Saya Ada Bakat Terpendam..hehe

Assalamualaikum.

Jangan keliru dengan tajuk itu ya. Sebenarnya, Aishah sertai Aktiviti ke-4 Geng Fiq'ra iaitu Bakat Terpendam. Macam best saja aktiviti ni kan. Tu yang join tu.

Kepada yang ingin sertai... Klik banner di atas. Make sure, korang daftarkan diri dalam Geng Fiq'ra .
Bawah ni ialah kad ahli Geng Fiq'ra milik Aishah

Photobucket

Bakat terpendam yang Aishah ada ialah....

Bakat yang Aishah miliki ini sebenarnya langsung tak pernah Aishah tahu sepanjang Aishah hidup ni sampailah Aishah berusia tingkatan satu. 
Semasa belajar Sajak Komsas, seorang guru yang sangat berdedikasi bertanya kepada seluruh kelas.
" Sesiapa di sini yang boleh bacakan sajak,". Aishah tak mahu angkat tangan sebab memang Aishah tak pandai pun. Waktu sekolah rendah masuk pertandingan sajak , tak menang apatahlagi nak baca depan kelas.

Tanpa berlengah cikgu pun panggil Aishah suruh baca. " Ha, awak bangun. Cuba baca sajak tu," 
Mak datuk, ketaq kaki lutut tangan. Sendi rasa macam nak tercabut saja. Ambil nafas dalam-dalam lepas tu baca lah line pertama. Memang tak sangka suara Aishah boleh deklamasi sajak. Sejak itu, kalau ada apa-apa pertandingan melibatkan sajak, mesti semua orang pilih Aishah. Bukan sajak saja, syair, pantun, pembentang, wakil penyuara dan pidato. Melalui bakat inilah yang telah melahirkan sifat berani dalam diri Aishah.


Alhamdulillah, kerana Allah memberikan Aishah bakat yang sungguh hebat ini. Semoga bakat yang Aishah miliki ini dapat memberikan sesuatu yang berguna buat orang lain bukannya merosakkan generasi. Aishah harap dengan bakat yang Aishah miliki ini dapat membawa Aishah menggapai cita-cita Aishah iaitu menjadi seorang pensyarah berkalibar dan motivator berjaya. Insyaallah.

Admin, saya minta maaf sebab panjang sangat entri saya.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

6 400 is kind-heart:

Anonymous said...

Congrats! :D

kusyi said...

sajak best. tp, saya bersajak kalau dipaksa je. sy x suka volunteer.. #eh betul x sy eja tu? hakhak

DiDiE eLa said...

bagus2..jarang ada orang bakat mcm nie..teruskan usaha kamu yer..gudluck

http://nshuhailahz.blogspot.com/2011/12/saya-ada-bakat-terpendamhehe.html

Syieda™ said...

goodluck dear @_@



jom ke blog syieda =.= lovestory313.blogspot.com/2011/12/saya-ada-bakat-terpendamhehe.html

Qyla said...

wahh . besar bakat awk tu :D

gudluck okay :D

jom singgah sini plak :D

http://sweet-smiles-sharing.blogspot.com/2011/12/saya-ada-bakat-terpendamhehe.html

fiQ'Ra said...

hebat bakat kami dik.. boleh kembangkan lagi bakat tu, insyaAllah ;)