Serba Sedikit Mengenai Taubat

Assalamualaikum...


Tadi, Aishah sempat menonton Tanyalah Ustaz. Tajuk untuk kali ini ialah mengenai Taubat dan dikendalikan oleh Ustaz apa..Aishah lupa. Tapi cara ustaz tersebut berbicara dan berbahas sangat menarik dan langsung tak membuat orang mengantuk. 

Kita sebagai manusia tersangatlah banyak dosa yang pernah kita lakukan. Semestinya kita harus bertaubat. Cara nak bertaubat bergantung kepada jenis dosa yang kita buat.

Dosa kecil adalah seperti pancaindera kita. Contohnya, mata melihat perempuan berbaju ketat, telinga mendengar orang mengutuk, mulut mengata orang. Walaupun ianya nampak biasa sebenarnya berdosa. Cara nak menghapuskannya sangat mudah. Iaitu, mengambil wudhuk, mengucap istighfar, Astaghfirullah dan solat 2 rakaat sunat taubat atau solat wajib lima waktu pun boleh. 

Dosa apa yang besar dan merangkumi seluruh anggota badan kita ?
Jawapannya derhaka kepada ibu bapa. Betapa besarnya darjat ibu dan bapa ni kan hingga Allah mentapkan dosa yang sebegitu besar kepada yang derhaka kepada mereka. 
Macam mana nak menghapuskannya ?
Agak susah tetapi demi kesucian diri kita, kita mesti bertaubat.
Caranya kita mesti melupakannya dan BENCI kepada perbuatan tersebut. Seperti yang ustaz tersebut katakan sampai kena ada ungkapan HISH bila kita teringat balik pasal perbuatan dosa itu.

Akhir sekali, adakah orang Islam yang keluar Islam diterima kembali dalam Islam untuk masuk Islam balik ?
Sebenarnya boleh. Tetapi rekodnya atau pahalanya akan dihitung daripada kosong semula. Bayangkan kita sudah mengumpulkan pahala dari kecil, bila sekaranag kena cari balik pahala yang banyak tu. Jadi, janganlah melakukan sesuatu yang syirik. 

Kesimpulannya, betapa indahnya Islam. Kalau yang berdosa masih dimaafkan. Renungkan-renungkan. Semoga info untuk kali ini dapat dijadikan pedoman kita bersama termasuklah Aishah.
Insyaallah.
Assalamualaikum Wa Rahmatullah


Thanks For Reading شكران.

0 400 is kind-heart: