Anda Cintai Allah SWT ?

Assalamualaikum.

Jangan terkejut melihat persoalan pada tajuk tu. Hati manusia memang rapuh. Sekejap cinta, sekejap bosan dan begitulah seterusnya. Namun, cinta yang bersungguh-sungguh sahaja yang mampu bertahan dan bertakhta di dalam hati dengan kuat dan kukuh.


Aishah teringin berkongsi sedikit cara yang boleh kita teladani bersama-sama untuk melonjakkan cinta kita kepada Sang Pencipta. Aishah pilih yang paling mudah dan Insya-Allah kita dapat lakukan. Ingat, lakukan dengan Istiqamah.


#  MEMBACA & MEMAHAMI KANDUNGAN AL-QURAN
- Quran bermaksud kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril. Semestinya, kitab ini banyak memberi pengajaran kepada kita, Umat Muhammad SAW. Apabila kita memahami kandungan al-Quran, Insya-Allah kita dapat membangkitkan rasa cinta kepada Dia. 

# MERENUNGI KEBESARAN ALLAH SWT
- Allah sudah menciptakan kita, dan deluruh alam semesta. Apa gunanya Allah ciptakan semua itu? Semestinya untuk hambaNya jadikan sebagai teladan. Apabila kita melihat, maka benarkanlah segala nama-nama Allah Insya-Allah, Allah akan mencampakkan rasa cinta dalam diri kita terhadap Dia.

# BERDAMPING DENGAN PARA MUKMIN
- Mukmin bermaksud mereka yang percaya dan patuh kepada segala perintah Allah dan tinggalkan segala larangannya. Apabila kita sentiasa bersama dengan mereka, pasti kita akan menggerakkan diri kita untuk beribadah kepada Allah. Ha! Dari sini akan terbitlah perasaan cinta kepada Nya melalui ibadah yang dikerjakan dengan bersungguh-sungguh dan Lillahi Taala.


Secara keseluruhan yang dapat Aishah simpulkan, kita ini hanyalah makhluk yang sungguh kerdil. Apalah agaknya kita nak dibandingkan dengan para sahabat di Mahsyar kelak. Semangat jihad mereka sungguh hebat dan mantap. Kita hanya mampu berharap dan berdoa, yang lain serahlah kepada Allah. Semoga kita sentiasa berada di bawah naungan-Nya. AMIN.

Aishah baru jumpa doa ni. Bolehlah kita amalkan. 

Fahami doa tersebut sudah memadai dan ingat yang bahasa melayu. Apabila kita sudah memahami kandungannya mudahlah doa tersebut serap dalam hati.

Itu sahaja.
♥Assalamualaikum 


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: