Setiap Manusia Merupakan Khalifah

Assalamualaikum.

Tahukah anda bahawa kita ini ialah hamba Allah yang telah dihantar ke muka bumi ini dengan memikul tanggungjawab yang sungguh besar iaitu menajdi khalifah. Tugas khalifah adalah untuk mentadbir di muka bumi dan mengurus kehidupan masyarakat. 

Buktinya :-
 Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”.” (QS Al Baqarah : 30)
Ayat tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa  Allah SWT menciptakan manusia di muka bumi agar manusia dapat menjadi kalifah di muka bumi tersebut. Yang dimaksud dengan khalifah ialah bahwa manusia diciptakan untuk menjadi penguasa yang mengatur apa-apa yang ada di bumi, seperti tumbuhannya, hewannya, hutannya, airnya, sungainya, gunungnya, lautnya, perikanannya dan seyogyanya manusia harus mampu memanfaatkan segala apa yang ada di bumi untuk kemaslahatannya. Jika manusia telah mampu menjalankan itu semuanya maka sunatullah yang menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi benar-benar dijalankan dengan baik oleh manusia tersebut, terutama manusia yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SWT.



Persoalannya, pada hari ini, adakah umat Islam telah memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sesuai dengan ajaran Islam yang diterangkan dalam al-Quran itu?

Kita lihat dan kita ketahui muka bumi telah mengalami banyak perubahan dan akan terus berubah. Kita juga melihat dan mengetahui masyarakat global (manusia pada keseluruhannya) telah berubah dan akan terus berubah, baik dari segi fizikal atau jasmani mahupun spiritual atau rohani. Perubahan-perubahan ini secara langsung memberi kesan kepada mentaliti dan syahwat manusia.

Justeru itu, umat Islam sebagai manusia pilihan harus kembali memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Umat Islam tidak sepatutnya hanya memikirkan masalah setempat. Umat Islam tidak seharusnya hanya berasa bertanggungjawab ke atas pencapaian mereka sebagai individu atau kelompok yang lebih kecil. Umat Islam tidak seharusnya hanya memfokus kepada penyelesaian masalah dan pembinaan masyarakat suku bangsanya. 

Sudah tiba masanya umat Islam harus berfikiran sejagat berminda khalifah. Sudah tiba masanya umat Islam harus melihat dunia global (muka bumi) sebagai jajahan atau daerah yang perlu ditabdir dan masyarakatnya (manusia) diuruskan mengikut prinsip-prinsip yang diterangkan dalam al-Quran, al-Hadis dan Sunnnah Rasulullah s.a.w. Sudah tiba masanya untuk mengkaji semula kaedah atau pendekatan pengurusan dalam Islam. Sudah tiba masanya untuk mendahulukan fardu kifayah berbanding fardu ain sebagaimana yang ditekankan selama ini; atau sekurang-kurangnya kedua-dua fardu kifayah dan fardu ain ditegaskan sama pentingnya. Sudah tiba masanya individu dan umat Islam bukan sekadar 'menghitung' apa yang telah dimilikinya tetapi 'memperkirakan' apa yang telah dia dan mereka sumbangkan dalam pembinaan tamadun manusia di muka bumi dan sebesar mana sumbangan itu jika ada.


Itu sahaja informasi yang hendak Aishah sampaikan.
Info tersebut diaplikasikan melalui laman ini dan ini.

Assalamualaikum 


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: