Kena Denda

Assalamualaikum...

Aishah sedih yang teramat-amat sangat hari ini. Sedih tu sampai sekarang tak lega lagi.

Waktu perhimpunan tadi, kelas 2A10 sepatutnya membuat persembahan. 2A10 tu kelas Aishah la. Jadi, kelas kami masih belum melakukan sebarang persiapan. Apabila pengawas yang bertugas memanggil...
" Dijemput kelas 2A10 untuk membuat persembahan kelas,"
Aishah terus ketar. Sebenarnya, kelmarin kelas Aishah dah kena buat persembahan tapi kami minta tunda daripada guru disiplin. Jadi, bila hari ini pun tak ada persembahan guru displin hot la.

Setelah selesai perhimpunan, guru disiplin pun datang kepada kami yang tengah berjemur di tepi dewan. Cikgu kata...
" Hampa nak kutip sampah atau lompat bintang atas stage,"
Kami pun cepat-cepat jawab nak kutip sampah. Yang waktu kutip sampah ni lah yang paling Aishah kesal.
Ada ka  patut mereka boleh gelak lepas tu ada yang lari. Yang lagi Aishah tension, lari waktu perhimpunan pun ada. Tetapi sebenarnya, mereka tak lari perhimpunan kot. Bila Aishah tanya depa kata...
" Kami tunggu depan bilik mesyuarat sebab, semalam cikgu kata kena cucuk pukul 12.30 petang. Tu yang kami tak masuk perhimpunan,"
Aishah percaya mereka tunggu depan bilik mesyuarat sebab cikgu memang ada kata yang esok akan ada suntikan HPV kali ketiga.  Tapi tak logik juga. Takkan depa duduk depan bilik mesyuarat sampai pukul 1.15. Udahlah tak ada orang kat situ. Kena cucuk pun pukul 3.10 petang.

Lepas sahaja waktu mengutip sampai Aishah dengan kawan Aishah yang 3 orang tu pun balik lah kelas. Memang kami 4 orang sahaja yang kutip sampah. Masuk kelas ja, bila tengok orang yang tak masuk perhimpunan tadi ada dalam kelas rasa macam nak marah ja. Tapi kesabaran tu penting. Aishah masih boleh senyum tapi kawan Aishah iaitu Aizat memang dah tak senyum dah. Dialah orang yang paling tension tadi.

Tapi sekarang ni Aishah dah boleh terima kenyataan tapi sedih still ada bila teringat balik. Udahlah sakit hati tambah pula dengan sakit tangan kena cucuk ...Memang hari yang meyakitkan... Apapun, esok kelas 2A10 akan buat yang terbaik Insyaallah. Semoga tak kena denda lagi.

SPort's Day is coming TOMORROW. So, Get ready....

Itu sahaja...Aishah cuma nak katakan yang tiada sesiapa pun yang boleh dipersalahkan dalam hal ini. Perkara tu jadi pun sebab tidak ada kerjasama. 1st time kena denda la katakan..Malu sangat.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

1 400 is kind-heart:

Nur Syazana Mohammed Sani said...

saba lar yer ^^

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/is-that-true.html