I'm On My Way

Assalamualaikum.

Trees full of vitality classical

Alhamdulillah, tiba juga hari ini di mana, Aishah dan keluarga akan bertolak ke Kuala Lumpur sempena kenduri sepupu. Rasa malas itu ada tetapi, seronok untuk ke Kuala Lumpur pun tidak kurang juga.


Tell everybody i'm on my way
New friends and new places to see
With blue skies ahead, yes i'm on my way
And theres no where else i'd rather be

Tell everybody i'm on my way
And i'm loving every step i take
With the sun beating down, yes i'm on my way
And i can't keep this smile off my face

Cause theres nothing like, seeing each other again
No matter what the distance between
And the stories we tell, will make you smile
Or really lifts my heart.


Insyaallah, pada hari Ahad akan tiba di Kulim. Semoga perjalanan ini selamat. Amin.

* Sedihnya tak dapat tengok MAMA Awards 2012. Hua Huaaa.. *
Kepada yang dapat menonton, boleh tonton secara online di http://mama.interest.me/live.
Selamat Menonton

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Jangan Lemah Semangat

Assalamualaikum.

I'm strong because I know what it's like to be weak. I keep my guard up because I know what it's like to cry myself to sleep.

Semangat betul hari ini. Maklumlah, semua kerja rumah dah siap. Hari ini memang betul-betul 'agony'. Kena sental baju dua bakul pakai tangan, lepas tu bilas pula. Nak buat macam mana, langit tak selalu cerah. Kena pula mesin basuh masuk workshop. 

Semalam, Mama minta tolong Aishah suruh basuh baju dua bakul. Mahu bulat mata dibuatnya. Lemah sangat semangat semalam sampaikan tak boleh nak tidur. Agak beberapa jam lepas baring atas katil baru terlelap.  Apabila bangkit sahaja pagi tadi, Aishah berdoa semoga diberi kekuatan. Alhamdulillah, Allah membantu Aishah bukan dengan memberi kekuatan macam Superman. Tetapi, melalui penghayatan.

Aishah sempat menonton MHI di TV3. Ada tayangan tentang rakyat di Gaza yang sengsara. Ada satu babak yang sangat-sangat tragis sehingga mengalir air mata dibuatnya di mana seorang kanak-kanak yang berlumuran darah di mukanya, masih mampu mengangkat tangan dan tidak pernah menyerah. Lagi, wanita-wanita yang berani mengangkat senjata walaupun mereka tahu bahaya yang menanti. Dan banyak lagi babak yang manyayat hati. 


Melalui tayangan itu, terus bersemangat nak sental baju. Satu per satu baju diambil, disental, dibilas. Yang paling tak tahan, apabila kena sental seluar jeans dan jaket kerja ayah. Beratnya nak angkat daripada rendaman. 

Mari kita tengok sedikit cara yang diajar oleh Rasulullah sebagai teladan kita bersama. 

|| Cara- Cara Menaikkan Semangat Diri Menurut Rasulullah SAW ||

Ketika puteri baginda, Fatimah az-Zahra mengeluh bahawa banyak kerja rumah yang perlu dikerjakannya di rumah lalu, Fatimah meminta seorang pembantu rumah daripada Rasulullah SAW. Tetapi, Rasulullah tidak memberi pembantu malah, mengajar puterinya itu cara untuk mengatasi masalah  iaitu dengan :

  ISTIGHFAR 3X
  SUBHANALLAH 33X
 ALHAMDULILLAH 33X
 ALLAHU AKBAR 33X 
 LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAASYARIIKALAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUAH YII WA YUMIITU WAHUA ‘ALLA KULLI SYAI ‘IN QADIIR


Ketahuilah bahawa, tiada masalah yang tiada penawarnya. Sekiranya, kita berusaha dan kuatkan semangat Insya-Allah, semuanya akan dipermudahkan oleh Yang Maha Melihat. 

Itu sahaja
Assalamualaikum



Thanks For Reading شكران.

Air Mata Seorang Manusia

Assalamualaikum.


Pernah mendengar perkataan ' La Tahzan'. Perkataan Arab itu membawa maksud jangan bersedih.
Namun, percayalah wahai sahabat sesungguhnya setiap manusia itu pasti akan mengalami musibah dan jangan simpan air matamu dan pendamkan perasaanmu. Luahkanlah segala yang terpendam dengan mengeluarkan air mata. Air mata yang terurai dan membasahi pipi tidak menggambarkan bahawa seseorang lemah dan gagal mengawal emosi. Namun, ini adalah cara terbaik daripada menimbulkan kesusahan pada orang lain.

Rasulullah SAW pernah bersabda :

7 golongan yang mendapat perlindungan Arasy pada hari yang tiada perlindungan kecuali daripada Allah

 SWT ialah pemimpin yang adil, pemuda yang taat kepada perintah Allah sejak kecil lagi , lelaki yang hatinya 

sentiasa bertaut dengan masjid, orang2 yang kasih  mengasihani kerana Allah semata-mata, lelaki yang diajak 

oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan  cantik yakni melakukan maksiat, lalu dia menolaknya dengan

 berkata,"Aku takut kepada Allah.", orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui

tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya, orang yang bermunajat kepada Allah sambil 

bergelinangan air matanya (kerana takut kepada azab Allah).


( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Lihatlah, bagaimana air mata dilabelkan oleh Rasulullah di dalam hadis. Hanya mengeluarkan air mata ketika bermunajat sahaja sudah boleh mendapat naungan Arasy oleh Allah SWT. Bagaimana sebenarnya, air mata ini terhasil? 


|| Proses Menangis ||


Di atas sudut luar mata kita, tepat di bawah alis, ada  kelenjar lakrimal atau lebih dikenal dengan kelenjar air mata. Ukurannya hanya sebesar buah kenari, tetapi organ yang kecil ini dapat menyemburkan aliran air mata. Kelenjar air mata selalu membuat air  mata.

Air mata ini membasahi mata agar tetap bersih dan jernih. Air mata muncul lewat jalan keluar yang ada di sudut luar mata kita. Setiap kali kita berkedip, kelopak mata akan menyebarkan air mata di mata kita. Kemudian air mata mengalir lewat lubang di sudut dalam mata melewati saluran lain dan menuju ke bidang di belakang hidung kita, dimana air mata itu diserap oleh tubuh.



Tahu tak bahawa air mata ini juga membawa variasi hikmah buat kita .




|| Hikmah Air Mata ||
Membantu penglihatan kerana cecair yang keluar mencegah dehidrasi pada membran mata lalu mengelakkan mata menjadi kabur.
 Mengurangi tekanan kerana air mata yang keluar juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh
 Melegakan perasaan kerana setelah menangis, sistem otak dan jantung menjadi semakin lancar.

Banyak lagi hikmah yang kita peroleh melalui menangis. Sahabat sekalian bolehlah klik DI SINI untuk menerokai lebih lanjut.

Secara komprehensifnya, tiada punca untuk kita menahan air mata untuk mengalir kerana sesungguhnya hikmah yang dibawa oleh air mata itu sangatlah berguna kepada kita. Percayalah, sahabatku setelah kita mengeluarkan segala tekanan di dalam diri, maka akan lahirlah semangat yang baru yang mampu memangkin diri kita untuk meneruskan kehidupan di dunia fana ini.


Lihat gadis cilik dekat atas tu. Bersemangat betul tak. Ingatlah, walaupun kita wanita yang mempunya hati yang halus, namun kita masih kuat. Biarkan air mata itu mengalir sederas-derasnya kerana setelah itu, kita ialah seorang 
Strong Lady

A   Strong Lady  Wears The Look of Confidence on Her Face
   

Diharap entri yang panjang lebar ini mampu membawa sinar baru dalam diri kita, Insyaallah.
Itu saja
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Rindu yang Kian Terasa

Assalamualaikum.




Junjungan Mulia, Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda :
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
( Riwayat Bukhari )


Termasuk hari ini, sudah hampir kepada penghujung bulan November. Hal ini bermakna, hanya seblun lebih sahaja yang berbaki untuk kita bercuti dan merehatkan minda. Dalam keseronokan menerokai alam cuti sekolah, ada juga rindu yang datang menghambat diri ini. Rindu kepada suasana persekolahan, rindu kepada keceriaan di dalam kelas, rindu kepada kerjasama sesama ahli kelas, rindu kepada kawan-kawan.

1A10

2A10

3A10


Di Surau. 

Bukan sekadar itu, teman sekolah rendah, yang sudah lama meninggalkan Aishah. Alhamdulillah, mereka masih belum melupakan Aishah, Baru-baru ini, Aishah terserempak dengan Zarith Syafiqah, semasa menghadiri kenduri kahwin. Tak sangka dia menjadi ahli catering. Dia yang tegur Aishah dulu. Aishah memang tak perasan langsung muka dia. Makin cantik dan makin tinggi. Wah, tahniah Zarith because menggunakan cuti sekolah dengan baik. 

Semasa mendapat keputusan UPSR :D

Semasa memotong kain perca 

Kelmarin, baru sahaja selesai menghadiri Ujian Kecenderungan ke MRSM. Rasanya, banyak juga yang Aishah hentam terutama soalan Mathematics. Aishah ni kiranya sebagai golongan special kot. Sebab semasa berhimpun, cikgu asingkan yang bersurat dan phone call.  Tapi, soalannya mestilah sama saja kan. Cikgu di MRSM PDRM sangat baik. Terima kasih cikgu.

Itu sahaja
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Exclusive Giveaway by Double A

Assalamualaikum.

Ehem. Ehem.
* Elegant*

Fuh. Baru sahaja selesai melaksanakan segala syarat bagi giveaway ini. Memang banyak betul syaratnya tapi, apabila kita di tanah orang, kenalah ikut segala rules and regulations nya kan !

Kepada para blogger yang sedang aktif berblog dipersilakan untuk menyertai dan memeriahkan giveaway yang bakal berakhir pada 30 November 2012 ini. Jangan risau, anda pasti akan menerima pulangan yang menarik. Insyaallah :D

|| Tagging Arena ||
 http://missyana98.blogspot.com/
 http://luvmomoiro.blogspot.com/
 http://layakkahakumenjadibidadarisyurga.blogspot.com/

Kepada DOUBLE A, semoga berjaya dalam menjayakan giveaway ini. Moga dengan kerjasama antara dua blogger ini mampu memberikan impak terhadap proses perlangsungan giveaway ini, ya. 

Itu sahaja
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

___Title___

Assalamualaikum


Hari ini, mama Aishah mula bekerja setelah semester satu berlalu. Sekarang ni kerja di rumah bertambah-tambah lagi lah. Ada adik lelaki - boleh tolong sikit-sikit. Alhamdulillah.

Pagi tadi, sebaik sahaja mama berangkat ke tempat kerja, seorang wanita dari MARA telefon. Agak beberapa saat berkomunikasi, lantas terperanjat seketika Aishah dek kata-kata wanita itu tadi. 

"Anda perlu menghadiri Ujian Kcenderungan ke MRSM pada 26 November 2012"  
 WHAT 

Aishah mendaftar- 30 November 2012. Makin cepat lah pula. Jadi, ini bermakna esok Aishah akan ke MRSM PDRM untuk menghadapi Ujian Kecenderungan ke MRSM. Astaghfirullah. Aishah plan nak study Science form 1 hari ni, esok Form 2 dan lusa form 3. Sekarang ni, semuanya hancur. 

So, apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah mengikut PLAN SEKOLAH PETANG sebab Ujian Kecenderungan ke MRSM pada sesi petang. Jadi, kalau semasa Aishah sekolah petang dulu macam-macam cara Aishah guna untuk menghadapi peperiksaan terutamanya kalau yang study last minute.

Berjuang bersungguh-sungguh,
Tawakal dalam penantian.
Insyaallah, 
Kejayaan berada seiring dengan anda .

Semoga berjaya, Aishah dan semua yang mengambil ujian ini. 
Man Jadda Wa Jada.
Assalamualaikum



Thanks For Reading شكران.

Cik Lyeen's Giveaway

Assalamualaikum.

Dalam sibuk mencuci otak dengan Subjek Sains untuk ujian nanti, sempat lagi saya menyertai Giveaway yang dianjurkan oleh Cik Lyeen :D

Flower words for Cik Lyeen : Actually, this banner is absolutely nice. Thumbs up, Cik Lyeen for your hardwork to produce this cute banner 

|| Tagging Arena ||


Rasanya, itu sahaja kot. Maaf, kerana tidak dapat tag ramai blogger sebab no idea.
Alhamdulillah, kesemua penaja murni telah diklik LIKE pada fanpage mereka. 


Syukran, Cik Lyeen kerana sudi menganjurkan giveaway. Aishah akui memang sukar bagi penganjur yang menganjurkan sesuatu aktiviti. Aishah respect lah dekat Cik Lyeen. First time, Aishah buat GA pun rasa macam nak putus asa. Lepas tu, terus stop :D 
Teruskan usaha Cik Lyeen. Caiyook! Caiyok!
Ganbatte

Ayuh, kita menyertai Giveaway ini bersama. Alang-alang cuti sekolah kan. 
Itu sahaja.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Success Quotes

Assalamualaikum, peeps.


First and foremost, I would like to press that success is not how far you got but it is the distance you traveled   from your starting point. So, if you wish to reach the top, you must begin from the bottom.

As a human, we need some motivational and spiritual quotes or advice to build up our spirit. As we know, spirit is very important to drive us to an infinite success.

 || QUOTES ||

  If you want 1 year of prosperity, grow grain. If you want 10 years of prosperity, grow trees. If you want 100 years of prosperity, grow people. 

 I've failed over and over and over again in my life and that is why I succeed.

  Success is not final, failure is not fatal: it is the courage to continue that counts.

 Intelligence without ambition is a bird without wings.

 Do not wait to strike till the iron is hot; but make it hot by striking.

 Our greatest glory is not in never falling but in rising everytime we fall. 


Actually, you can find many quotes and inspirational words from various medium. You have to strive yourself to search for that if you need it. For me, I need motivational and spiritual quote to build my own spirit. Yeah, it's up to you. The ball is in your court. You are the one who will move yourself toward success. 
 Rome wasn't built in a day. So, strive yourself as much as you can. 

Assalamualaikum. 


Thanks For Reading شكران.

Tetapkanlah Hati Ini

Assalamualaikum.



Dalam meniti detik akhir zaman ini, berbagai-bagai jenis cabaran, dugaan dan ujian yang menyerang manusia bertubi-tubi. Dalam situasi ini, apa yang perlu kita persiapkan hanyalah hati. Hati yang berfungsi sebagai penapis sebenarnya mampu membawa diri kita ke landasan yang benar.

|| Hati sebagai penapis. ||
Hal ini dapat dilihat apabila kita bertindak melakukan sesuatu. Cuba kita mainkan sedikit tindakan bodoh yang pernah kita lakukan. Misalnya, kita pernah menengking suara kepada ibu dan ayah. Sebenarnya, pada masa itu, kita tidak bersedia dan tidak mempersiapkan hati kita. Sekiranya, hati kita bersih dan sentiasa dicuci dengan amalan yang baik, maka tindakan bodoh seperti itu tidak akan terjadi.

|| UBATI HATI ||
 Baca al-Quran dan cuba untuk fahami maknanya
 Mendidik diri mendirikan solat malam. ( sangat bagus )
 Berdamping dan bersama-sama dengan orang yang soleh
 Banyakkan puasa sunat.
Berzikir terutamanya pada waktu malam.


Seperti yang kita tahu, kita manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Namun, kita hanya mampu berdoa semoga Allah tetapkan hati kita dan hindarkan kita daripada melakukan perkara yang munkar.

|| DOA MENETAPKAN HATI ||


Wahai sahabat-sahabatku sekalian,
sekiranya kita merasakan bahawa ada yang tak kena pada hati kita, bersegeralah berdoa dan ingatlah kepada JANJI ALLAH. Insya-Allah, Allah akan berikan petunjuk kepada kita


Andai perjuangan ini mudah, 
pasti ramai menyertainya.
Namun, hakikat perjuangan bukanlah sedemikian.
Turun naiknya,
Sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tak terhingga,
Andai REBAH,
BANGKITLAH semula,
Andai TERLUKA,
Ingatlah JANJINYA.

Itu sahaja
Taqabbalallah hu minkumTaqabbal ya Karim.



Thanks For Reading شكران.