Rindu yang Kian Terasa

Assalamualaikum.




Junjungan Mulia, Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda :
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
( Riwayat Bukhari )


Termasuk hari ini, sudah hampir kepada penghujung bulan November. Hal ini bermakna, hanya seblun lebih sahaja yang berbaki untuk kita bercuti dan merehatkan minda. Dalam keseronokan menerokai alam cuti sekolah, ada juga rindu yang datang menghambat diri ini. Rindu kepada suasana persekolahan, rindu kepada keceriaan di dalam kelas, rindu kepada kerjasama sesama ahli kelas, rindu kepada kawan-kawan.

1A10

2A10

3A10


Di Surau. 

Bukan sekadar itu, teman sekolah rendah, yang sudah lama meninggalkan Aishah. Alhamdulillah, mereka masih belum melupakan Aishah, Baru-baru ini, Aishah terserempak dengan Zarith Syafiqah, semasa menghadiri kenduri kahwin. Tak sangka dia menjadi ahli catering. Dia yang tegur Aishah dulu. Aishah memang tak perasan langsung muka dia. Makin cantik dan makin tinggi. Wah, tahniah Zarith because menggunakan cuti sekolah dengan baik. 

Semasa mendapat keputusan UPSR :D

Semasa memotong kain perca 

Kelmarin, baru sahaja selesai menghadiri Ujian Kecenderungan ke MRSM. Rasanya, banyak juga yang Aishah hentam terutama soalan Mathematics. Aishah ni kiranya sebagai golongan special kot. Sebab semasa berhimpun, cikgu asingkan yang bersurat dan phone call.  Tapi, soalannya mestilah sama saja kan. Cikgu di MRSM PDRM sangat baik. Terima kasih cikgu.

Itu sahaja
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

4 400 is kind-heart:

nor aishah Norrifin said...

@Anum
yeah. An unforgettable one :D

Fahuna said...

Aishah, betulkah itu kita masa dapat result UPSR dulu? Ya Allah, rindunya. Harap-harap, lompatan kali ini mencecah awan yang membiru, insya-Allah :')

nor aishah Norrifin said...

@Fahuna
Yap, itulah kita masa dapat result UPSR. Amin. Aishah juga harap perkara yg sama akan terjadi. Insyaallah :D