Azan Dikumandangkan 24 Jam Di Dunia

Assalamualaikum.

SIapa ada baca tentang entri INI dekat blog Aishah. Beberapa hari kemudian, seorang blogger telah memberi feedback terhadap entri tersebut. Ini yang beliau katakan


Einz ada sebut mengenai azan. Jadi, Aishah berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Jadi, satu pencarian telah dilakukan. Jenuh lah search dekat Google. Akhirnya dapat pun. Aishah pun dah faham dengan fenomena azan. Kalau pembaca sekalian membacanya pasti  terpegun.

Aishah share info ini <drpd sini>



Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.



Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.



Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Takbir Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar




Semoga info ini dapat menambahkan ilmu di dada kita termasuk saya sendiri,

Assalamualaikum wbt


Thanks For Reading شكران.

3 400 is kind-heart:

einz said...

wah tak sangka aishah begitu ambil berat...alhamdulillah...maknanye masih ade ag umat nabi muhammad s.a.w yg masih peka~
^_^

Nor Aishah said...

@einz
Cuma ingin ketahui dengan lebih lanjut