Laut Mati / Laut Merah

Assalamualaikum...
Gambar hiasan

Siapa dekat sini pernah dengar tentang laut yang unit ni, Laut Mati. Sebab apa Aishah kata unik? Sebab kalau kita duduk dekat dalam laut ni, kita boleh terapung tau, tak payah pakai pelampung. Sekarang, jom kita baca sedikit bingkisan info yang Aishah carik tentang laut Mati...

Sejarah Laut Mati bermula pada zaman Nabi Lut apabila mereka melakukan beberapa kerosakan di muka bumi. Mereka dicela akibat beberapa perlakuan yang melanggar syariat seperti homosexual, melakukan seks sesama lelaki, merompak dan membunuh. Bagaimanapun, kaum Nabi Lut ini lebih terkenal dengan sejarah homosexual. Klimaks kemurkaan Allah terhadap kaum ini bermula apabila Allah menghantar Malaikat yg menyamar sebagai seorang lelaki yang tampan. yg tinggal bersama Nabi Lut. Apabila mereka mengetahui tetang kehadiran lelaki tampan ini, mereka bergegas ke rumah Nabi Lut dan merogol lelaki ini. Malaikat telah diarah untuk menterbalikkan kawasan tempat tinggal mereka ke bawah. Bagaimanapun, pengikut Nabi Lut telah diselamatkan dari malapetaka ini.
Sejarah Laut Mati boleh juga dilihat di dalam Surah Ar-Rum di dalam Al-Quranul karim.
Semoga kita mendapat iktibar daripada malapetaka yg menimpa Kaum Nabi Lut supaya menjauhkan diri daripada melakukan kemaksiatan yg sama...
Wa na'uzubillah min Zalik
Credit to  
http://jarirjafni.blogspot.com/2008/05/bahr-al-mayt-laut-mati-sejarah-dan.html

Nampak tak, bagaimana Allah, bagi cash saja balasan kepada kaum Nabi Lut. Kita sebagai kaum atau umat Muhammad  SAW patut bersyukur kerana Allah menunda balasan terhadap kita sehingga Hari Akhirat kelak.

Walau Bagaimana pun, budaya lelaki suka sesama lelaki sudah pun wujud pada zaman ini. Hal ini menunjukkan kita sekarang berada di akhir zaman. Bukan sahaja lelaki, perempuan pun 2 x5 ja. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang sedemikian. Insyaallah.

Assalamualaikum



Thanks For Reading شكران.

2 400 is kind-heart:

Miss Xyz =) said...

yup, moga2 x trmasuk golongn cmtu.. tp ada hikmah gak drpd peristiwa ni, dpt pengajaran n tauladan spnjgn zmn and dpt rse timbul ats air.. haha, teringinla nk test.. hurmm ;)

Nor Aishah said...

@Miss Xyz =)
Betul tu...Insyaallah...Aishah pun teringin nak test baring ats laut..mesti best