Semangat Ramadhan Mubarrak

Assalamualaikum....

Teruja nya nak menyambut Ramadhan ni kan. Pernah dengar tak, ada segelintir nabi-nabi terdahulu berpuasa selang-seli. Maksudnya, hari ini puasa lepas tu esok tak puasa, lusa puasa balik hari-hari.

Tetapi, kepada kita ni ada keistimewaan di mana kita hanya berpuasa setahun sekali. Iaitu bulan Ramadhan sahaja. Nabi Muhammad pernah berkata(bersabda)...
Bulan Rejab bulan Tuhanku
Bulan Syaaban ialah bulan Untukku
Manakala, bulan Ramadhan ialah bulan umatku
Aisyah r.a pernah berkata/....." Bulan yang paling disukai oleh Nabi Muhammad ialah bulan Syaaban,"
Buatlah amal yang banyak pada bulan Ramadhan ini dengan IKHLAS. 
Konsep ikhlas boleh dilihat apabila seseorang itu melakukan sesuatu tanpa niat supaya orang lain tahu amal baiknya itu. 
Kalau boleh cuba kita khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni juga. Aishah pun tengah try nak khatam Al-Quran. Aishah baru saja 2 kali khatam. Teruknya, hidup dah 14 tahun, khatam baru 2 kali.
Kalau boleh masuk tahun depan Aishah dah khatam 4 kali insyaallah.


Kalua Aishah ingat, mama Aishah pernah cakap yang kalau dulu siapa yang tidak puasa kena tangkap lepas tu letak dalam van jenazah atau kereta mayat. Hahahaaha, driver tu pun bawa lah ronda satu Kedah.
Tapi sekarang ni undang-undang lagi ketat. 

Siapa setuju, kita buat balik  cara lama tapi letak mayat dalam kereta mayat tu. Letak mayat yang dah hangus ka. Gerenti serik.

Semoga pembaca sekalian dapat mengambil iktibar dari apa yang Aishah sampaikan hari ini. Info kali ini hanya sekadar perkongsian daripada pendengaran ceramah di sekolah kelmarin.

Assalamualaikum 


Thanks For Reading شكران.

1 400 is kind-heart:

Anum said...

terima kasih kerana berkongsi ilmu