Perempuan boleh Salam dengan Ayah Saudara Dia Tak ?

Assalamualaikum...

Topik ini sering bermain di fikiran Aishah. Kadang-kadang Aishah dipaksa untuk salam tapi kadang-kadang Aishah rasa was-was nak salam. Jadi, Aishah mengambil langkah berjaga-jaga iaitu berjumpa dan bertanya kepada ustazah Aishah. Aishah nak kongsi kepada seluruh muslimah di luar sana. So, kalau dah tahu tu, tahu la kan nak buat apa.

Keadaan yang membolehkan kita salam dengan ayah saudara kita .
Sekiranya ayah saudara kita mempunyai pertalian darah dengan ibu atau ayah kita, kita boleh la salam dengan mereka. Maknanya di sini, ayah saudara kita tu adik-beradik mak atau ayah kita.
Kedaan yang mengharamkan kita bersalam dengan ayah saudara kita .
Sekiranya ayah saudara kita itu tidak mempunyai pertalian darah dengan ibu dan ayah kita, maka kita tidak boleh bersalam atau berpegangan dengan mereka. Ini bermakna mereka itu ialah suami kepada adik-beradik mak atau ayah kita. Ingat mereka bukan muhrim kita. 

Apakah kesimpulan yang boleh kita buat di sini.
Kalau lepas ni ragu-ragu dengan orang lain pula, cuba kita berfikiran rasional.
Baiklah, sekiranya kita boleh berkahwin atau dibenarkan dalam Islam untuk berkahwin dengan seseorang itu, maknanya kita tak boleh sentuh atau pegang dia. Bukan muhrim atau ajnabi.
Tapi kalau kita tak boleh kahwin dengan dia seperti ayah dan abang kita maka, bolehlah kita pegang atau sentuhnya.

Sebelum AIshah mengakhiri info kali ini, Aishah harap sangat kalau ada yang sedar kesilapan Aishah, tolonglah tegur. Insyaallah, kita akan sama-sama berubah.

Assalamualaikum 


Thanks For Reading شكران.

8 400 is kind-heart:

c u m u h a m a said...

entry sangat bagus :)

same laa ngan suha . was was bila nk salam . kekadang terpikir perlu ke kita salam even kta dah besar . bla dh bca entry nih bru phm yg mana boleh n tak boleh .

thanks 4 sharing :)

mujahidah agama said...

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukran atas perkongsian. Tapi, ana pernah bertanya kepada ustaz tentang aurat dgn ibu/bapa saudara. Even bapa saudara itu bukan adik beradik ayah kita,kiranya ipar ayah kita, dibolehkan bersalaman. Wallahu a'lam

Nur Syazana Mohammed Sani said...

thanx for sharing ^^

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana =)

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/wordless-wednesday-4.html

pengemis Cinta~ said...

Salam alaik ya aishah..alhamdulillah..betul tu..1 agi, abang ipar adalah bukan mhrm kita, ramai org slh anggap.wallahua'lam..^_^

Nor Aishah said...

Welcome...Bagus la kalau macam tu..ilmu itu perlu disebarkan

Nor Aishah said...

oh ya ka...Aishah tanya ustazah Aishah, macam in fo yg Aishah berikan tu la jawapan ustazah Aishah

Nor Aishah said...

Yes betul tu...Terima kasih atas penambahan info tu..

Syukron