Majalah Manga Diharamkan !!!

Assalamualaikum

Lama tidak bersua. Wah, senyuman pun masih tak lekang dari wajah. Alhamdulillah. Dalam bergembira jangan lupa yang berada dalam kesususahan. 

Semasa khusyuk mendengar di corong radio saluran 89.0 negeri KEDAH, IKIM FM sempat Aishah mendapat informasi bahawa Majalah Manga yang menjadi kemestian para remaja gila gosip telah diharamkan atas faktor yang tidak dapat disangkal lagi.


Sudah terang lagi bersuluh, lihat saja muka hadapan majalah ini sudah terpampang gambar yang tak sepatutnya dipaparkan pada bahan bacaan golongan remaja ini.

Jabatan Mufti Negeri Kedah telah mengeluarkan fatwa majalah Manga haram atas alasan majalah itu mempamerkan aurat wanita dan lelaki.
Ini adalah perkembangan baru dalam industri penerbitan dalam industri majalah berbahasa Melayu.
Ia mencerminklan kesedaran yang semakin tinggi berkenaan isu halal-haram dalam dunia penerbitan buku dan majalah.
Sebelum ini sesuatu penerbitan dilabelkan haram apabila menyentuh isu-isu akidah sahaja.
Jabatan Mufti negeri-negeri lain belum mengeluarkan fatwa mereka sebagai respon kepada fatwa Jabatan Mufti Kedah.
Tetapi, satu persoalan pula yang timbul di benak fikiran. Mengapakah hanya Majalah Manga saja yang diambil tindakan sedemikian. Majalah hiburan yang lain yang sekepala dengan Majalah Manga ini juga masih terkandung paparan yang tidak sepatutnya. Mungkin masih di bawah mod kawalan.

Kepada sesiapa yang menggilai majalah hiburan ini, ada baiknya anda tinggalkan. Berhijrahlah kepada majalah yang lain seperti Majalah Solusi, Majalah ANIS atau Majalah Asuh. Bukan sekadar bermanfaat malah, mendatangkan pengetahuan baru buat diri kita.

Itu sahaja. Assalamualaikum.
Taqabbalallah hu minkum
Taqabbal ya Karim.



Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: