Aku Sangat Berharap

Assalamualaikum...

Setelah lama blog ini sunyi, kini Aishah nak hebohkan balik blog ni. Aishah nak cerita dekat pembaca sekalian impian Aishah. Impian ni banyak kategori kan. Yang Aishah nak cerita ni kategori barang.

Nak tahu tak, yang Aishah tak ada HANDSET.
Aishah tak berharap sangat nak handset ni. Sebab bagi Aishah ianya melalaikan. Memang la handset ni serbaguna tapi, di mata Aishah keistimewaan tu langsung tak nampak. Tapi, Aishah tahu suatu hari nanti handset tu sangat berguna untuk Aishah.

Aishah pun tak ada camera.
Sekarang ni, kalau nak pergi mana mesti bawa camera kan. Ala paling ceroi pun camera handset. Aishah suka sangat camera. Hehehe. Tapi, nak buat macam mana kan belum ada rezeki lagi. Ayah Aishah ada kata nak beli camera. Tapi, lama-lama macam Ayah Aishah dah lupa. Aishah pun tak nak lah peringatkan ayah Aishah. Takut nanti ayah duk fikir pula tentang duit. Biarlah, nanti bila ayah nak beli, baru Aishah terima.

Aishah tak ada kasut sport.
Kasut sport ni penting tak. Penting lah kot. Dulu, makya Aishah ada lah bagi dia punya kasut sport yang dulu. Maklumlah kasut lama, baru berapa minggu pakai dah jadi mulut buaya kasut tu. Yang ni pun Aishah tak nak minta dekat ayah. Memang lah Aishah tak puas hati kadang-kadang tu sebab adik Aishah ada semua tu, tapi Aishah tak ada. Tapi, mungkin suatu hari nanti ayah akan belikan juga. 


Benda tu semua ialah benda yang Aishah sangat idamkan. Bilalah agaknya Aishah dapat kan. Nak sangat. Orang kata ' orang yang bersabar tu ganjaran dia lebih. Manalah tahu, handset tu nanti Aishah dapat IPhone terus. Camera pula terus dapat yang DSLR tu.betul ka dslr. Yang kasut sport pula dapat kasut Lee Chong Wei. Hehehe


Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: