Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah

" Perhatian, sesiapa dalam kelas ni nak sertai pertandingan badminton," kata Lo Chu Kang.
Setelah berkumandangan pengumuman tersebut ramai yang keluar untuk memasukkan nama dalam senarai nama peserta.

" Aishah, Izyan, nak masuk kah tak ?" kata Aizat sambil tersengeh.
" Mmmm. Tak payahlah. Kami ni dah lama tak main badminton," kata Aishah.
" Betul tu, kami pun dah lama tak main," kata Izyan.
" Sijil tu. Tahun ni, kita mana ada sijil lagi," kata Afifah.

" Cepat lah. Chu Kang dah nak pergi dah. Cepat lah," kata Aizat tergesa-gesa.
" aaaaaa. Masuk ja lah," kata Aishah dan Izyan namun hati masih berbelah bagi.

Apabila Aizat menulis nama Aishah dan Izyan serta namanya dan Afifah....
" Hampa nak masuk double ka single," kata Aizat dari jauh.

" Double," kata Aishah dan Izyan dengan membuat isyarat mulut.
Mestilah double. Takkanlah single. Nanti terserlah kelemahan main badminton.

Setelah menulis nama, bermulalah saat gementar untuk menghadapi hari Jumaat iaitu hari perlawanan.

Pejam celik pejam celik....Dah pukul 8.00 pagi hari Jumaat dah pun...

" Mama, nanti ambil kak cah tau,,pukul 11 pagi satgi. Assalamualaikum," kata Aishah.
" Waalaikumsalam." Kata Puan Anita.

" Bye Nazrin. Muah. Bye Bye," kata Aishah kepada adik lelakinya yang sangat comel.

+++++++++++++++++++++++++

" Aizat, Izyan, Afifah...Takutnya. Ramai sangatlah cina yang masuk. Depa semua tu udahlah keturunan Chong Wei," kata Aishah.
" Betul tu," kata Aizat.

Sementara menunggu giliran kami lawan, apa lagi..berlatih lah. Dekat sejam tunggu baru cikgu panggil.

Aishah double dengan Izyan..
Aizat double dengan Afifah.

Aishah dan Izyan lawan dengan budak perempuan form 1 waktu perlawanan pertama.
Nak kata mudah tu boelhlah...Aishah dan Izyan menang 30-12.

Lepastu, lawan dengan budak India form 2. Depa ni sekelas dengan Aishah. Waktu berlatih, punyalah payah main dengan depa...Tapi, alhamdulillah, Aishah dan Izyan dapat main dengan baik.

Kami menang buat kali kedua iaitu 30-22.

Kali yang ketiga ni fuuuhhhh, lawan dengan pewaris Chong Wei. Waduuhhh...Sebelum lawan kan ada test...Waktu test tu Aishah tau dah depa ni suka main smash...So, Aishah set nak smash saja.. Kalau lawan dengan orang lain Aishah tak berani nak baling kuat-kuat.

Tapi, memang ketar lutut lah lawan dengan depa...
Akhirnya kami pun kalah di tangan budak cina tu....
24-30.

Jadilah,
Tujuan masuk tu pun nak dapat sijil bukan pingat..Kalau dah dapat pingat tu kira rezeki lah.

Aizat dan Afifah pula kalah waktu permainan kedua. Depa kalah tangan budak Indian....Tak apalah..Asalkan  kami dah buat yang terbaik..

Itu sahaja
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: