Saya Cinta IKIM FM

Assalamualaikum.

Sejak negara dijengah era modenisasi, radio tidak ketinggalan dalam mencapai kemajuan. Malah, semakin hari semakin banyak saluran baru yang diterbitkan. Alhamdulillah. 


Namun, kita mestilah bersikap proaktif dalam memilih saluran di corong radio sebagai halwa telinga. Bagi Aishah sendiri, Ikim FM menjadi pilihan utama selepas Hot FM.

Saluran Insttitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sangatlah sesuai di atas beberapa faktor.


1. Lagu-lagu yang dapat dijadikan pedoman.
    Ikim FM ialah antara saluran yang memainkan lagu-lagu dan muzik yang membawa unsur rohani yang dapat dijadikan panduan dan pedoman. Bukan sekadar itu, zikir-zikir munajat juga dikumandang supaya kita, manusia yang sentiasa sibuk dapat meluangkan masa untuk berzikir bersama-sama. 

2. Penggunaan ayat dan bahasa yang baik.
     Para penyampai radio seperti Siti, Faiz dan penyampai yang lain memainkan tugas sebagai DJ. Tugas tersebut dilaksanakan dengan baik apabila segala yang disampaikan sungguh teratur dan kemas. Bahasa yang disampaikan juga baik dan tidak membawa unsur negatif. Malah, banyak diselitkan unsur nasihat. Setiap kali Aishah dengar ayat-ayat atau perkataan bombastik melalui radio ini, Aishah akan catat supaya dapat dijadikan wahana dalam memajukan karangan.

3. Terdapat ceramah agama daripada penceramah terkemuka.
     Seperti yang kita ketahui, menjadi orang yang menimba ilmu ialah tuntutan Islam. Mendengar ceramah agama merupakan antara langkah pragmatik dalam menimba ilmu. Seawal pagi ialah antara detik dimana terdapat ceramah agama yang sering Aishah dengar. 


Kalau terasa bosan, cuba sejukkan telinga dengan mendengar saluran Ikim FM. Kadang-kadang, saluran Ikim tersekat. Masa tu, Aishah buka saluran HOt FM. Hot Fm hanyalah sebagai peneman tawa sebagai saluran tersebut padat dengan gelak tawa. Hehe

Apa-apapun segalanya terletak pada setiap individu itu sendiri. Terserahlah. Aishah bukannya nak berkempen hanya ingin berkongsi pendapat.

Sebagai penghias bicara akhir, Aishah ingin ucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua. Bebaskanlah diri anda dari kepompong kelemahan dalam usaha memajukan diri. Insyaallah, suatu transformasi luar biasa bakal menjelma.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: