Wahai Printers Kenapa Engkau....

Assalamualikum...

Aishah dah lama sangat tak update blog. Sebenarnya, Aishah dah tetapkan sendiri jadual waktu sebab Aishah perasan yang Aishah terlalu banyak masa di hadapan komputer jadi, Aishah tetapkan waktu buka komputer hanyalah selepas semua kerja sekolah siap. So, berbalik kepada tajuk Aishah hari ini...
Aishah kena siapkan folio sejarah dan kena hantar khamis ni juga. Siapa yang dengar folio mesti tension. Dan itulah yang Aishah rasakan.
 
Mula-mula dah print habis dah semua kecuali elemen 1 bhgn Internet. Keesokan harinya baru Aishah nak print yang tu. Bila Aishah nak print ja terus kram. 1st dia macam nak makan orang. Tarik kertas tu sampai redot. Lepas tu, dia macam merajuk pula sampai kertas pun dia tak mau tarik. So, sekarang ni Aishah tengah tension, Khamis nak kena hantar tapi bahagain Internet tak print lagi. Kalau nak hantar printer pi kedai pon tak sempat.
Alhamdulillah, Aishah diberikan rakan yang baik. Aishah terus menelefon kawan Aishah iaitu Aizat untuk minta tolong print kan bahagian Internet. Aizat sudi tolong AIshah. AIshah bersyukur sangat ada kawan yang sebaik AIzat. Kalau dulu dia suruh Aishah print info, tapi hari ini Aishah pula yang minta dia print Internet.
Itulah dia gunanya teman. Jadi, berbaiklah dengan orang mana tahu, suatu hari nanti kita pula yang susah, pasti orang itu sudi membantu kita.
Janganlah marah sebab Aishah luahkan tension Aishah di sini. AIshah cuma nak berkongsi perasaan. Insyaallah, ada pengajaran di sebalik semua ini.


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: