Antara Lamunan & Kenyataan ( Part 1 )

“Aduhai, sampai bila aku nak lupakan dia ni. Aku tak mau suka suka. Nanti aku tak boleh nak tumpu perhatian. Macam mana ni,” bisik hati Liyana.
Liyana, pelajar 5sc3 di SMK Mersing telah mula mempunyai hati terhadap Amirul,sepupunya yang paling baik budi pekertinya. Liyana seorang yang dikenali sebagai Genius Girl. Dia juga merupakan ayam tambatan sekolah dalam pertandingan bahas dan pidato.
Semasa menunggu pemandu peribadinya datang mengambilnya dari sekolah, dia berborak dengan rakannya.
“ Woi, Yana. Cuba hang tengok kat sana tu. Boyfriend hang kan,” kata Sofea, salah seorang kawan Yana
Liyana terkejut apabila rakannya itu bercanda kasar sedemikian. Liyana takut Syahrul mendengar gurauan antara Sofea dan Liyana. Liyana langsung tidak pernah menyimpan hati terhadap Syahrul, malah dia membenci Syahrul kerana pernah mengatawakannya semasa kumpulan perempuan kalah dalam Kuiz Sejarah dalam kelasnya.
“ Sofea, janganlah gurau kuat sangat. Cuba kalau dia dengar, mesti dia mengata aku dari belakang. Aku tak pernah suka kat dia,” marah Liyana kepada Sofea.


Perasaan Liyana terhadap Amirul semakin hari semakin kuat. Dia takut kerana minggu hadapan dia akan menduduki peperiksaan SPM.
Walaupun Liyana dialmun cinta, namun dia tidak pernah melupakan pelajarannya.
Hari berlalu begitu pantas. Esok merupakan hari yang paling besar dalam hidupnya sebagai pelajar sekolah menengah. Peperiksaan SPM akan dia duduki hari esok.


Setelah selesai menjawab kertas Matematik Kertas 2, tiba-tiba dia terlihat Syahrul yang sedang tekun menjawab soalan sambil menggaru kepalanya.
“ Hihihihi,” ketawanya di hati. Dia rasa lucu apabila melihat telatah Syahrul yang menjengkelkan itu.
Selepas tamat waktu menjawab, semua calon SPM dibenarkan keluar. Liyana pergi bertemu dengan Syahrul dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam kelas sebentar tadi sambil mengatawakannya.
“ Syahrul, aku nak tergelak lah tengok hang tadi. Aku dah habis jawab dah tapi hang tengah garu kepala lagi waktu tu. Mesti susah kan,” sindir Liyana terhadap Syahrul.
“ Woi, Yana. Hang ni la. Apa kes hang nak tengok aku. Ni mesti kes tiru kan,” jawab Syahrul dengan perasaan tidak puas hati.
“ Eeeeh. Senang hati ja tuduh orang. Hang tu apa yang tiru aku,” kata Liyana.
“ Dah la. Malas aku nak layan orang sewel macam hang ni,” kata Syahrul lalu meninggalkan Liyana.
“ Oi, amboi. Ingat aku ni sewel ka. Aku waras lagi la,” jerit Liyana .


Setelah seminggu setengah menghabiskan waktu dengan memerah otak, akhirnya tamat sudah masa Liyana untuk menjawab soalan SPM. Dia berasa sangat bebas.
Sebeum menunggu keputusan keluar, Liyana dan rakan sekelasnya memutuskan untuk pergi berkhelah di Pantai Merdeka. Liyana merupakan orang yang paling seronok. Sehari sebelum ke sana, semua barang persediaan sudah pun disediakannya.


Hari yang dinanti telah tiba.
“ Jom kita bertolak,” jerit Liyana ketika bas sudah mula bergerak.
Syahrul yang pada ketika itu terasa terganggu, lantas menyuruh agar Liyana senyap.
“ Woi, Yana. Hang tak pandai nak duduk diam. Macam tak pernah naik bas,” kata Syahrul sambil menunjukkan wajahnya yang control macho.
Liyana hanya membuat seperti tidak berlaku apa-apa. Dia malas untuk melayan Syahrul. Sepanjang perjalanan, dia masih terfikir akan Amirul. Dia memikirkan tentang peristiwa dia dan Amirul mengutip buah rambutan bersama. Betapa indahnya ketika itu.
Lamunan Liyana dikejutkan oleh Amira, salah seorang rakan sekelasnya.
“ Liyana, bangun. Kita dah sampai, termenung apa tu,” kejut Amira.
“ Eeeh, kita dah sampai.Hehehe. maaf la terlena sekejap,” kata Liyana.
Mereka sekelas pun turun dari bas dengan gembira.
Sebelum ke sana, Syahrul sudah memikirkan sesuatu untuk memperkenakan Liyana. 


BERSAMBUNG


Thanks For Reading شكران.

1 400 is kind-heart:

Nur Syazana Mohammed Sani said...

permulaan yang menarik ^^ xsabar nak bace yang laen nye ,.

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana =)

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/blog-lambat-load.html