Takdir Afina

Assalamualaikum...

Para pembaca sekalian, Hari Ahad hari tu tengok tak cerita Takdir Afina ? 10.00 malam - 12.00 malam.. Best sangat cerita ni walaupun sedih...


Waah, gambar tu mengancam betul. Tak apa, jom kita tengok sinopsisnya.

Cerita ini dimulakan dengan watak cacat/ lumpuh oleh Afina. ...
Kisah bermula, Akmal bercerai dengan isterinya kerana telah meracuni ibunya. Hal ini demikian, kerana isterinya itu tidak menyukai sikap suaminya, AKmal yang menyebelahi ibunya. Akhirnya, Akmal bergelar duda. Akmal sangat berkawan rapat dengan Afina. Afina yang pada ketika itu juga seorang janda, telah jatuh hati terhadap Akmal. Begitu juga dengan Akmal. Akhirnya, mereka pun berkahwin. Stelah berkahwin, Akmal sangat menyayangi isterinya itu. Rumah mereka adalah bersebelahan dengan rumah ibu Akmal. Ibu Akmal merasakan dirinya sudah tidak dipedulikan lagi. Lalu,  menemui bomoh untuk meracuni Afina. Ketika AKmal ke luar negara, ibunya mengajak Afina ke rumahnya. Pada ketika itu, dia berikan racun itu dalam minuman AFina. Hari demi hari Afina menjadi semakin parah. Suatu hari, ibu bapa Afina ingin datang ke rumah AFina. Apabila mereka sibuk memasak, Afina tiba-tiba terbatuk darah. Ibu bapa Afina lantas membawa Afina ke hospital. Ibunya yang sebenarnya gila akibat ketakutan masa silamnya didera ayahnya telah menuduh ibu bapa Afina yang meracun Afina. Akmal yang dengan mudahnya boleh mempercayai kata-kata ibunya itu lalu mengahalu ibu bapa mertuanya pergi dari situ. 
Ibubapa meruanya merasa menyesal kerana mendapat menantu yang kurang ajar. Suatu hari, ibu bapanya datang ke rumah ibu Akmal. Pada ketika itu, Afina berada di situ kerana Akmal akan ke luar negara. Akmal yang melihat kereta ibu dan ayah mertuanya lantas patah balik untuk menghalang mereka. Semasa di rumah ibunya, Afina didera oleh ibu mertuanya. Ibu dan ayahnya pada mulanya dihalau oleh Akmal tetapi apabila mereka mendengar suara AFina menjerit. Akmal terus buka pintu dan melihat Afina ternyata didera oleh ibu Akmal sendiri. Ibu bapa Afina berasa seperti anaknya tidak patut berada di sini terus membawa Afina pulang. Akmal menyesal kerana menuduh ibubapa mertuanya bukan-bukan. Akmal terus mengejar ibu dan ayah mertuanya itu tetapi dilanggar oleh sebuah kereta. Begitulah kesudahan cerita tu. 

Aishah sebenarnya tak puas hati sebab cerita ni tergantung. Heehehe, tapi boleh tabik la..

That's all..Assalamualaikum


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: