Story Aku & Lagu


Assalamualaikum

Lagu yang memberi makna yang mendalam terhadap diri Aishah ialah lagu
' Adakah Kau Lupa'.
Tak glamour pun lagu ni.

Fahami lirik ini. Sekiranya kita seorang Islam yang cinta akan jihad pastinya, terdetik suatu rasa yang lain daripada yang lain.

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
Allahu Akbar







Kawan-kawanku sekalian.
Tahukah kamu, bagaimana sukarnya Rasulullah mendapatkan Kota Suci Mekah bersama para sahabat.

Bagimana para sahabat bertempur dalam Peperangan bersama Rasulullah untuk melangsaikan arahan Allah SWT

Bagaimana strategi diatur oleh Abu Ubaidah bersama Khalid al-Walid menakluk Parsi.

Bagaimana hebatnya Sultan Muhammad Al-Fateh membenarkan hadis Rasulullah untuk menakluki Konstantinopel atau Istanbul.


Bagaimana Salehudin Ayubi bertempur dengan Tentera Salib lalu menggenggam Kota Palestin.

Bagaimana Iskandar Zulkarnain membesarkan empayar Islam.

Dan banyak lagi.

TETAPI !!

Apa yang terjadi 

Kesemua peristiwa bersejarah itu DILUPAKAN oleh generasi hari ini. LUpakah kita bahawa apa yang kita peroleh pada hari ini adalah daripada semangat jihad yang mereka taruhkan semasa berperang. Lupakah Kita. 
Apa yang kita tertarik??? 
gejala sosial yang melampaui batas, kebebasan dan Hiburan. Betul atau Tidak. Betul, rakan-rakan. 

Peritnya apabila melihat Istanbul tidak lagi 100% negara kota Islam, Palestin ditakluk oleh rejim Israel.
Saudara-saudara Islam kita di Palestin diseksa. Masjid suci iaitu kiblat pertama umat Islam menjadi sasaran tentera Isael.

Ayuh, Bangkit wahai generasi. Gunakan kekuatan yang kita miliki ini untuk merampas semula negara yang  pernah menjadi negara Islam. Pastinya kita menginginkan dan merindui kemenangan yang pernah kita peroleh suatu masa dahulu.

Fikir-fikirkan. Semoga info yang Aishah berikan ini dapat dijadikan tauladan buat kita semua. Kesemua yang Aishah catatkan ini, adalah berdasarkan buku sejarah Islam yang pernah Aishah baca. Sama-samalah kita nilai jiwa masing-masing. Mana yang tak betul kita repair.

Nak join.


Sekian. Assalamualaikum






Thanks For Reading شكران.

3 400 is kind-heart:

anamizu kaito said...

hai aishah.. cik ana dtg ziarah geng Fiqra.. wahh lagu pilihan aishah mmg lain ddr yg lain.. semoga kita sentiasa mengingati jihad mereka :)


http://diary-kecilku.blogspot.com/2011/12/story-aku-lagu-geng-fiqra.html




luv,
cik ana

fiQ'Ra said...

adakah kau lupa..gud luck syg ;)

admin,
GF ~