Giveaway : Simple Giveaway HOB

Assalamualaikum...

-TUTUP-


STICKY 
GA MASIH DIBUKA SEHINGGA 20/10. Results akan dibuat secepat mungkin

Hari ini Aishah nak buat GA lah. Tapi GA mini saja lah. Aishah malas nak buat besar-besar. Lagi pun exam baru abis. Rasa lega sangat.
GA ni ialah pengganti bagi contest yang tertunda lepas.


Senang ja syarat-syarat nya.

1. Follow blog Aishah.
2. Buat entri tentang contest ni. Letakkan banner blog Aishah di atas dalam entri.
3. Tag kalau nak tag.
4. Letakkan url entri pada bahagian komen.


Ksemua yang join akan diletakkan url blognya pada bloglist blog Aishah.
Jadi, GA ni pun bertujuan nak renew balik Aishah punya bloglist

Kalau ada yang sudi sponsor. Dipersilakan.

Senarai Sponsor

Afifah Alias -  Top up RM10 x 3 dan RM5 x 4 pemenang ( Follow )
Ninie  - 

 1 biji Red Niemonster (Felt craft doll saiz 12cm X 12 cm) 





1 biji Gendix Doodle Doll  (10cm X 10cm) 



 1 special doodle utk pemenang 



3) Saguhati: 5 doodles from Niedoodle series ada nama setiap pemenang. (refer to http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/free-niedoodle-series.html)

Kalau nak menang Hadiah Ninie....Pastikan Follow Ninie...( Arahan Tuan Blog)


HADIAH-HADAH UNTUK GA


Due date :
24/08/2011 - 30/09/2011
Mungkin Ditunda kepada 20/10/2011 Kerana Peperiksaan AKhir tahun akan datang x lama lagi.
SELAGI BELUM TERPAPAR 'TUTUP' PADA ENTRI INI, MAKA GA MASIH BELUM DITUTUP

Hadiah :
5 X doodles  buat 5 pemenang bertuah
2X Cursor buat 2 pemenang bertuah
2X Simple header buat 2 pemenang bertuah

Hadiah tambahan akan dibuat sekiranya contestang lebih 50 iaitu...


1 Watermark buat satu pemenang bertuah
4 Tulisan Clipping Mask buat 4 pememang bertuah
Tulisan clipping mask ni ialah tulisan yang ada corak dalamnya. Jadi, pemenang hadiah ini boleh request apa saja perkataan yang anda nak. Ikut saiz yang anda insginkan. Corak tulisan juga ikut kehendak anda

KLIK SIINI UTK CHECK LIST PESERTA

Itu sahja. Harap join lah ya.
Insyaallah, pemilihan dibuat melalui Random.org
Adil.

Itu sahaja.
Assalamualaikum





Thanks For Reading شكران.

Scan Doodles


Sihat ke semua....
Hari ini mungkin hari last Aishah berblogging. Lepas ni dah nak ada FINAL EXAM...Hrrrrr. selam meh.

Ok, Aishah sebenarnya nak share doodles yang Aishah buat tapi pakai scanners. Senang tapi comot.
Kan sekarang ni banyak yang buat doodles pakai scan ja. Hahaha. Aishah pun try. Tapi, hampeh.
Tak jadi apapun. Jadi tu jadilah tapi tak comot. Aishah lebih rela guna PAINT daripada scan.

NI dia si comot AIshah...

Nama diberi Man Senget * sebab kepala dia senget



Nama diberi Noleha



Comot sangat...Prrrr...

Kalau ada yg suka nanti AIshah post kan doodles atas ni tanpa watermark....Insyaallah.

Assalamualaikum







Thanks For Reading شكران.

First Giveaway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia

Assalamualaikum...

Joining this Giveaway by Tengku Nizam

klik untuk ke laman beliau


DAlam banyak-banyak hadiah...

Aishah nak sangat 
* Domain selama setahun. Bukan senang nak dapat domain tu. Udahlah mahal. 
* Doodles yang comel Cik Asfz
* Keychain handmade daripada  Nyamuk Terbang
* Seutas jam tangan daripada  Aesya Zealous


Best nya hadiah......Inysaallah, kalau ada rezeki, boleh dapat hadiah. Sebenarnya, AIshah tak kisah langsung hadiah apa yg dapat itupun kalau menang. 

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

SEGMEN JOM KENAL BLOGGER MALAYSIA


Assalamualaikum...

3 minggu lagi nak exam...JAdi, join banyak-banyak segmen...Supaya nanti waktu exams x teringat tentang blog

Heheheh

Tak adalah..Kalau ada yg nak join Klik saja banner tu..

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Doodles Khas Untuk Followers

Assalamualaikum


Good Morning...Entri ini dibuat khas untuk hari esok...Takut tak sempat.

Aishah ada siapkan doodles daripada Photoshop. Tapi, muka saja yg sempat.
INGAT : Doodles ini mempunyai saiz yang besar jadi, kalau nak guna untuk header , jgn risau doodles ni tak akan  pecah.

Saiz: 800 X 1200 Pixels.










Itu sahaja..

Kalau ada yg sudi ambil, silakan. Tiada halangan .
Haap entri kali ini dapat menyenangkan hati anda yg membaca.

Assalamualaikum




Thanks For Reading شكران.

1st GA dari Cik Kiah Ronggeng

aSSALAMUALAIKUM

Aishah telah ditag oleh Cik Fahuna...

JAdi, sekarang giliran AIshah untuk mengetag orang....

@- Tyra

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

1st GA Ccicutedesign

Assalamualaikum...

Jom kita join GA ni. Cute sangat GA ni. Maklumlah Dolly GA.



Aishah nak tag
HUDA
Yana
Fiqah

Slogan yang perlu dilengkapkan...

Saya suka dolly kerana keindahan wajah dolly itu sendiri boleh menenagkan. Orang kata lukisan seseorang itu menggambarkan perasaan insan tersebut.


Itu sahaja..

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Cara Mudah Lukis Doodles Guna Paint

Assalamualaikum...

Hari ini, Aishah nak ajrkan cara nak lukis doodles guna paint. Kalau dulu, Aishah lukis doodles guna paint. Sekarang ni, Aishahh dah tahu nak guna PS jadi, Aishah pakai Photoshop jer lah...

OK, Aishah tunjuk step yer..Ingat nak wat video..Tapi, tak jadi..Hehehe

Step 1
Mula mula buat bulat unutk lukis muka.. Mata pensel tu kalau boleh jangan besar sangat sebab nanti nampak ketidak rataan doodles tu.

Step 2
Lepas tu, padam bahagian atas muka dia sebab kita nak buat bentuk tudung yang tajam.

Step 3.
Buat curve dekat bahagian atas muka..Buat lah tajam mana yang anda suka.

Step 4
Kemudian, buat satu bulatan untuk membentuk tudung. Tu tudung yang paling simple. Kalau nak tudung shawl...Padam sebahagian tudung dan buat satu lenkungan untuk membentuk lilitan tudung.

Step 5
Luksi mata pula. Buat bulat besar kemudian buat bulat kecil dekat dalam mata tu. Baru nampak cute.

Step 6.
Next, lukis blusher dan mulut. Blusher tu buat bulat ja. Mulut...Buat satu garisan lepas tu lengkungan . Kalau boleh jangan lah besar sangat..Lagi kecil lagi cute.

Step 7. 
Gunakan kaedah lengkungan dan garisan untuk membentuk baju seluar dan tangan dan kasut.


Step 8.
Akhir sekali, warna...Nak warna tu ikut suka lah ....Warna kulit pun ikut suka.

TIPS....Menurut pngalaman aishah, bentk pinggang yg kecil sangat tak cantik...Biar besar...Percaya lah...Doodles tu akan nampak normal.

BAwah ni ada beberapa doodles yg Aishah lukis guna paint. JAdi, jangan ingat paint tak boleh guna utk buat doodles,










Itu sahja...Harap dapat membantu anda

Assalamualaikum













Thanks For Reading شكران.

Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah

" Perhatian, sesiapa dalam kelas ni nak sertai pertandingan badminton," kata Lo Chu Kang.
Setelah berkumandangan pengumuman tersebut ramai yang keluar untuk memasukkan nama dalam senarai nama peserta.

" Aishah, Izyan, nak masuk kah tak ?" kata Aizat sambil tersengeh.
" Mmmm. Tak payahlah. Kami ni dah lama tak main badminton," kata Aishah.
" Betul tu, kami pun dah lama tak main," kata Izyan.
" Sijil tu. Tahun ni, kita mana ada sijil lagi," kata Afifah.

" Cepat lah. Chu Kang dah nak pergi dah. Cepat lah," kata Aizat tergesa-gesa.
" aaaaaa. Masuk ja lah," kata Aishah dan Izyan namun hati masih berbelah bagi.

Apabila Aizat menulis nama Aishah dan Izyan serta namanya dan Afifah....
" Hampa nak masuk double ka single," kata Aizat dari jauh.

" Double," kata Aishah dan Izyan dengan membuat isyarat mulut.
Mestilah double. Takkanlah single. Nanti terserlah kelemahan main badminton.

Setelah menulis nama, bermulalah saat gementar untuk menghadapi hari Jumaat iaitu hari perlawanan.

Pejam celik pejam celik....Dah pukul 8.00 pagi hari Jumaat dah pun...

" Mama, nanti ambil kak cah tau,,pukul 11 pagi satgi. Assalamualaikum," kata Aishah.
" Waalaikumsalam." Kata Puan Anita.

" Bye Nazrin. Muah. Bye Bye," kata Aishah kepada adik lelakinya yang sangat comel.

+++++++++++++++++++++++++

" Aizat, Izyan, Afifah...Takutnya. Ramai sangatlah cina yang masuk. Depa semua tu udahlah keturunan Chong Wei," kata Aishah.
" Betul tu," kata Aizat.

Sementara menunggu giliran kami lawan, apa lagi..berlatih lah. Dekat sejam tunggu baru cikgu panggil.

Aishah double dengan Izyan..
Aizat double dengan Afifah.

Aishah dan Izyan lawan dengan budak perempuan form 1 waktu perlawanan pertama.
Nak kata mudah tu boelhlah...Aishah dan Izyan menang 30-12.

Lepastu, lawan dengan budak India form 2. Depa ni sekelas dengan Aishah. Waktu berlatih, punyalah payah main dengan depa...Tapi, alhamdulillah, Aishah dan Izyan dapat main dengan baik.

Kami menang buat kali kedua iaitu 30-22.

Kali yang ketiga ni fuuuhhhh, lawan dengan pewaris Chong Wei. Waduuhhh...Sebelum lawan kan ada test...Waktu test tu Aishah tau dah depa ni suka main smash...So, Aishah set nak smash saja.. Kalau lawan dengan orang lain Aishah tak berani nak baling kuat-kuat.

Tapi, memang ketar lutut lah lawan dengan depa...
Akhirnya kami pun kalah di tangan budak cina tu....
24-30.

Jadilah,
Tujuan masuk tu pun nak dapat sijil bukan pingat..Kalau dah dapat pingat tu kira rezeki lah.

Aizat dan Afifah pula kalah waktu permainan kedua. Depa kalah tangan budak Indian....Tak apalah..Asalkan  kami dah buat yang terbaik..

Itu sahaja
Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Contest : Pencarian Bloglist Blog Fahuna

Assalamualaikum....

Dera bloogggeeerss..

Hari ini, teringin pulak nak jadi bloglist blog orang. Jalan punya jalan. Nampak dekat blog Fahuna (Huda) ada pencarian bloglist. Terus join.


Cantik sangat banner ni. Nak dibandingkan dengan banner blog Aisahah...Macam ngan apa lagi. 

Kalau nak join, klik banner tu. Jom join ramai-ramai. Bukan senang ooo nak jadi bloglist orang ni.
Boleh tambah followers kita.

Tag :

Itu sahaja..

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

Jom Tunjuk Perasaan ( Sesaja )

Assalamualaikum...

Hampir seminggu tak update dekat blog. Tak ada idea masalhnya. Hari ini, teringin pulak nak luah sikit tentang perkara yg dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

Kalau di sekolah Aishah, markah 75 dan ke atas dikira A sebelum ini. Tetapi, sekarang, kerajaan dah tukar pula. 80 dan ke atas baru A. Mak ai...payah nya nak skor.

Rasa macam nak buat banner lepas tu tunjuk perasaan depan Pejabat Pelajaran. Hahahahaha. Buat terkejut pula tu. Kalau tak hampir 5 orang dalam kelas Aishah dapat straight As'. Tetapi, sebab usul kerajaan tu, hanya seoarang saja yang dapat 8A. Sapa lagi kalau bukan Chinese Boy. Malays nya ke mana, tak tau  .

Hampir ramai oranng tak setuju, tapi nak buat macam mana. Kita ikut saja arahan mereka. Tak apa. Baru-baru ni pun Aishah dapat 7A 1B. FFFFuuuuhhhh, lega sangat. Alhamdulillah. Waktu cikgu kata 80 baru A. Aishah semak balik markah keseluruhan yang dapat, kot la ada yang 70 lebih. Tapi, semuanya 80 ke atas. Lega sangat.

Dalam kelas no.5. Dalam tingkatan 32. Boleh dikatakan pencapaian kali ini meningkat dan terbaik. Insyaallah, akhr tahun boleh dapat 8A . Doakan lah ya. Kejayaan tu akan datang sekiranya kita berusaha dan bertawakal + doa. Sesungguhnya, Allah itu memandang kepada usaha hambaNya.

Itu sahaja. 
Entri kali ini, bukanlah ingin mengajak anda membuat rsuhan. Langsung tidak. Hanya sekadar gurauan.

Assalamualaikum.


Thanks For Reading شكران.

Hadiah-Hadiah untuk GA : Simple Giveaway HOB

Assalamualaikum...

Jom kita tengok hadiah untuk GA Aishah yang baru saja Aishah buat tu..

Hadiah daripada Aishah sendiri...
 2X Cursor buat 2 pemenang bertuah
                                                  2X Simple header buat 2 pemenang bertuah
5 X doodles  buat 5 pemenang bertuah
1 Watermark buat satu pemenang bertuah
4 Tulisan Clipping Mask buat 4 pememang bertuah

Hadiah Yang Ditaja

Daripada -  Afifah Alias ( FOLLOW )

 Top up RM10 x 3  RM5 x 4 pemenang 

Daripada - Ninie  ( FOLLOW)

 1 biji Red Niemonster (Felt craft doll saiz 12cm X 12 cm) 





1 biji Gendix Doodle Doll  (10cm X 10cm) 




 1 special doodle utk pemenang 








 Saguhati: 5 doodles from Niedoodle series ada nama setiap pemenang. 

Kesemuanya 28 Hadiah
Alhamdulillah...Semoga, GA ini berlangsung dengan lancar...

Assalamualaikum





Thanks For Reading شكران.

Jom Join Doodles Trade dengan Aishah

Assalamualaikum...

Hari ini, Aishah nak umumkan (cewah)...yang Aishah sedia membuka khidmat doodles kepada yang nak join doodles trade dengan Aishah.

Doodles trade ni macam, awak buat doodles untuk Aishah then, Aishah akan buat satu untuk awak.

Tapi, ada tempohnya lah. Bila-bila Aishah sibuk nanti, Aishah inform. Kalau yang tertarik. Buat doodles untuk Aishah, pastikan tiada watermark anda pada doodles itu kerana ianya akan 100% milik Aishah dan doodles yang Aishah buat untuk anda akan jadi 100% milik anda.

Jom lah join...Insyaallah, Aishah akan buat sebaik mungkin...

Ni adalah sikit koleksi doodles yang Aishah suka ( hasil tangan sendiri)


Guna Photoshop

Guna Paint + Photoshop

Photoshop

Photoshop

Paint

Paint

Paint

Paint

Paint


Ada yang berminat boleh contact Aishah di FB

Gambar doodles letaklah dekat entri anda....


Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.