Persepsi Minda Manusia


Assalamualaikum...

Tajuk yang sangat menarik dan tentunya ramai yang tak suka, tetapi Aishah nak kongsi apa yang Aishah dengar waktu perhimpunan tadi. Nak dengar cerita tak..Baik lah cerita bermula...
Suatu hari, si ayah ni tengah nazak. Lalu, dia panggil kedua-dua anak lelakinya untuk menyampaikan sesuatu. Si ayah ni merupakan seorang usahawan yang sangat berjaya. Jadi, si ayah ini mewasiatkan perniagaannya kepada kedua-dua anaknya. Si ayah sempat berkata
" Kalau nak berjaya ada dua benda yang perlu kita lakukan iaitu jangan tagih atau kutip hutang dan jangan biarkan cahaya matahari memancar terus kepada kita sewaktu pergi dan balik kerja"
Akhirnya, ayahnya pun meninggal dunia. Kedua-dua beradik ini pun mendengar cakap ayahnya. Lama-kelamaan, si ibu hairan dengan pencapaian anak-anaknya. Syarikat si adik hampir muflis sedangkan syarikat  si abang sangat berjaya dan semakin kaya. Jadi, ibu ini pun bertanya kepada si adik mengapakah syarikat adik hampir muflis. Lalu si adik pun menjawab
" Adik ikut cakap ayah. Ayah kata jangan pernah kutip hutang. Jadi, syarikat adik banyak sangat hutang, tetapi adik tidak mengutip hutang daripada mereka. Kedua, ayah kata jangan kena matahari pergi dan balik kerja. Jadi, adik menaiki teksi. bayaran teksi sangat mahal"
Seterusnya, si ibu ini pun berjumpa dengan si abang lalu bertanya, mengapakah syarikat abang semakin hari semakin kaya. SI abang ni pun menjawab
" Abang ikut cakap ayah "
Si ibu sangat hairan. Si adik juga memberi jawapn yang sama tetapi hasilnya berlainan..Si abang meneruskan kata-katanya
" Ayah kata jangan kutip hutang. Jadi, abang tidak akan membenarkan sesiapa sahaja berhutang dengan syarikat. Kedua, jangan bagi kena matahari pergi dan balik kerja. Jadi, abang keluar ke tempat kerja berjalan kaki awal-awal pagi lagi dan pulang tatkala matahari terbenam"
Ahirnya si ibu memahami segalanya.

Pengajarannya di sini ialah, persepsi minda manusia sangat berbeza. Hanya yang berpresepsi positif akan mendapat hasil yang baik.

Aishah harap info kali ini memberi pengajaran buat semua. Insyaallah..

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

4 400 is kind-heart:

pengemis cinta~ said...

Assalamualaikum w.bt...perkongsian yang bagus..insyaAllah bermanfaat..may Allah bless us..ameen..

p/s: moh join contest dibelog PC ^_^

Nor Aishah said...

Pc, Aishah akan join contest tu ok...Shukron sebab sudi baca entri Aishah yang borink ni..

Nur Syazana Mohammed Sani said...

yeah ,. betol 2 ,. laen orang ,. laen citerase ,. laen pandangan ,.

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana =)

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/support-me-pliz.html