Jom Tunjuk Perasaan ( Sesaja )

Assalamualaikum...

Hampir seminggu tak update dekat blog. Tak ada idea masalhnya. Hari ini, teringin pulak nak luah sikit tentang perkara yg dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

Kalau di sekolah Aishah, markah 75 dan ke atas dikira A sebelum ini. Tetapi, sekarang, kerajaan dah tukar pula. 80 dan ke atas baru A. Mak ai...payah nya nak skor.

Rasa macam nak buat banner lepas tu tunjuk perasaan depan Pejabat Pelajaran. Hahahahaha. Buat terkejut pula tu. Kalau tak hampir 5 orang dalam kelas Aishah dapat straight As'. Tetapi, sebab usul kerajaan tu, hanya seoarang saja yang dapat 8A. Sapa lagi kalau bukan Chinese Boy. Malays nya ke mana, tak tau  .

Hampir ramai oranng tak setuju, tapi nak buat macam mana. Kita ikut saja arahan mereka. Tak apa. Baru-baru ni pun Aishah dapat 7A 1B. FFFFuuuuhhhh, lega sangat. Alhamdulillah. Waktu cikgu kata 80 baru A. Aishah semak balik markah keseluruhan yang dapat, kot la ada yang 70 lebih. Tapi, semuanya 80 ke atas. Lega sangat.

Dalam kelas no.5. Dalam tingkatan 32. Boleh dikatakan pencapaian kali ini meningkat dan terbaik. Insyaallah, akhr tahun boleh dapat 8A . Doakan lah ya. Kejayaan tu akan datang sekiranya kita berusaha dan bertawakal + doa. Sesungguhnya, Allah itu memandang kepada usaha hambaNya.

Itu sahaja. 
Entri kali ini, bukanlah ingin mengajak anda membuat rsuhan. Langsung tidak. Hanya sekadar gurauan.

Assalamualaikum.


Thanks For Reading شكران.

1 400 is kind-heart:

Eza Boom Boom :) said...

wah tahniah, keep it up ye dik :)