Bardiuzzaman ( Bard)

10:00 pagi : Majlis Akad Nikah. Pengantin menggunakan pakaian berwarna kuning keemasan.

Gambar gelap disebabkan oleh masalah Camera yang terlalu banyak supply cahaya.

2:00 petang : Majlis Persandingan Mempelai. Pasangan pengantin mengenakan pakaian serba biru.

Taken from Facebook.

Apabila malam menjelma, ada pula khabar angin yang mengatakan Aishah sekeluarga bersama dengan saudara mara dari Penang nak pergi berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dan pergi I-City. Teruja sangat, masa tu. Namun, langit tak selalu cerah, kadang-kadang mendung. Kebetulan sekitar jam 8:50 malam, hujan sudah mula turun. Apa lagi, rancangan untuk jalan-jalan cancel.

Ya, masa inilah yang paling seronok. Seluruh ahli keluarga berkumpul di ruang tamu. Switch on the televisyen dan menonton bola bersama. Keluarga dari Kelantan, Putrajaya, Kuala Lumpur, Penang dan Kedah termasuklah keluarga Paklang dan Maklang, berkumpul semuanya untuk menonton perlawanan yang sangat menarik ini. 

Banyak lagi yang belum datang tu. Sebenarnya, sampai penuh ke belakang orang duduk menonton bola.
Yang paling seronok, Malaysia telah berjaya ke separuh akhir setelah mengalahkan Indonesia 2-0. Memang riuh satu taman, mendengar jeritan kami semua :D

Itulah pengalaman di hari kedua di rumah Paklang. Pada hari kedua Aishah mendapat satu informasi penting mengenai MRSM. Aishah ada seorang sepupu, Anjang. Dia ni merupakan bekas pelajar MRSM.

Aishah tanya: Anjang, seronok tak, duduk dekat MRSM. Agak segan nak tanya.

Anjang jawab: Seronok lah juga. Tapi, yang paling penting semua yang duduk dekat sana mesti dapat sekurang-kurangnya 3A tanpa C dan fail untuk SPM. Sebab cikgu yang sangat dedicated. Sentiasa memberi tugasan yang berguna dan semangat yang tinggi di kalangan para pelajar.

Selepas bersembang dengan Anjang, agak bersemangat nak menyambung pengajian di sana sekiranya diterima masuk ke MRSM. 

Itu sahaja pengalaman di hari kedua.
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: