Mimpi Tentang Ular

Assalamualaikum.

Siapa dekat sini tak pernah tengok ular. Ha, ni dia ular.
Sengaja ambil yang kartun sebab takut lah tengok yang real punya.

Baiklah hari ini Aishah nak bercerita sikit mengenai mimpi tentang ular. Mimpi tu sebenarnya mainan tidur semata-mata. Tetapi, kadang-kadang Allah memberikan sesuatu alamat atau petunjuk melalui mimpi. 

Mimpi Ular Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

Agak menarik bukan. Jangan perasan sudah. 
Hehehe

Itu sahaja
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Hadiah Bagi Contest Kreatif Menulis Bersama HOB


Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, Aishah ingin mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada penaja Contest Kreatif Menulis Bersama HOB kali ini.

Seperti yang diketahui, contest sekarang dihadkan kepada cerpen sahaja. Jadi, hadiah juga akan berhimpuan kepada cerpen sahaja.

Tempat Pertama 
- Hadiah misteri daripada Kak Aini
- Sebuah Novel daripada MO
- Sebuah VINTAGE NECKLACE by JCS.

- Link blog pemenang akan dimasukkan ke dalam bloglist bahagian Creative Blogger
- Award khas buat pemenang
- Review blog 3 hari
- Full edit blog oleh Wany * sekiranya perlu
- Header daripada Azrul * sekiranya perlu

Tempat kedua
- LInk blog pemenang akan dimasukkan ke dalam bloglist bahagian Creative Blogger
INNER NECK LYCRA by JCS


- - Top Up RM 5 daripada CCI
- Award  khas buat pemenang
-Header daripada Wany *sekiranya perlu

Tempat Ketiga
- Link blog pemenang akan dimasukkan ke dalam bloglist bahagian Creative Blogger
- Baju daripada JCS

- Award khas daripada blogger
- Header daripada Wany
- - Blogskin sendiri daripada Yasmin


Tempat Keempat
- Link blog pemenang akan dimasukkan ke dalam bloglist Creative Blogger
- - Sehelai shawl daripada Mastura
- Header daripada Eyka
- - Cursor khas buat pemenang daripada Azrol

Tempat Kelima
- Link blog Pemenang akan dimasukkan ke dalam bloglist Creative Blogger
- Baucar RM 10.00 daripada PEARL CLOSET
- Doodle daripada Aishah

* PIHAK KAMI SANGAT - SANGAT BERBESAR HATI , JIKA PIHAK ANDA DAPAT MELETAKKAN SYARAT AGAR SETIAP PESERTA TERMASUK PIHAK ANDA DAPAT MEMBUAT STICKY POST DI BLOG MASING-MASING MENGENAI PRODUK DI JCS ENTERPRISE SELAMA SEMINGGU & MELETAKKAN BANNER KAMI di sidebar BLOG ANDA SELAMA SETAHUN SECARA PERCUMA .


Pesanan daripada JCS



Kesemuanya 25 Hadiah termasuk bloglist, review berserta award.
Mari join.. Klik SINI nak join.

Kalau Aishah free hadiah mungkin  ditambah lagi...Kalau ada masa ke post office la..(Form 3 tahun dpan)
- frame gambar dari Aishah
-Buku notebook 80 m/s.
- Set pen
-Sebuah novel (samaada sejarah islam, novel remaja, motivasi)
- 2 keychain

I hope the way of the contest can improve my writting skill through your bombastic words.
PENGUMUMAN :
Hadiah daripada Aishah mungkin akan diterima lewat sedikit. Mungkin Raya Cina atau cuti sekolah. Sebab Aishah kena curi masa nak lukis doodle dan buat entri dekat blog. Tahun depan dah sekolah pagi. Petang pula ada aktiviti sekolah. Ok, Harap anda faham.

Sebelum Aishah mengakhiri entri ini, Aishah ingin mengucapkan seribu penghargaan kepada penaja yang sudi menaja contest Aishah kali ini.
Semoga Allah memberkati kalian sepanjang masa. Amin.


Kesimpulannya, hadiah untuk pemenang tempat pertama lebih lumayan. Jadi, usahalah untuk menghasilkan karya yang terbaik

Itu sahaja.
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Contest Blog Paling Cute dan Cool by Aien Story

Assalamualaikum.

Just joining this wonderful contest. Wanna look for it. Just click the banner. I think, why don't join it together. Hehehe. Just an intro for this entri lah.


Comel kan banner tu. Doodle tu pun cute. 
Aishah ditag oleh FARHANA
Syarat seterusnya, kena tag. Hmmm, nak tag sapa he. Ok, lah Aishah pilih 4 orang. Harap korang join ok.


Itu sahaja.
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Mega Giveaway by Cik Nad dan SyiraSalleh

Assalamualaikum


Aishah nak join GA ni. Tapi GA ini akan berlangsung sampai hari ni saja tau. So, cepat. Jangan lambat.
Aishah nak tag Huda dan Izzaty.

Harap mereka sempat join GA ni


SIncerely, that's not my picture. Ok, pastinya tu gambar Greyson Chance. Hehehe. Aishah tak minat dia sangat lah. Cuma muka dia comelkan.
  Tu yang teringin sangat nak edit gambo dia tu.

Itu sahaja.

Assalamualaikum





Thanks For Reading شكران.

1 December 2011 Nak Buat Last Contest

Assalamualaikum.

Hari ini 29.11.2011. Aishah merancang nak buat contest. Contest terakhir untuk tahun 2010-2011. Sebab, tahun depan rasanya tak aktif dah lah. Sebab Aishah akan menghadapi PMR tahun depan.

Contest ni bertajuk 
" Contest Kreatif Menulis Bersama HOB "

Jadi, cadangnya nak mulakan pada 1 Desember 2011 ni sampai bulan Februari tahun depan.
Contest ini lebih kurang macam contest menulis cerpen, sajak dan pantun.

Aishah masih lagi mencari penaja buat ccontest ini. Tetapi, rasanya tak ramai yang nak menaja contest ni. Jadi, Aishah sendiri lah yang mencari hadiahnya.
Kepada yang sudi menaja boleh contact Aishah di Facebook atau emel ini :-
noraishahnorrifin@gmail.com
noraishahnorrifin@yahoo.com.my

Sampai sekarang ada dua orang penaja.

Iaitu : Wany dan Azrol.
Hadiah yang ditaja kebanyakkannya berkenaan dengan customizing blog. So, nanti Aishah cari hadiah berupa barang ok.
Insyaalah.

Semoga contest ini mendapat sambutan. Aishah tak rancang sampai seratus tapi 10 pun sudah mencukupi.
Itu sahaja
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Setiap Manusia Merupakan Khalifah

Assalamualaikum.

Tahukah anda bahawa kita ini ialah hamba Allah yang telah dihantar ke muka bumi ini dengan memikul tanggungjawab yang sungguh besar iaitu menajdi khalifah. Tugas khalifah adalah untuk mentadbir di muka bumi dan mengurus kehidupan masyarakat. 

Buktinya :-
 Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”.” (QS Al Baqarah : 30)
Ayat tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa  Allah SWT menciptakan manusia di muka bumi agar manusia dapat menjadi kalifah di muka bumi tersebut. Yang dimaksud dengan khalifah ialah bahwa manusia diciptakan untuk menjadi penguasa yang mengatur apa-apa yang ada di bumi, seperti tumbuhannya, hewannya, hutannya, airnya, sungainya, gunungnya, lautnya, perikanannya dan seyogyanya manusia harus mampu memanfaatkan segala apa yang ada di bumi untuk kemaslahatannya. Jika manusia telah mampu menjalankan itu semuanya maka sunatullah yang menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi benar-benar dijalankan dengan baik oleh manusia tersebut, terutama manusia yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SWT.



Persoalannya, pada hari ini, adakah umat Islam telah memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sesuai dengan ajaran Islam yang diterangkan dalam al-Quran itu?

Kita lihat dan kita ketahui muka bumi telah mengalami banyak perubahan dan akan terus berubah. Kita juga melihat dan mengetahui masyarakat global (manusia pada keseluruhannya) telah berubah dan akan terus berubah, baik dari segi fizikal atau jasmani mahupun spiritual atau rohani. Perubahan-perubahan ini secara langsung memberi kesan kepada mentaliti dan syahwat manusia.

Justeru itu, umat Islam sebagai manusia pilihan harus kembali memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Umat Islam tidak sepatutnya hanya memikirkan masalah setempat. Umat Islam tidak seharusnya hanya berasa bertanggungjawab ke atas pencapaian mereka sebagai individu atau kelompok yang lebih kecil. Umat Islam tidak seharusnya hanya memfokus kepada penyelesaian masalah dan pembinaan masyarakat suku bangsanya. 

Sudah tiba masanya umat Islam harus berfikiran sejagat berminda khalifah. Sudah tiba masanya umat Islam harus melihat dunia global (muka bumi) sebagai jajahan atau daerah yang perlu ditabdir dan masyarakatnya (manusia) diuruskan mengikut prinsip-prinsip yang diterangkan dalam al-Quran, al-Hadis dan Sunnnah Rasulullah s.a.w. Sudah tiba masanya untuk mengkaji semula kaedah atau pendekatan pengurusan dalam Islam. Sudah tiba masanya untuk mendahulukan fardu kifayah berbanding fardu ain sebagaimana yang ditekankan selama ini; atau sekurang-kurangnya kedua-dua fardu kifayah dan fardu ain ditegaskan sama pentingnya. Sudah tiba masanya individu dan umat Islam bukan sekadar 'menghitung' apa yang telah dimilikinya tetapi 'memperkirakan' apa yang telah dia dan mereka sumbangkan dalam pembinaan tamadun manusia di muka bumi dan sebesar mana sumbangan itu jika ada.


Itu sahaja informasi yang hendak Aishah sampaikan.
Info tersebut diaplikasikan melalui laman ini dan ini.

Assalamualaikum 


Thanks For Reading شكران.

Doodles Mood

Assalamualaikum.

Lama sungguh kita tidak bersua. Aishah pun baru sahaja pulang dari dotdotdot. Secret. Tapi, best sangat. Balik saja terus buat doodle ni. Tapi, kali ni AIshah buat pakai trend lain sikit. Mungkin yang ni nampak lain sikit kot.

.....
......
.....
..
.

Tak teragak-agak nak senyum



 Yummy 



Owwh, masamnya




Woooaaa





Nice face, girl




Ummm, what should I call this ??




FINISH

Aishah membenarkan sesiapa sahaja mengambil doodle di atas ni dengan syarat, jangan buang watermark yang Aishah letakkan tu.

Itu sahaja.
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Segmen Jom Naikkan Followers Mendadak!

Assalamualaikum. 
Selamat sejahtera.


Join this segmen. Alang-alang ada segmen ni, Aishah nak gunakan sepenuhnya untuk upkan followers. Jadi, jom kita berblogwalking ramai-ramai.

Tarikh tutup Segmen ni ialah pada 30 November 2011.
Sikit saja lagi.

I would like to tag :-

Let join ya.
Assalamualaikum




Thanks For Reading شكران.

Nice Song I'll Be Back *Slow Edition

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak lagu I'll Be Back dari Kumpulan 2PM. Kumpulan Korea ni. 

Klik sini nak dengar lagu I'll Be Back Ori dari Kumpulan 2PM
Lepas tu, Aishah ada dengar pula lagu I'll Be Back edisi Slow. Sedap maaa. Orang Melayu kita yang nyanyi. Menyentuh kalbu.

Tengok bawah ni :



Menurut Aishah, Amalia Alias ni merupakan antara pencabar kedudukan Najwa Latif yang baru sahaja menceburi bidang seni muzik.

Apapun, dalam dunia kita takkan lari daripada cabaran dan ujian.
Apa yang perlu kita buat? Harungi sahaja. Tetapi, usaha dan ibadah mesti bergerak seiring agar segalanya berlaku dengan tidak sia-sia

Itu sahaja.
Assalamualaikum 


Thanks For Reading شكران.

Contest I Love My Doodle

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ni lagi satu doodle contest. Join jom. Mula-mula waktu nak join ingat tarikh last dah lepas sebab tak nampak 9.12.11. Heheheh. 
Ok, doodle yang Aishah pertandingkan ialah :



Sebenarrnya, Aishah tak pernah tahu pasal doodle. Sampai suatu hari, Aishah terbaca tentang entri pasal doodle. Aishah tertanya-tanya, doodle tu apa ? Bila tengok, cute sangat doodle ni. Teringin sangat nak buat. Macam-macam cara Aishah buat, belajar dekat sana sini. Mula-mula guna paint saja sampailah mahir guna photoshop.
Akhirnya, Aishah berjaya menghasilkan doodle yang Aishah sendiri suka tengok. Aishah tak kisah ada orang suka kah tidak, tapi yang pasti ianya nice. Hehehe

Tag :
Sama saja kan. Mata saja lain. I hope you can choose a better one.

Assalamualaikum
*sorry penganjur, tak nampak step suruh tag dan describe. Sorry


Thanks For Reading شكران.

Contest Cute Dolly atau Doodle


Assalamualaikum.


Unikkan banner di atas. Sebenarnya Aishah join satu contest ni ' Contest Cute Dolly atau Doodle '. Menarik juga contest ni, tu yang join tu. 

MY NAME IS WANA

MY NAME IS WANI
MY NAME IS WINA


Itu sahaja. AIshah tahu semua tu sama saja trend nya. Terserah, CCI nak choose yang mana. They are twins actually. But, there are differences between them. 
Wana- Beautiful and nice girl
Wani- Cheerful girl
Wina - simple and smart girl.

Untuk contest ni Aishah gunakan teknik doodle yang Aishah pakai waktu awal-awal Aishah buat doodle. Comel juga.

Assalamualaikum




Thanks For Reading شكران.

Ketahui Jantina Komputer atau Laptop ?

Assalamualaikum.

Nak kongsi sesuatu benda yang sangat menarik. Pernah tak kita tahu yang lappy/comp kita ni laki atau perempuan. Jadi, jom kita sama-sama bongkarkan...

Ikuti step di bawah :

1. Buka Notepad.

2. Copy kod bawah ni dan paste pada notepad anda
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I Love You"
3. Kemudian, save as file tersebut dengan nama  love u.vbs. Semasa nak save pastikan type All Files.

4. Letak lah file tu dekat desktop anda. Dan cuba klik. Kalau suara yang keluar tu macam perempuan, perempuan lah, tapi kalau garau semacam, faham-faham lah.

Aishah dah try dah pun. Computer Aishah perempuan. Hehehe.
Yang Aishah warnakan oren tu boleh tukar dengan ayat yang lain. Seronok juga main dengan benda alah tu.


Itu sahaja. Jumpa lagi.
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Keseluruhan AKtiviti Persekolahan 2011

Assalamualaikum.

Tahun 2011 akan meninggalkan kita sebulan saja lagi. Wah, cuti sekolah pun dah datang. Apabila, saya reverse balik sepanjang persekolahan, rasanyan tahun ni ialah tahun yang paling aktif.

Aishah ada join banyak benda tapi, tak semuanya menang.

 Perbarisan Rumah Syed Ahmad * Peringkat sekolah - Menjadi johan

 Menyertai Pertandingan Badminton peringkat sekolah*  beregu dengan Izyan - Dapat pingat gangsa saja.

 Menyertai pertandingan pidato sempena bintang kecil - Dapat nombor 3 juga

 Menyertai Kem Keindahan Bersamamu - Manyak tragis. Bawa satu kotak tisu x cukup

 Menyertai Kem Jati Diri Mukmin - Belajar cara nak sembelih burung puyuh

 Terlibat dalam pertandingan presenter terbaik SCIENCE - Dapat anugerah presenter terbaik kelas   2A10.

Fuuh, banyak nya. Macam tak sangka banyak macam tu. 
Semoga tahun depan lebih aktif dan cemerlang.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Hadiah untuk Pemenang No. 55 ( Watermark)

Assalamualaikum.

Holiday is coming. Ok, ni ialah hadiah untuk pemenang no. 55 iaitu mamatomel iaitu Watermark. Blog mamatomel ada banyak gambar so, harapnya watermark yang dibikin ini dapat membantu mamatomel dalam memelihara gambar tersebut daripada dicuri. 

Saya akui bahawa watermark ini tidaklah cantik macam orang lain. Tetapi, ini sahaja yang saya mampu.

Inilah dia watermark untuk MamaTomel.


Doodle tu ialah doodle Aishah yang lama. Doodle yang baru kebanyakkannya dah ada copyright. 
Akhir kata, harap MT suka.

Ini sahaja, dari saya, 
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Sambungan Sultan Muhammad Al-Fateh

Assalamualaikum.

Hari ini rasanya nak buat sambungan untuk Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh tetapi, mood nak menaip kureng.  Jadi, Aishah akan tinggalkan link di mana, pembaca sekalian boleh baca dekat situ...



Itu sahaja. Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Hadiah untuk Pemenang Doodles (GA HOB)

Assalamualaikum.

Tinggal lagi dua orang sahaja lagi yang masih belum menerima hadiah untuk GA HOB Aishah yang lepas. Iaitu Asyikin dan Nur Anis

For Asyikin, here you are
And, Kak Anis here you are 


Itu sahaja, sekarang ni tinggal clipping mask dgn watermark..SAbar ya

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Teks Pidato ' Generasi Muda Penyambung Warisan '

Assalamualaikum

SHaring is caring. Peribahasa bahasa Inggeris itu tidak pernah pudar dari ingatan. Hari ini, nak share sikit teks pidato yang Aishah gunakan untuk dipersembahkan pada hari Rabu lepas. Keputusan pun dah dikeluarkan. Alhamdulillah, AIshah mendapat tempat ketiga. Macam tak sangka sangat dapat menang. Eeeeh, yang bertanding tu bukan calang-calang ma. Ada yang pernah sampai peringkat daerah pun ada.

GENERASI MUDA PENYAMBUNG WARISAN

Cuba kita fikir sejenak, zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan. Malah, lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kesayangan kita, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang menyerlahkan karisma kepimpinan sehingga akhirnya beliau diangkat menjadi menteri cabinet yang termuda dalam meneraju Negara. Seterusnya, hakikat tidak pernah berdusta, apabila mengangkat Rasulullah sebagai contoh tauladan kerana semasa zaman remaja baginda, keunikan dalam gerak kerja dan penampilan baginda telah pun mewarnai diri Rasulullah.

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim penjunjung kesksamaan, kelompok pendidik bestari, seterusnya warga intelektual penerus warisan Negara.
Assalamualaikum wbt dan salam apreasasi.

Berdirinya Usman Awang kerana puisinya, berdirinya Malaysia kerana rakyatnya. Berdirinya saya di dewan yang indah adalah untuk menyampaikan sebuah pidato buat pencetus minda generasi hari ini yang bertajuk Generasi Muda Penyambung Warisan.

Generasi di sini membawa maksud suatu kaula yang dapat membawa revolusi bagi semua ummat. Warisan pula membawa maksud tersendiri. Menurut Budayawan Negara, Datuk Radin warisan dari sudut budaya ialah apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan oleh segolongan masyarakat. Dari sudut sejarah pula, warisan menjurus pada peninggalan-peninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan-bangunan yang dibina oleh penjajah ataupun bangunan-bangunan nenek moyang kita yang terdahulu.
Teman dan taulan sekalian,

Bicara yang pertama ialah Batik Malaysia warisan khazanah bangsa. Peribahasa ada mengatakan “tak kenal maka tak cinta‟, sifat ini ialah tabii manusia yang sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Nilai estetika yang terdapat pada batik sering kali dipandang sepi oleh segelintir masyarakat kita. Pada tahun 2003 kerajaan telah membelanjakan berjuta- juta ringgit untuk memasarkan jualan batik hingga ke peringkat antarabangsa. Pada tahun yang sama, impak jualan batik ialah RM33 juta dan jumlah itu meningkat kepada RM39.7 juta pada tahun 2004 berkat fakulti dan usaha Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood. Oleh itu, generasi muda hari ini dan akan datang merupakan wajah-wajah baru yang akan menjadi penerus kepada usaha Allahyarham.
Pria kacak serta juwita anggun sekalian,

Bicara yang kedua ialah permaianan tradisional warisan turun-temurun. Sudah terang lagi bersuluh. Dasawarsa ini, permainan tradisional dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana.  Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula. Contohnya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan. permainan tradisional dari peringkat sekolah hingga antarabangsa. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang.
Saudara saudari sekalian,

Bicara ketiga pula ialah budi bahasa warisan nenek moyang. Pepatah ada mengatakan, “bahasa jiwa bangsa,”. Maka jelaslah di sini menunjukkan bahawa asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya dapat mengangkat martabat masyarakat di negara kita. ‘Tiada kata secantik bahasa,”. Itulah antara seni kata senandung oleh Allahyarham P.Ramlee. Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Sekalipun kita angkat senjata pastikan kita berbudi bahasa. Perpaduan juga dapat terjalin melalui bahasa yang baik. Hal ini dapat dilihat apabila Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj membuat rundingan yang baik supaya permohonan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu berjalan dengan lancar. Akhirnya, melalui jalinan perpaduan antara Tunku Abdul Rahman dengan pihak British telah membuahkan impak yang baik.

Secara tuntasnya, janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi ‘biar mati anak, jangan mati adat´. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh warga bumi bertuah, kita bangkit mempertahankan warisan , kita bersama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.

 Insyaallah.
Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya masa diperuntukkan hanya 7 Minit, tapi Aishah terlajak sampai 8 minit. Hihihi. 

Itu sahaja.Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Penakluk Konstantinopel (Sultan Muhammad Al-Fateh) 2

Assalamualaikum

Meriam Urban 

Suatu hari, Sultan Muhammad berfikir mengenai senjata yang dapat merobohkan benteng Konstantinopel. Tiba-tiba ada seseorang menyuarakan bahawa terdapat seorang insan yang bernama Urban yang dapat membuat meriam. Kata-kata itu menarik perhatian Sultan Muhammad. Lalu, baginda bertanya di manakah Urban. Mereka pun berkata bahawa Urban sedang dikurung di bawah tanah oleh tentera Konstantinopel.

Sultan Muhammad pun memikirkan cara untuk membawa Urban dan menghasilkan senjata yang hebat itu untuk melawan Konstantinopel. Setelah dilakukan penyiasatan terhadap kota tersebut, mereka akhirnya menggali tanah sehingalah sampai ke bilik bawah tanah yang terletaknya Urban di situ. Urban yang menyedari ada yang sedang menghampiri biliknya itu, lalu pura-pura tidur supaya pengawal tidak mengecam yang bukan-bukan. Hasilnya, Urban selamat dibawa oleh Sultan Muhammad ke Turki. Sultan Muhammad bertanya mengapa engkau dikurung. Lalu, Urban berkata kerana dia tidak mahu membantu Maharaja Konstantine menghasilkan meriam dan mengetahui bahawa maharaja itu seorang yang zalim.

Tetapi, apabila SUltan Muhammad menyuruh Urban menghasilkan meriam untuk digunakan sebagai peruntuh benteng Konstantinopel, Urban bersetuju dan memilih untuk memasuk Islam. Tidak sekadar itu, Sultan Muhammad bertanya lagi mengapa Urban menerima pelawaannya untuk menghasilkan meriam. Lalu Urban berkata, "
pada malam sebelum tuanku datang membawa saya, saya telah bermimpi bahawa akan ada seorang ketua yang baik yang memiliki tentera dan rakyat yang baik yang akan menyelamatkan saya. Dan saya yakin itu pasti tuanku ".
Mendengar kata-kata Urban itu, Sultan Muhammad semakin yakin bahawa Kota Konstantinopel akan jatuh pada zaman pemerintahannya.

Selepas itu, Urban menghasilkan meriam sebanyak yang mungkin. Sultan Muhammad ingin mencuba kehebatan meriam buatan Urban itu. Lalu, baginda mengarahkan rakyatnya supaya tidak berada di sebuah kawasan *lupa. Apabila ditembak, meriam tersebut berjaya dilepaskan berbatu-batu dari situ. Sultan Muhammad sungguh kagum.


Bersambung...Akan datang ialah pencarian makam Syuhada. 


Thanks For Reading شكران.

Penakluk Konstantinopel (Sultan Muhammad Al-Fateh )

Assalamualaikum.



PENDAHULUAN

Pernah dengar tak cerita tentang Sultan Muhammad Al-Fateh. Ruginya tak baca. Aishah nak cerita sikit tentang apa yang telah Aishah baca melalui buku Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sultan Murad iaitu ayahanda kepada Sultan Muhammad, ingin menjadikan kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah berlaku pada zaman pemerintahan baginda. Hadis tersebut berupa :-
`Konstantinopel hanya akan jatuh ke tangan ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik'
Namun, hasratnya itu tidak tercapai. Walaupun demikian, Syeikh Samsuddin al-Wali berkata kepada Sultan Murad
'Menurut firasat saya, bukan tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian ini (Sultan Muhammad al-Fateh)
Sultan Muhammad menggantikan posisi ayahandanya semasa umurnya 19 tahun lagi. Oleh sebab itu, maharaja Konstantine, maharaja Konstantinopel berasa bahawa Sultan Muhammad merupakan budak mentah yang senang dikalahkan. Namun, apabila utusan Maharaja menghantar mainan supaya dapat menarik perhatian sultan Muhammad ke Turki, dengan tegasnya, SUltan Muhammad menolaknya.

Apabila SUltan Muhammad memikirkan hadis nabi yang mengatakan ketua yg baik, tentera yg baik dan rakyat yang baik, dia memikirkan cara utk menjadikan dirinya, tenteranya dan rakyatnya baik. Jadi, baginda lantas mengumumkan secara besar-besaran pantang larang agama antaranya tentera tidak boleh mengacau anak gadis, peniaga haruslah jujur, rakyat mestilah beryimbang rasa.

Setelah beberapa hari, baginda ingin melihat perkembangan tentera dan rakyatnya. 
TENTERA...
Pada waktu siang para tentera menjalani latihan untuk meningkatkan kekuatan sbg persediaan menyerang Konstantinopel. Pada waktu malam, meraka beribadah kepada Allah. Dan tatkala mereka bertakbir lungan tersebut boleh kedengaran sehiingga ke kota konstantinpel menyebabkan Maharaja Konstantine gementar mendengarnya.

RAKYAT...
SUltan Muhammad menyamar menjadi rakyat biasa. Apabila dia mengetuk pintu rumah salah seorang rakyat baginda, Sultan Muhamad berkata di mana masjid utk sya menginap. Lalu, saudara tadi lantas mengajak SUltan Muhammad masuk kerana mengetahui bahawa Sultan Muhammad adalah musafir. Dan banyak lagi peristiwa yg berlaku.

Setelah itu, baginda berkeyakinan bahawa rakyat serta tenteranya sudah baik. Lalu, baginda bertanya kepada Syeikh Samsuddin Al-Wali yang sentiasa didampingi oleh baginda mengenai dirinya. Tidak ada kata yang keluar dari mulut Syeikh yg mengatakan tentang keburukan Sultan Muhammad.

BERSAMBUNG/....

akan datang - meriam urban..

Seronok sangat dapat ceritakan tentang cerita ni...Kalau nak faham lagi, beli sahaja buku tu. Best..Serious...

Assalamualaikum



Thanks For Reading شكران.

Ya Allah, Bilakah Pula Masanya Aku Menjadi TetamuMu ?

Assalamualaikum.


Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun berada dalam bulan November dan akan merayakan satu lagi perayaan yang besar dalam Islam iaitu Hari Raya Aidiladha. 

Apapbila kita dengar laungan 'Labbaikallah Humma Labbaik', hanya satu perasaan saja yang akan terdetik pada hati kita iaitu bilakah masanya aku menjadi tetamu Allah di Mukkatul Mukarramah. 

Semestinya hendak ke sana memerlukan wang yang banyak. Tetapi percayalah, sekiranya Allah mengizinkan kita menjadi tetamuNya, pasti dapat kita menjejakkan kaki kita di Tanah Haram itu. Kalau boleh nak stay terus dekat sana. Tak nak balik. Allah telah memberi jaminan keselamatan terhadap dua kawasan iaitu Makkah Mukarramah dan Madinah Munawwarah. Indahnya sekiranya dapat berada di sana. Dapat menjenguk Makam Rasulullah tercinta, mengintai sejarah para sahabat Nabi terdahulu. Subhanallah.

Tetapi, bila agaknya tiba giliran kita. Hari Sabtu ni ialah 9 Zulhijjah. Apa hukum berpuasa pada hari tersebut. Haram ? Harus ? Wajib ? Bukanlah Sunat kita berpuasa pada hari tersebut yang dinamakan Hari Arafah. * belajar dari matapelajaran Agama Islam form 2.

Itu sahaja. Berdoalah semoga suatu hari nanti giliran kita pula bertawaf, melihat masjidil haram dan kaabah. Insyaallah.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Hadiah untuk Pemenang No. 26 ( Doodle )

Assalamualaikum.

Lagi hadiah untuk GA yang lepas. Dalam sibuk, pun Aishah tak lupa hadiah. Jangan risau.. Yang mana yang belum siap lagi tu, tunggu saja akan ada punya lah. Ok, yang ni unruk Cik Firah.

Aishah buat doodle untuk dia, tapi tak sempat nak letak blusher dekat pipi dia. Lipstik pun tak terang. Malas nak choose warna . Ambil saja warna yang diberikan. 

Ok, ni dia hadiahnya.


Kecik molek saja dollie ni. Apapun, ni hanya untuk Cik Firah. Sebenarnya, dollie ni pun bukannya hasil contact. Just buat saja. SO, kalau tak puas tu, Aishah tak akan tanggung sebab Cik Firah tak contact untuk mendapatkan ciri-ciri dollie yg dikehendaki.

Itu sahaja. Salam ceria semua. Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Menyertai Pertandingan Pidato

Assalamualaikum dan sambutlah salam 1 Malaysia daripada saya, anak Malaysia.

Ewah, sejak menyertai Pertandingan Pidato untuk Karnival Bintang Kecil ini, Aishah semakin pintar menggunakan ayat-ayat yang power dalam ayat. Percaya tak yang Aishah masuk Pertandingan Pidato. Mesti tak caya kan?

Sebenarnya macam gini. Semasa sekolah rendah, kawan Aishah , Nasuha menyertai Pertandingan Pidato sampai peringkat kebangsaan. Menang pula tu, nombor 3. Bila dengar suara dia timbul perasaan nak jadi macam dia. Jadi, apabila masuk Tingkatan 1, perasaan berani tu, tak ada lagi. Cuma berani untuk bersajak saja. Bila masuk Tingkatan 2, galakan daripada kawan-kawan serta keinginan diri telah membawa Aishah untuk menyertai pertandingan pidato. Aishah tak boleh nak nafikan bahawa Aishah ada harapan untuk kalah sebab bekas juara Pidato bintang kecil tahun lepas masih lagi menyertai pertandingan pidato utk tahun ini, Noreffa. Fuuh, suara dia  memang sedap maaa.

Apapaun AIshah akan buat yang terbaik. Sebenarnya, tadi ada pemilihan 3 terbaik. Tapi, sebab cikgu ada meeting terus tak jadi. Lega sangat. Hahaha. However, gentar itu masih ada.

Oh ya, result Aishah dah dapat semua dah. Alhamdulillah, kali ini dapat mantain kan result iaitu 7A 1B.
Yang paling tak sangka English Aishah A. Alhamdulillah. Pendidikan Islam turun sikit. Dulu 96, kali ini 91. Tak apalah, tak ada rezeki. Sejarah pula turun sampai  B iaitu 75. Kalaulah, kementerian tak suruh sekolah naikkan markah A kepada 80, mesti Aishah dapat staright As' kan. Mmmm, tahun depanlah.

Insyaallah. Doakan semoga pert. pidato berjalan dengan lancar. Kalau boleh nak menang, tapi no. 3 jadilah. Kalau no. 1 , nanti kena buat persembahan bintang kecil. Ketar, atas  stage.

Itu sahaja . Assalamualaikum 


Thanks For Reading شكران.