Dah Bayar Zakat Fitrah Belum ?

Assalamualaikum...


Topik ni sangat sesuai dengan bulan Ramadhan. Betul tak.
Kebetulan, hari Rabu kelmarin Aishah belajar tentang zakat fitrah. Pening kepala dibuatnya.

Berapa agaknya bayaran zakat pada tahun lepas ?
Kalau tak silap Aishah RM7.00 kan.

Jom kita jawab persoalan di bawah...

Sekiranya bayi dilahirkan pada pukul 6.00 petang, 29 Ramadhan. Waktu berbuka puasa ialah jam 7.20 petang.
Adakah diwajibkan ke atas bayi tersebut untuk membayar zakat?
WAJIB. 
Kenapa wajib pulak ?
Sebab bayi tersebut hidup atau bernyawa pada waktu berbuka puasa.
Kalau bayi tu mati balik waktu pukul 7.40 petang ?
Bayi tu still kena bayar zakat. Senang cerita, kita pegang kepada konsep bayi tu hidup waktu buka puasa. Kalau waktu buka puasa dia hidup, secara automatik, bayi tersebut diwajibkan membayar zakat. 
Waktu Aishah belajara topik ni memang rasa macam nak pecah kepala. Tetapi berkat ajaran ustazah dan kawan yang tak jemu suruh Aishah bayangkan , Alhamdulillah akhirnya masuk pun dalam kepala otak.

Semoga info yang  Aishah kongsi kali ini boleh dijadikan ilmu yang bermanfaat.
Sekiranya ada kesilapan sila perbetulkan.

Sesungguhnya, segala yang baik itu datang daripada Allah,
Manakala yang kuran itu daripada kelemahan Aishah sendiri.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: