Perspektif 29 Ramadhan


Alhamdulillah. Assalamualaikum.

Sedar atau tidak sedar lantaran terlalu mewah dihidangkan juadah berbuka puasa yang melebar luaskan mata kita, Bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita tidak lama sahaja lagi. Apabila kita melihat situasi ini akan timbul 2 senario manusia. Iaitu :

PERTAMA.. Seronok tak terhingga dek menyambut Aidilfitri yang bakal menjengah. Keseronokkan yang terlampau sehinggakan belanjawan diri pun tersasar sebab terlalu mewah berbelanja. Sudah terang lagi bersuluh, Nabi sendiri pernah berkata supaya kita memakai pakaian yang baru di hari raya. Ini bukan membawa definisi bahawa kita harus berbelanja terlalu mewah sehingga lupa diri. Solat ke mana, ibadah puasa ke mana. 

KEDUA... Menangis lantaran terlalu sedih kerana tetamu yang sangat disayangi bakal meninggalkan mereka. Perasaan takut menghantui diri kerana timbulnya persoalan dalam diri mereka yakni, " Masih ada lagikah Ramadhan Untukku ". Mereka lebih mementingkan ibadah di bulan puasa kerana mereka tahu betapa tingginya ganjaran di bulan mulia itu. Keghairahan beribadah menyebabkan diri mereka langsung tidak pedulikan soal Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Golongan seperti ini lazimnya akan mempersiap pakaian hari raya sebelum Bulan Ramadhan menjengah tiba.

Kedua-dua situasi ini sangat berbeza. Marilah kita berdoa semoga kita berada di kelompok yang kedua. Sesungguhnya kelompok ini ialah kelompok yang dikategorikan sebagai fitrah sesudah Ramadhan pergi kerana ketekunan dalam beribadah dan sujud kpada Allah yang Maha Esa.

Apa-apapun Aishah ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Peliharalah adab-adab kita walaupun bulan Ramadhan berlalu. Aishah nak minta maaf sebanyak-banyaknya atas segala ketelanjuran, kesilapan dan kesalahan yang Aishah sengajakan atau tak sengajakan. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah SWT.


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: