An Unforgettable Experience [1]

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk dua hari setelah Aishah pulang dari Kuala Lumpur. Banyak pengalaman manis yang Aishah peroleh di sana yang tak dapat dilupakan temasuk juga pengalaman pahit sedikit sebanyak. Aishah teringin nak berkongsi kegembiraan Aishah sepanjang berada di sana. Sebenarnya, kalau dilihat sekali imbas, tidaklah menarik sangat tetapi, pengalaman berkonvoi dan berjalan-jalan menjadi perencah kepada keseronokan ini.

Hari Jumaat : 30 November 2012
Bertolak dari Kulim ke Kuala Lumpur : 3: 46 ptg.

*Adik Nazrin suka akan baju melayu. Hari-hari nak pakai baju melayu :D

Sebelum Ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Mydin untuk membeli Baju Melayu berwarna biru untuk ayah sebab kenduri tersebut bertemakan biru dan disuruh agar memakai baju melayu berwarna biru. : 5:45 ptg

Cuaca sudah mula mendung ketika itu.

Sayang sekali, baju melayu yang dicari tidak ditemui. Lalu, kami pun terus bertolak ke Batu Gajah. Nak menjenguk keadaan opah yang bersendirian di kampung. Solat Jamak Maghrib Isyak terus.

Setelah selesai, kami pun meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang dituju iaitu Kuala Lumpur : 9:40 malam.

Itu sahaja untuk perjalanan di hari pertama. Sepanjang perjalanan ke sana, banyak perkara yang dapat dilihat dan dipelajari termasuklah keagunga kuasa Allah SWT. Aishah juga memikirkan MAMA Awards yang tak dapat ditonton. Apa-apapun, Aishah tengah download MAMA Awards 2012. Pada pendapat Aishah MAMA Awards 2012 adalah yang terbaik sebab kemunculan Big Bang dan kemenangan Big Bang. Tahniah 

Best Male Artist( G.Dragon ), Best Male Group, Artist of The Year and Guardian Angel Worldwide Performer Award.

Itu sahaja
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.