Betul Ke Tak Boleh Letak Gambar Di Facebook ?

Assalamualaikum....

Apa khabar, sihat semua.  Nak tahu tak hari ini waktu tengah belajar tilawah di sekolah tiba-tiba ustazah selitkan sedikit mengenai isu ini. Aishah jadi tertarik sangat nak dengar sebab Aishah sendiri letak gambar di facebook. Jadi nak tahu tak apa yang ustazah Aishah katakan.

Letak gambar bagi lelaki, boleh ke tidak ?
Kalau lelaki nak letak gambar mereka sendiri tidak mengapa malah tidak ada yang salah langsung. Tetapi sekiranya gambar itu membuka aurat iaitu dari pusat ke lutut tak boleh la.
Letak Gambar bagi Perempuan pula ?
Ha, yang ini   yang ditunggu-tunggu. Ada ulama yang mengatakan haram meletakkan gambar di mana-mana tak kira facebook ataupun mana-mana lagi laman sosial yang lain termasuklah bloggers.
Kenapa lelaki boleh, sedangkan perempuan tak boleh pulak....OOO??
Sebenarnya wanita itu ialah aurat. Maknanya di sini seluruh badan kita ini adalah aurat yang tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun. Katakanlah kalau ada yang melihat gambar kita lepastu terus naik bulu roma dia, ini bermakna kita sudah menimbulkan perasaan fitnah di hatinya.
Itu sahaja yang ingin Aishah kongsikan bersama. Mungkin info kali ini agak ringkas tetapi Aishah harap padat dengan informasi. Aishah pun bila dah dengar ja apa yang ustazah Aishah cakap, terus tuko gambo PF.


Thanks For Reading شكران.

1 400 is kind-heart:

Nur Syazana Mohammed Sani said...

rase nye xsalah kalau letak gamba ,. tapi jangan la keterlaluan ,.

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana ^^

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/bentuk-badan.html