Kisah Buah Tembikai

Assalamualaikum


Ramadhan sudah pun bersama dengan kita selama 28 hari. Ramadhan tidak pernah penat melayan telatah kita yang tidak ikhlas beribadah.  Mujur, masih ada segelintir manusia yang bersyukur dengan kehadirannya. Apapun muhasabah lah diri kita. Sejauh mana ibadah yang kita kerjakan sepanjang bulan yang penuh dengan maghfirah ini.

Dalam pada itu, apabila dengar tentang bulan puasa, kita pasti tidak akan terlepas untuk memastikan simpanan buah tembikai di dalam peti sejuk. Betul tak? Tambahan lagi, bulan puasa tahun ini tak seperti selalu. Panas memanjang. Hujan turun pun sekejap saja. 

SUka untuk Aishah kongsikan sedikit cerita mengenai Buah Tembikai. Kisah dahulu kala ni. Harap dijadikan teladan.

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Walaupun kisah ini pendek namun, padat dengan pengetahuan. Subhanallah, kalau sebelum ni kita marah dekat penjual sebab jual buah yang busuk, ingat balik cerita ni. 
Setiap insan inginkan yang terbaik.
Itu sahaja. Yang baik jadikan amalan, yang kurang jadikan teladan. Insyaallah, kita dapat memantapkan lagi iman.

Assalamualaikum




Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: