Alhamdulillah, Semuanya Berjalan dengan Lancar.

Assalamualaikum...

Seperti di entri lepas http://denganredhaallah.blogspot.com/2011/07/kena-denda_20.html Aishah nyatakan yang Aishah sekelas kena denda kan. 

Alhamdulillah, pada hari ini semuanya sudah berjalan dengan lancar. Hari ini ialah Hari Sukan SMK SULTAN BADLISHAH. Bayangkan punyalah mengejar masa tadi. Mula-mula buat latihan persembahan lepas tu kawad.

Semasa latihan, Aishah rasa seronok sangat sebab Aishah nampak kerjasama antara rakan sekelas. Semangat tak mahu kena denda pun ada. Time perhimpunan ja..Tiba-tiba pengawas buat pengumuman...
" Semua peserta perbarisan rumah Syed Ahmad, sila ke Astaka sekarang,"
Waktu tu, satu kelas kalut cari pengganti Aishah. Tetapi semuanya berjalan dengan lancar iaitu apabila Afifah datang ganti posisi Aishah. Tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Selesai urusan tu, perbarisan punya hal pula...

Mascot rumah Syed Ahmad tau tak apa. Ribena. Rumah Aishah kan warna Purple. Memang cantik dan terbaik la. Walaupun rumah kami tidak menjerit kuat-kuat tetapi kami hanya berpegang kepada satu iaitu baris dan kaki kena bagi sama. 

Elok time keputusan ja. Aishah yakinn rumah Sultan mesti menang sebab rumah Sultan 3 tahun berturut-turut menang tempat pertama. Tapi bila cikgu kata pemenang saguhati kedua jatuh kepada sultan semua orang terkejut tapi Aishah tambah getar sebab nak tahu siapa yang menang. 

Apabila tinggal lagi 2 rumah untuk disebut sebagai pemenang tempat kedua dan pertama iaitu Syed Ahmad dan Syed Omar. Sebab ada syed depan tu yg payah nak cam siapa juara. Bila cikgu kata tempat kedua Syed Omar Aishah iailah orang sangat happy sebab rumah Syed Ahmad juara Perbarisan tahun 2011.

Alhamdulillah, berkat datang latihan dan tinggalkan kelas, membawa satu kejayaan yang besar buat Aishah dan rakan sepasukan yang lain. Semoga hari-hari kita sentiasa baik dan berharap agar hari esok bertambah baik dari hari ini.

Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: