Contest : AKU & 24HRS, L.I.A_D.I.Y

Assalamualaikum...


Aishah sebenarnya nak join contest ni lama dah cuma tak ada idea and masa terluang. Alhamdulillah, ada masa sikit bolehlah buka sebentar.
Jom la join contest ni....Mudah sangat buat ja apa yang kita nak, puisi, cerpen, sajak tapi tentang masa...

Aishah nak buat cerita tentang waktu Aishah mula-mula bertudung.

Kisah bermula semasa Aishah berumur darjah dua. Dari situ, Aishah dapat melihat ramai sangat yang sudah bertudung sedangkan Aishah masih lagi mendedahkan aurat.  Masa pantas berlalu....Sekarang Aishah berada di darjah empat. Aishah masih merasakan diri Aishah seperti budak-budak. Suatu hari, Aishah merasakan seperti tudung itu sesuatu yang sangat wajib dipakai. Tangan Aishah tergerak untuk mengambil lalu dipakai ke kepala Aishah. Ternyata memang betul gerak hati Aishah bahawa Aishah ingin bertudung. Aisha telah pegang pada dada Aishah bahawa tudung itu mestilah diapakai dan ditutup dengan betul mengikut cara Islam.
Semenjak itu, Aishah sentiasa bertudung. Walaupun menyidai baju di luar. Aishah merasakan rambut ini seperti nyawa Aishah iaitu tidak boleh dilihat oleh sesiapapun kecuali yang dibenarkan dalam Islam seperti ayah, ibu dan adik Aishah. Daripada tudung bawal saiz M sehinggalah sekarang. Aishah merasa ingin menutup seluruhnya. lalu, Aishah memakai tudung labuh. Alhamdulillah, semoga cara pemakaian Aishah diberkati Allah. 
Siapa tahu suatu hari nanti Aishah akan pakai purdah seperti gambar di sebelah. Doakan lah ya. Aishah juga turut berdoa semoga artis-artis di luar sana agar apabila kita menutup aurat, tutuplah dengan hati yang ikhlas janganlah ada perasaan nak menunjuk-nunjuk..

Assalamualikum


Thanks For Reading شكران.

2 400 is kind-heart:

Zil-el-Saif @ The Encik Saif said...

Salam uhkti....

moga istiqamah dalam menutup aurat (",)

pengemis Cinta~ said...

Assalamualaikum w.b.t aisyah..alhamdulillah.semoga istiqomahamin...syukran ukhti org pertama menyertai..^_^

may Allah bless..ameen..

p/s: update ttg contest ni sila rajinkn diri berkunjg ke PC ea.syukran.salam ukhuwah fillah.;)