SMK Sultan Badlishah



3 tahun saya telah jejakkan kaki di bumi bertuah ini. Segala pahit dan manis saya lalui semuanya di sini. Namun, orang kata pahit itu penawar. 

Di sinilah, di mana saya mengenali 3 insan yang baru dan berbeza dari segi identiti dan sifat. Namun, kami selesa bersama walaupun kadang-kadang diduga oleh Allah dengan sedikit perselisihan. Dan perselisihan itulah yang mengajar saya siapakah sahabat serta menetapkan hati supaya lebih berhati-hati menyusun kata-kata agar tidak ada yang tergores hatinya. Insan itu ialah Nur Aizat, sering ceria, bersifat berani bertempat namun, mudah tersentuh. Seterusnya, Nur Afifah, seorang yang sopan, senyap tetapi, senyap-senyap ada bintang yang terserlah di dalam dirinya. Selain itu, Nur Izyan, gadis yang agak manis walaupun kadang-kadang kasar, susah berbicara dengan orang lain dan suka bershopping. Walaupun, sahabat baru menjadi teman, sahabat lama masih lekat di dalam hati dan takkan lupus dari ingatan sepanjang hayat.

1A10 di DEWAN SAMSUDDIN

DI sini juga saya menjumpai bintang di dalam diriku. Tidak sangka, saya berbakat dalam berkata-kata. Semuanya bermula semasa Tingkatan 1, Kelas Cikgu Razmin, Bahasa Melayu. Cikgu bertanya " Siapa yang pandai baca sajak, sila baca sajak tersebut,". Satu kelas senyap. Maklumlah, baru kenal masa tu. Kebetulan saya duduk di meja kedua dari hadapan dan di tengah kelas. Cikgu terus menuding jari ke arah saya. Dengan menarik nafas sedalam yang mungkin, saya terus mendeklamasikan sajak sebaik yang mungkin. Tak sangak, suara yang keluar itu adalah suara saya. Sungguh mengagumkan. Setelah selesai, tepukan yang gemuruh menguasai suasana di dalam kelas. Sejak daripada itu, kalau ada apa-apa pertandingan, mesti rakan sekelas memilih saya. Sangat tak selesa, tapi, demi menjaga nama baik kelas "A10, kenalah tampilkan diri.

di SURAU 

Di sini juga, lahirnya perasaan daya saing yang tinggi. SMK Sultan Badlishah, yang dahulunya dikenali sebagai SEKOLAH BESTARI MALAYSIA kini diberi gelaran SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN. Pastinya, semua pelajarnya cerdik belaka. Setiap kali peperiksaan, senyap saja kelas. Semua pelajar memegang buku walaupun, ke perhimpunan. Kelakar sungguh. Saya taklah sampai bawa buku ke perhimpunan. MAsih bermain di ingatan ketika esoknya nak EXAM SEJARAH. Sanggup bersengkang mata sampai pukul 3.00 pagi. Maklumlah, waktu tu sekolah petang. MAsuk FORM 3, uang tabiat tu. Tabiat baru, sebulan sebelum exam mesti baca semua subjek.



Sudah terang lagi bersuluh, SMK SULTAN BADLISHAH sememangnya sebuah sekolah lama. 1948 kot. Namun, prasarana yang tersedia tidak seperti umur sekolah tersebut. Malah, sekolah tersebut semakin hari semakin mencapai kemajuan . Kalau boleh tak nak tinggalkan sekolah ni. Tapi, kalaulah rezeki , ingin juga nak menimba pengalaman baru di negeri orang.

Apa-apapun, istiqamah dalam usaha dan tawakal dalam penantian. Insya-Allah kejayaan menanti.

Penat menaip terasa letih, 
Moga terungkap sedikit karya;
Saya di sini mohon beralih,
Harap diampun khilafnya saya.

* Esok ada Program Integrasi Ilmu di PPIN. Harap dapat sesuatu yang baru.

Assalamualaikum



Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: