Saya Cinta IKIM FM

Assalamualaikum.

Sejak negara dijengah era modenisasi, radio tidak ketinggalan dalam mencapai kemajuan. Malah, semakin hari semakin banyak saluran baru yang diterbitkan. Alhamdulillah. 


Namun, kita mestilah bersikap proaktif dalam memilih saluran di corong radio sebagai halwa telinga. Bagi Aishah sendiri, Ikim FM menjadi pilihan utama selepas Hot FM.

Saluran Insttitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sangatlah sesuai di atas beberapa faktor.


1. Lagu-lagu yang dapat dijadikan pedoman.
    Ikim FM ialah antara saluran yang memainkan lagu-lagu dan muzik yang membawa unsur rohani yang dapat dijadikan panduan dan pedoman. Bukan sekadar itu, zikir-zikir munajat juga dikumandang supaya kita, manusia yang sentiasa sibuk dapat meluangkan masa untuk berzikir bersama-sama. 

2. Penggunaan ayat dan bahasa yang baik.
     Para penyampai radio seperti Siti, Faiz dan penyampai yang lain memainkan tugas sebagai DJ. Tugas tersebut dilaksanakan dengan baik apabila segala yang disampaikan sungguh teratur dan kemas. Bahasa yang disampaikan juga baik dan tidak membawa unsur negatif. Malah, banyak diselitkan unsur nasihat. Setiap kali Aishah dengar ayat-ayat atau perkataan bombastik melalui radio ini, Aishah akan catat supaya dapat dijadikan wahana dalam memajukan karangan.

3. Terdapat ceramah agama daripada penceramah terkemuka.
     Seperti yang kita ketahui, menjadi orang yang menimba ilmu ialah tuntutan Islam. Mendengar ceramah agama merupakan antara langkah pragmatik dalam menimba ilmu. Seawal pagi ialah antara detik dimana terdapat ceramah agama yang sering Aishah dengar. 


Kalau terasa bosan, cuba sejukkan telinga dengan mendengar saluran Ikim FM. Kadang-kadang, saluran Ikim tersekat. Masa tu, Aishah buka saluran HOt FM. Hot Fm hanyalah sebagai peneman tawa sebagai saluran tersebut padat dengan gelak tawa. Hehe

Apa-apapun segalanya terletak pada setiap individu itu sendiri. Terserahlah. Aishah bukannya nak berkempen hanya ingin berkongsi pendapat.

Sebagai penghias bicara akhir, Aishah ingin ucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua. Bebaskanlah diri anda dari kepompong kelemahan dalam usaha memajukan diri. Insyaallah, suatu transformasi luar biasa bakal menjelma.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Majalah Manga Diharamkan !!!

Assalamualaikum

Lama tidak bersua. Wah, senyuman pun masih tak lekang dari wajah. Alhamdulillah. Dalam bergembira jangan lupa yang berada dalam kesususahan. 

Semasa khusyuk mendengar di corong radio saluran 89.0 negeri KEDAH, IKIM FM sempat Aishah mendapat informasi bahawa Majalah Manga yang menjadi kemestian para remaja gila gosip telah diharamkan atas faktor yang tidak dapat disangkal lagi.


Sudah terang lagi bersuluh, lihat saja muka hadapan majalah ini sudah terpampang gambar yang tak sepatutnya dipaparkan pada bahan bacaan golongan remaja ini.

Jabatan Mufti Negeri Kedah telah mengeluarkan fatwa majalah Manga haram atas alasan majalah itu mempamerkan aurat wanita dan lelaki.
Ini adalah perkembangan baru dalam industri penerbitan dalam industri majalah berbahasa Melayu.
Ia mencerminklan kesedaran yang semakin tinggi berkenaan isu halal-haram dalam dunia penerbitan buku dan majalah.
Sebelum ini sesuatu penerbitan dilabelkan haram apabila menyentuh isu-isu akidah sahaja.
Jabatan Mufti negeri-negeri lain belum mengeluarkan fatwa mereka sebagai respon kepada fatwa Jabatan Mufti Kedah.
Tetapi, satu persoalan pula yang timbul di benak fikiran. Mengapakah hanya Majalah Manga saja yang diambil tindakan sedemikian. Majalah hiburan yang lain yang sekepala dengan Majalah Manga ini juga masih terkandung paparan yang tidak sepatutnya. Mungkin masih di bawah mod kawalan.

Kepada sesiapa yang menggilai majalah hiburan ini, ada baiknya anda tinggalkan. Berhijrahlah kepada majalah yang lain seperti Majalah Solusi, Majalah ANIS atau Majalah Asuh. Bukan sekadar bermanfaat malah, mendatangkan pengetahuan baru buat diri kita.

Itu sahaja. Assalamualaikum.
Taqabbalallah hu minkum
Taqabbal ya Karim.



Thanks For Reading شكران.

Ayuh Wanita, Kita Berhijab Dengan Betul

Assalamualaikum.

Tajuk di atas bunyi macam nak berkempen pula. Ini mungkin boleh dilabel sebagai berkempen atau berdakwah. Agak keterlaluan kot kalau kata berdakwah. Apapun, Aishah nak mengajak Muslimah, Wanita, Gadis atau anak dara untuk mengenakan tudung yang sesuai dengan kita dan bertepatan dengan kehendak syarak.
Bukankah manis bertudung labuh seperti di atas. Allah suka, Nabi suka.

Fesyen hari ini makin lama makin ke belakang. Maksudnya, fesyen tudung yang dikatakan tudung terkini kebanyakkannya diolah dari fesyen tudung dahulu kala. Itu mungkin boleh dikawal. Tetapi, tudung seperti shawl mungkin ada had yang perlu diberi perhatian.

1. First time Aishah tengok shawl,  timbul persepsi di benak fikiran. Adakah tudung seperti ini mampu menjadi hijab buat wanita sekarang. Kalau setakat nak tutup kepala mungkin boleh. Tetapi, dada kita nak tutup pakai apa? Nabi sendiri dah pesan, kalau bertudung biarlah menutupi dada supaya tidak menimbulkan fitnah.


2. Kalau anda berpendapat bahawa anda lebih selesa dengan memakai selendang. Aishah sarankan guna Pashmina. Labuh dan besar, itulah ciri-ciri pashmina yang tak dapat disangkal lagi. Pendakwah terkemuka sendiri mengenakan pashmina sebagai hijab beliau, tak lain tak bukan Ustazah Asni.

Lihatlah bagaimana Ustazah Asni mengenakan selendang sehingga labuh menutupi dada. Aishah tabik spring lah dekat Ustazah. Ini baru dikatakan bergaya sambil menutup aurat.  

Aishah tak adalah minat sangat dengan tudung seperti ini. Selalunya Aishah pakai tudung bidang 60. Labuh dan menyelesakan. Kalau jalan-jalan ke kedai berdekatan, pakai tudung arini saja. Tapi, kali ini Aishah kena pakai juga tudung ni sebab Mama Aishah belikan tudung Pashmina. Katanya sesuai dengan kak cah yang masih anak dara. 

Perintah orang tua tak boleh dilawan. Aishah terpaksalah bergaya dengan Pashmina pada hari raya pertama. Insya-Allah teknik pemakaian selendang oleh Ustazah Asni akan dijadikan pedoman.

3. Pernah tak dengar orang yang mengeluarkan spekulasi sebegini
Apa guna pakai tudung kalau perangai jahat mengalahkan orang yang tak pakai tudung
Subhanallah. Mari kita tengok apa jawapan Ustaz sorang ni.
 

Sebagai penghias bicara akhir, 
Wake up girls. Let's wear a nice and suit scarf for us that will cover up our head until chest. The ball is in your court now. You are the person who will make a transformation and revolution.

That's all. Assalamualaikum





Thanks For Reading شكران.

Let's Know About Outer Space

Assalamualaikum

Today I would like to share with you about our outer space. Yeah, I just learn about Space Exploration and the formation of star. From that, I was so excited to show many images of our outer space. Just watch and relax with it. Ok.



Aurora Borealis ( Northern Hemisphere )

Aurora Australis ( Southern Hemisphere )

Supernova ( An Explosion )

Black Hole ( Strong gravitional wave )

Milky Way ( our galaxy )


It was so interesting to learn about this actually. From all of my study, I think I love to study about our body and our outer space but I was 360 degree don't like ELECTRICS. It put me in a high pressure. Huh.

That's All. Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Kisah Buah Tembikai

Assalamualaikum


Ramadhan sudah pun bersama dengan kita selama 28 hari. Ramadhan tidak pernah penat melayan telatah kita yang tidak ikhlas beribadah.  Mujur, masih ada segelintir manusia yang bersyukur dengan kehadirannya. Apapun muhasabah lah diri kita. Sejauh mana ibadah yang kita kerjakan sepanjang bulan yang penuh dengan maghfirah ini.

Dalam pada itu, apabila dengar tentang bulan puasa, kita pasti tidak akan terlepas untuk memastikan simpanan buah tembikai di dalam peti sejuk. Betul tak? Tambahan lagi, bulan puasa tahun ini tak seperti selalu. Panas memanjang. Hujan turun pun sekejap saja. 

SUka untuk Aishah kongsikan sedikit cerita mengenai Buah Tembikai. Kisah dahulu kala ni. Harap dijadikan teladan.

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Walaupun kisah ini pendek namun, padat dengan pengetahuan. Subhanallah, kalau sebelum ni kita marah dekat penjual sebab jual buah yang busuk, ingat balik cerita ni. 
Setiap insan inginkan yang terbaik.
Itu sahaja. Yang baik jadikan amalan, yang kurang jadikan teladan. Insyaallah, kita dapat memantapkan lagi iman.

Assalamualaikum




Thanks For Reading شكران.

Coretan Tentang Hati

Assalamualaikum

Bingkisan kali ini berkisarkan cinta. 


Definisi cinta sejati terus dicari dan digali. Manusia dari zaman ke zaman seakan-akan tidak pernah bosan membicarakannya. Sebenarnya apa itu cinta sejati dan bagaimana pandangan Islam terhadapnya? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia dan wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Masihkah kita ingat siapa itu Rasulullah ataupun nama itu tidak pernah terngiang-ngiang di telinga kita?  Masya-Allah. Hakikatnya, itulah insan di mana cintanya kepada kita tidak pernah lupus dan hilang. Nabi pernah bersabda, ketika itu baginda menitiskan air mata semasa berkata kepada para sahabat,

 "Wahai sahabatku, hamba Allah yang mulia ialah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku, bahawa aku sangat rindu pada mereka, merekalah umatku !”

 Secara komprehensif, perasaan cinta kepada Rasulullah dapat disemai melalui pelbagai aspek sama ada, perbuatan, kata-kata dan hati. Andainya benar dan sungguh-sungguh cinta kita kepada Rasulullah, amat wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain iaitu cinta yang dapat merenggangkan hubungan kita dengan Rasulullah. Meskipun jejak tidak dapat melangkah ke Bumi Makkatul Mukarramah, cukuplah sekadar ayat-ayat cinta yang meniti di bibir kita sebagai tanda kecintaan kita sebagai umat Rasulullah SAW. Marilah bersama kita mengorak langkah, maju selangkah demi selangkah ke hadapan untuk menjayakan proses transformasi cinta kita kepada Rasulullah supaya lebih mantap dan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya tiada masalah yang tiada penyelesaiannya. Namun, langkah-langkah yang pragmatik dan sistematik perlu bergerak seiring semasa proses transformasi. InsyaAllah satu hasil yang efektif dan drastik bakal menjelma. Akhir kalam, semoga kita tergolong di kalangan kelompok manusia yang memperoleh syafaat daripada baginda Nabi Muhammad SAW.


Sajak Cinta Sampai Syurga ( iluvislam )

Ya Allah,
Damaikan hati yang gundah ini,
Sungguh, aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik,
Kau Maha Tahu akan isi hatiku,
Sampaikanlah rasa cinta ini pada dirinya,
Aku takut apakah cinta ini akan diterima,
Kerna aku hanya orang biasa...

Ya Allah,
Hidupkan hatiku dengan kehidupan hati kekasihMu,
Hidupkan rohku dengan kehidupan roh kekasihMu,
Hidupkan akalku dengan kehidupan akal kekasihMu,
Hidupkan keperibadianku dengan keperibadian kekasihMu,
Hidupkan jasadku dengan adab, sunnah dan hukum hakam kekasihMu,
Hidupkan seluruh kehidupanku dengan kehidupan seluruh diri kekasihMu

Ya Allah,
Aku akan menziarahi masjid tempat kekasihMu bersemadi,
Datang kerana rindu dan cinta pada kekasihMu,
Datang kerana ingin beribadah di masjid mulia itu,
Terimalah aku sebagai tetamu bumi barokah itu,
Sampaikan rasa cinta ini pada kekasihMu Ya Allah,
Moga cinta ini mampu membawaku ke syurga.



Sajak yang sungguh memukau itu sengaja diselitkan di sini sebagai penghias bicara akhir. Jadi, semoga entri kali ini sedikit sebanyak menambah ilmu di dada. Perbetulkan hati kita yang tercalar sedikit.
Insyaallah. 

Sekian. Assalamualaikum



Thanks For Reading شكران.

Perspektif 29 Ramadhan


Alhamdulillah. Assalamualaikum.

Sedar atau tidak sedar lantaran terlalu mewah dihidangkan juadah berbuka puasa yang melebar luaskan mata kita, Bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita tidak lama sahaja lagi. Apabila kita melihat situasi ini akan timbul 2 senario manusia. Iaitu :

PERTAMA.. Seronok tak terhingga dek menyambut Aidilfitri yang bakal menjengah. Keseronokkan yang terlampau sehinggakan belanjawan diri pun tersasar sebab terlalu mewah berbelanja. Sudah terang lagi bersuluh, Nabi sendiri pernah berkata supaya kita memakai pakaian yang baru di hari raya. Ini bukan membawa definisi bahawa kita harus berbelanja terlalu mewah sehingga lupa diri. Solat ke mana, ibadah puasa ke mana. 

KEDUA... Menangis lantaran terlalu sedih kerana tetamu yang sangat disayangi bakal meninggalkan mereka. Perasaan takut menghantui diri kerana timbulnya persoalan dalam diri mereka yakni, " Masih ada lagikah Ramadhan Untukku ". Mereka lebih mementingkan ibadah di bulan puasa kerana mereka tahu betapa tingginya ganjaran di bulan mulia itu. Keghairahan beribadah menyebabkan diri mereka langsung tidak pedulikan soal Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Golongan seperti ini lazimnya akan mempersiap pakaian hari raya sebelum Bulan Ramadhan menjengah tiba.

Kedua-dua situasi ini sangat berbeza. Marilah kita berdoa semoga kita berada di kelompok yang kedua. Sesungguhnya kelompok ini ialah kelompok yang dikategorikan sebagai fitrah sesudah Ramadhan pergi kerana ketekunan dalam beribadah dan sujud kpada Allah yang Maha Esa.

Apa-apapun Aishah ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Peliharalah adab-adab kita walaupun bulan Ramadhan berlalu. Aishah nak minta maaf sebanyak-banyaknya atas segala ketelanjuran, kesilapan dan kesalahan yang Aishah sengajakan atau tak sengajakan. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah SWT.


Thanks For Reading شكران.

Hadiah Pemenang GA @ Contest.

Assalamualaikum.

Agaknya blog ni dah lama tak wujud, siapa lah yang sedar. Bukan itu yang nak dipersoalkan tapi, kepada pemenang tu, ingat ke tak lagi.

Kalau ingat dan berharap agar hadiah anda berbalas. Aishah berusaha sebaik mungkin. Tetapi, ini sahaja yang mampu.










Kesemua doodle di atas adalah yang masih belum dituntut. Aishah tak dapat nak tulis nama sebab tak inform dekat Aishah pun. Cuma 3 doodle sahaja yang diberitahu supaya letak nama.. Jadi, kepada yang lain, anda diberi kebenaran untuk mengambil sebarang doodle di atas dan jadikan sebagai milik anda.

Harap itu dapat mengambus kembali segala yang tertangguh sebelum ini. 
Itu sahaja.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Senarai Ayat Bombastik ( Karangan )

Assalamualaikum.

6 days left to celebrate Aidilfitri 2012. Wah, tak sabarnya. Raya, raya juga. Exam jangan lupa. Hehe.
Jadi, Aishah nak kongsi sedikit persiapan yang Aishah lakukan untuk menghadapi peperiksaan BAHASA MELAYU KERTAS 2.

Aishah cuba untuk dapatkan ayat-ayat bombastik yang dapat melonjakkan markah untuk karangan. 


A] PENANDA PERMULAAN KARANGAN 
1. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….—
2. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.
3. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.—
4. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia.
5. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …—

B) PENANDA MEMULAKAN ISI BAHARU
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

C) PENANDA HURAIAN ISI KARANGAN 
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

D) PENANDA MEMBERI CONTOH DALAM KARANGAN
1.Sebagai contohnya—
2. Biar kita lihat—
3. Biar kita ambil contoh—
4. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah—
5. Sebagai analoginya,—
6. Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

E) PENANDA MENGHURAIKAN CONTOH 
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Justifikasinya,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa

F) PENANDA MENUTUP ISI
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

G] PENANDA MEMULAKAN ATAU MEMASUKKAN PERIBAHASA 
A) Persis kata peribahasa Melayu, .............
B) Persis kata orang tua-tua, ............
C) Persis kata mutiara, ............
D) Persis kata cendekiawan, .............
E) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
F) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

H] PENANDA MEMULAKAN PERENGGAN PENUTUP
a) Sebelum mengakhiri wacana ini,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,

I ]PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
1. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.·
2. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan
3. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
Alhamdulillah, penggunaan ayat-ayat di atas banyak membantu Aishah. Semasa membuat Latihan Karangan Berkala, banyak 'improvement' yang dapat tertonjol. Untuk pengetahuan, Cikgu BM Aishah memang bagus and berwawasan.

Karangan pertama yang kami sekelas hantar dekat beliau merupakan permulaan bagi segalanya. Markah paling tinggi yang belaiu beri hanyalah 26/ 40. Fuh, Aishah dapat 25/40 kot. Cikgu kata, penggunaan ayat yang terlalu biasa merupakan puncanya.

Aishah terus cari banyak-banyak ayat bombastik, lepas tu ingat peribahasa yang sedap dan boleh meletupkan lagi karangan.  Sekarang, Aishah sudah berjaya mendapat markah 36/ 40. Itulah yang paling tinggi. Rasa bersyukur sangat.

Harap ayat bombastik di atas dapat membantu. Aishah petik dari satu pautan muat turun.

Itu sahaja. Semoga usaha kita memperoleh maghfirah di bulan Ramadhan semakin bertambah. Insyaallah.
Assalamualaikum



Thanks For Reading شكران.