Hohoho...Balik Kampung

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar sekarang ni kita sudah berada di 10 malam terakhir Ramadhan. Sedih kan bila tetamu kita nak tinggalkan kita. Semasa Penyelia pertang berucap, beliau ada berkata...

Bayangkanlah, Ramadhan iaitu tetamu kita datang pada 1 Ramadhan tanpa meminta apa-apapun daripada kita. Malah, dia datang membawa tawaran kepada kita. Sekiranya kita menerima tawaran tersebut, ganjarannya adalah berlipat kali ganda. Tetapi, tidak lama lagi tetamu ini akan meninggalkan kita. Amat rugilah sekiranya kita tidak mendapat apa-apa daripadanya
Aishah rasa macam nak nangis tau waktu tu.

Tak apalah. Lagi beberapa hari dah pun nak raya. Keadaan jalan raya sangat sesak kan. Polis pun dah ada di merata-rata sampai boring nak tengok baju hitam depa kan.
Hehehe, gurau saja,



Aishah pun akan balik raya, tapi hari Isnin ni. Lambat lagi. Kerja sekolah pun banyak yang belum siap. Hati berdebar-debar nak tunggu result lepas buka sekolah.



Kepada yang nak ambil UPSR, jangan enjoy sangat tau. Lepas raya, korang terus exam. Hehehe. Makan ketupat ngan lemang dulu , biar puas. Nanti waktu exam, dok teringat orang rumah tengah makan lemang dengan rendang, MMMMMmmmm. 




Itu sahaja ...Assalamualaikum




Thanks For Reading شكران.

2 400 is kind-heart:

alia zainol said...

sama la..saya pun balik kg isnin ni huhu :(

Nor Aishah said...

:D...Selamat Hari Raya Aidilfitri