Ramadhan Terakhir...Hasil Buah Fikiran

Assalamualaikum...
Aishah teringin sangat nak buat satu sajak
Tapi tak rasa macam sajak pun.
Ni dia hasil nukilan Aishah...


Ramadhan Terakhir
( Maaf kalau sajak ni ada kesalahan )

Hari ini, 29 Syaaban
Esok aku akan menyambut Ramadhan
Gembira yang tidak terkira
Melanda diriku .

Aku mengemas rumah seperti ingin
Menyambut kedatangan Rasulullah Saw
Ke rumah.

Akhirnya tiba pun malam Ramadhan
Aku bersiap untuk menunaikan
Solat Terawih bersama keluarga
Di masjid.

Namun, malaikat maut datang menyapa aku.
Setelah aku membaca takbir
Allah hu Akbar
untuk rakaat pertama Solat Terawih
Nyawaku dicabut oleh Malaikat Izrael.
Perit yang sangat menyiksa dapat ku rasakan.
Pada 1 Ramadhan
Jasadku dibalut dengan kain kapan.

Aku bersyukur kerana
Aku diambil oleh Allah
Dalam bulan mulia ini.

Namun, aku sedih kerana tidak dapat
Merasa lagi nikmat Ramdhan
Pada masa akan  datang

Dengarlah, hamba Allah sekalian,
Bersyukurkah kerana kalian masih
Dipertemukan dengan Ramadhan
Lakukan sebanyak yang mungkin amalan yang baik

Semoga kamu diberkahi Allah SWT,
Pencipta sekalian makhluk


Buah Fikiran....Nor Aishah Norrifin


Thanks For Reading شكران.

2 400 is kind-heart:

PeRmAtA bIrU said...

huhu... ok lah nukilan nih.. besyukurlah kerana kita masih diberi kesempatan bertemu dengan ramadhan...hurm...

marah tak nak kongsi tips sikit::: saya pon x pandai sgt buat sajak, tapi kadang2 kita boleh buat perbandingan kata dari direct ke kiasan... mesti lebih menarik..kan???.. heheh..:)
selamat berpuasa...jgn lupa bangun sahur k...

Nor Aishah said...

8alhamdulillah..
boleh buat sajak..hehehe

Ok..Selamat berpuasa juga