Imam Muda Hassan, Juara Imam Muda 2011

Assalamualaikum...

Aishah tadi satu jam setengah dok mengadap depan tv tengok Imam Muda. Sepanjang cerita tu, Aishah rasa macam mana nak cakap eeek..Aishah pun tak tau..Tapi Aishah suka la dengan syarahan, debat dan hafazan ayat Al-Quran. Sangat hebat mereka melafazkan ayat suci Al Quran tanpa melihat kitab. Aishah terpegun. 

Setelah hampir tamat, keputusannya ialah Imam Muda Hassan. Beliau seorang pensyarah. Dan orang Perak . Hmmmm, Orang Perak menang weyyyh. Ate, kume tak ker rase bangge. Heheheh..Speaking Perak la sikit. Aishah suka sangat Bahasa Perak sebab sebutan dia unik.

Hadiah untuk saguhati pun mengalah juara Akademi Fantasia, apatahlagi juara Imam Muda...Masyaallah...Dapat pakej Haji tu yang paling Aishah suka..Kalau lah, AIshah dapat pakej Haji, takkan Aishah sia-siakan.

Ok, jom kita tengok wajah juara,ala takkan tak kenal lagi kot..
Ni wajah finalis

Dan ini wajah Juaranya

Beliau amat suka senyum...Katanya itu adalah sunnah Rasulullah SAW

Itu sahaja Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: