Bidadari Syurga

Assalamualaikum.

Bidadari syurga. Bagaimana agaknya ciri-ciri bidadari syurga yang dikatakan sering dicemburui oleh wanita solehah di dunia.

* Gambar Hiasan*

  Mahkotanya lebih baik daripada apa yang ada didunia.
♦  Rambut bidadari itu sangat panjang dan cantik.
♦  Mata bidadari sangat putih dan korneanya sangat hitam.
  Wajah bidadari cantik begitu cerah dan bercahaya.
♦  Ludah bidadari bagai madu, sehingga mampu membuat lautan menjadi manis.
  Tangan bidadari itu sangat indah dan bercahaya.
  Kuku sebaik-baik perhiasan.
  Kulit bidadari sangatlah halus dan lembut, bagaikan putih telur yang sangat lembut.
  Tubuhnya suci dari seluruh kotoran wanita dunia.


Apabila kita menghayati setiap keistimewaan bidadari syurga, memang benar, akan lahir perasaan cemburu. Namun, wahai wanita dan gadis di luar sana, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW yang kita cintai telah mengatakan bahawa :

 Baginda menjawab setelah ditanya oleh Ummu Salamah, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... 

Selagi, hati kita dibelenggu nafsu, selagi itu sukar untuk kita mengejarkan ibadah dengan ikhlas dan 

bersungguh-sungguh. Apa-apapun semoga, segala yang perkara baik yang kita kerjakan, diterima Allah.


AMIN YA RABB.






Thanks For Reading شكران.

1 400 is kind-heart: